T h a n k . y o u . f o r . v i e w i n g . r e a d i n g . a n d . f o l l o w i n g .

m y . l i t t l e . b l o g . . M u c h . a p p r e c i a t e d . .


Goodnight comments

L i f e . m u s t . g o . o n

5 Mei 2011

Assalamualaikum to all readers. :) Thanks a lot cuz still stay kat blog ni untuk bace. Bagi bloggers yang baca or follow senyap-senyap, thank u jugak. Aku tak marah pon. :) Happy sebab masih ade yang nak baca blog ni. Very thankful. Sebab, aku bukanlah blogger famous macam Ben, Maria Elena, Fatin Liyana yang comel tu and so on. :) Aku cuma seorang manusia biasa yang menggunakan medium ni sebagai platform utk aku luahkan rasa. Berkongsi cerita dan pengalaman. :)


Oke, cut the crap. Tu intro je tuh. *Sadly tade musicfor intro. Tehehhe.. ;p


Humm, dah bulan MEI dah. Almost half of year. Almost 3 quater of financial year. Pejam celik aku dah dekat 4 tahun keje dengan TNB. Seperti yang telah tertulis,ni adalah perjalanan hidup aku. Setiap pengalam berharga yang aku kutip sepanjang hidup ni. Kadang-kadang asa sad jugak. Sebab umur pon dah 27, dah banyak betul masa dan kewangan yang aku bazirkan. But when it comes to life experience, aku akur. Pengalaman mendewasakan kita kan? :)


Dulu, aku susah nak terima kekalahan dan kekurangan diri. Bagi aku,life aku sepatutnya perfect. But then, after kena ketuk, terduduk dan tersungkur malah terpinggir, huhuhu, aku rasa aku diberi peluang oleh Allah SWT untuk muhasabah diri ni. Belajar! Belajar! dan belajar erti hidup. Maknanya disini, bila sebut pasal belajar, bukan perkara wajib masuk universiti atau kolej untuk belajar. Kita bekerja pon kita belajar. Semua perkara yang kita lakukan adalah satu sesi pembelajaran yang tidak ternilai. Kita jugak belajar dari pengalaman org lain. Nak makan pon kita kena belajar,macam mana nak dapatkan duit utk makan.


Hakikatnya, Allah SWT beri kita banyak jalan mudah. Agama Islam tu sendiri, memudahkan hidup kita kan? Tapi kenapa kita susahkan?


Oke, kita ambil contoh mendirikan masjid @ dalam erti kata lain, KAHWIN. Bukankah, perkahwinan itu sah disisi agama Islam apabila adanya pengantin lelaki dan perempuan, wali, 2 orang saksi dan ijab dan kabul / akad dan nikah. Kan kan? Cukup je rukun / syarat ni,dah boleh kawen kan? Tapi, benda yang sepatutnya mudah untuk kearah hubungan yang HALAL ni, menjadi susah dengan adanya duit hantaran, majlis, dan mcm-mcm lagi. Aku faham, benda-benda ni semua perlu. Tapi, yang merunsingkan masyarakat sekarang, adalah : MULUT-MULUT MANUSIA YANG TAKDE SIVIK, MAKCIK-MAKCIK YANG BUSY BODY, DAN MANUSIA YANG TERLALU NAK IKUT ADAT.


Bila kita buat majlis akad dan nikah n takde makan-makan/ majlis persandingan, nanti dikata :" Apsal dia kawen macam tu ye? Dah telajak ke? takde budget ke? and bla bla bla...


Bila kita buat majlis akad dan nikah besar-besaran, nanti dikata : "perghh, nak belagak la tu.. banyak sangat ke duit dia? and bla bla bla..


Hello "people yang berfikiran mcm tu"!!! Open ur eyes and make up ur mind la.. Alahaiiii... Sooo sarcastic.


See see... tu part of life kan? Sesi pembelajaran jugak. Tapi kita suka take for granted benda-benda camni. Hummm. By the way, masa mula-mula aku dah tak study kat UiTM lagi, aku ase life is empty. But on the same time, aku rasa dah terlepas burden kat bahu aku ni. Perasaan pulak, bercampur baur. Aku masih berminat nak sambung belajar. Nak belajar sesuatu lebih dalam. Tapi, kekangan duit yang buat banyak benda terbengkalai. Sebab aku bukan datang dari keluarga senang. Agak payah sikit. Adakah masih belum tiba saat itu utk aku ?


Kalau ikutkan, banyak benda besar yang aku impikan ni. :) Teringin nak kahwin dan teringin nak sambung belajar. Huhuhu..


Humm, nampaknya dah panjang berjela aku tulis nih. Sorry if ade bahasa yang kurang senonoh org kurang tersusun. *Sian korang sbb baca bahasa rojak aku. Tehhehehe... ;p Sorry peeps. Apa yang aku mahukan, penyampaian kata tu terkesan dihati. Ecehhh.. ;p


So, oke. I think im going to stop now, td baru lepas makan ubat. Tak sihat. Gatal-gatal! *benci!!! Tak ske tak ske...!! -__-" Nurse tu kate, ubat ni ngantuk bagi yang first time makan. If cekal hati, insyaAllah bertahan sampai Pelangi pulang. Hohoho. Merindui dia. ;p *sebenarnya, aku ni susa sket nak tido malam kalau tak dengar suara dia. Cam rindu tak lepas la. Uhuhuh.. *Pop yeyeh plak malam-malam cenggini. :>


Oke then, GUDNITE!!!! :)


Notakaki : bosan kan entry tade pic..? huhuhu.. ;p


With lotsa

b u l a n

C u t i.

1 Mei 2011

Assalamualaikum..

Hello and hi readers. :) Rasanya macam dah lama aku tak update blog ni. Kesian ouh. Abandon. ;p Tehheeh.. Agak busy lately. Dengan Kursus and so on. Plus, takde kat rumah and sleptover kat umah K.ina. So, aku pon puasa dari on9 jugak. Huhuh.

Sebenarnya banyak kot benda nak update ni. Such as, lepak-lepak makan duyan Musang King.. omnomnomnom.. hahhaha.. attend wedding k.shud and meor, hang out with Pelangi, attend kursus Pelupusan Fail anjuran Arkib Negara which is held at Memorial Tun Hussein Onn and many more.

Agak banyak benda yang berlaku dalam hidup aku ni, tapi tak sempat nak update utk korang bace. *Whooaaaa..da macam artis plak.Pasan dowhh.. ;p Hihihi. Sekali skale kot.. Papepon, aku ni da jarang amek gambar sendiri lately. Mengapakah? Terasa diri da berisi dan kurang comel? Humm. Berisi tu ye, tapi kurang comel tu... Umm, x x...masih comel.. Hihihihi.. ;p

Owhh..sebenarnya, aku ade beberapa impian yang nak dicapai dalam mase terdekat ni. Dekat ke? ;p Haaa, aku ni tgh fikir, cane aku nak dapatkan Kamera DSLR ni.. Bosan la amek gambar tapi tak cantek.. :) Sedih ouhh.. Pastu, aku cam teringin nak pakai Blackberry or IPhone. Tapi kan, macam dah ramai sangat pakai. Adakah aku ni terikut-ikut atau mmg aku pon nak jugak sebenarnya? Hahaha.. ;p And aku jugak, rasa cam nak tukar style la.. Hihihi. Bile la agaknya, aku betol-betol ready ni? *Kawan-kawan, tolongla doakan aku kearah kebaikan ye.. :)

Well, last but not least.. Aku nak kawen. :) *Owwhhhh, sangat la malu..Bulan!!!! apakah???!!! ;p Hahaha, yes.. aku nak kawen. Dah sampai masanya utk berkahwin. Tapi, dari segi financial, belom lagi kot. Plus,Pelangi pon nak kukuhkan kewangan dia. Dan dia pon ade impian dia yang nak dia grab before kahwin. :) Takpe, aku sokong.

Sejak dua menjak ni, aku kelihatan poyo dengan diri sendiri. Mengapakah? Ade fius tanggal kot kat otak ni. Haihhh.. Owh, btw, this saturday ade event, next week on 12-13 Mei pon ade event. End of Mei pon ade event. Owwwmmmggieee.. Full full.... Financial? Humm.. *geleng-geleng.. kurang stabil.. Acane ni??? Cane cane? Hahhh.. Penat pk... Oklah.. da tak bole pk.. nak sambung rest. -__-"

Owhh, sebelum tu, lupe plak nak cakap...


SELAMAT HARI PEKERJA!!!

:D

Tata!!

With Lotsa
b u l a n

B o l a . P e r t a m a

16 April 2011

Before this, aku pernah cakap dengan Pelangi yang aku teringin sangat nak tengok Bola kat stadium. Agak seronok bile dengar dia ada kat Stadium Shah Alam. Kadang⊃ tu timbul gak la rasa jeles bile dengar kawan² yang lain berpeluang tgk bola kat stadium. Yela, since aku bukan la peminat bola yang tegar. Tp, tu duluuuuuu.. ;p Tehehehhe.. ;p

Malam tu aku stay umah K.ina kat Bukit Rimau. As usual, bila ade free time, aku dapat la kua dengan Pelangi. So, mlm tu aku x expect pon na g tgk bola evendo dia tanye na g mane? He did gave me an option. Tgk bola "Selangor vs Perak" , g Uptown Danau or g makan Durian.. :p Suka suka suka.. semua pon best! ;)

So,Pelangi dtg amek, and bawak masuk Shah Alam and aku ta expect dia na bawak tgk Bola. Hati? toksah cakapla.. TERUJA!!! Sumpah!! Sebab 1st time aku masuk stadium shah alam and 1st time masuk sbb na tgk bola. Dulu penah la masuk stadium masa skolah. Tu pon sbb jadi sprinter. :)



Papepon,aku nak cakap...... Yessss!!! Selangor menang... 1 - 0 !!!!! ;) Golllll... :D


Aku agak teruaj tgk semangat peminat² bola ni. Sangat syncronized evendo tak kenal each other. Maksud aku, bole wave and bagi kerjasama masa gendang tu dipalu!! Hebat!! :) Smnagt cam ni la yg kita nak. Selain tu, aku tgk lelaki sekarang dtg dengan awek, family, anak-anak and even pregnant lady pon ade k... Siap pakai jersi Selangor lagi. Ada bagusnya menerapkan sedikit nilai patriotik pada anak². Ajar dorg minat pada sukan selain game komputer. Kurang sihat... ;)

By the way, Thanks Pelangi sayang. Sebab tunaikan hajat bulan. I u so much .. Cinta kamu sayang...:)

With Lotsa

b u l a n

B l o o d . D o n a t i o n

14 April 2011

Darah.. darah..!!! ;p Pengalaman pertama aku DERMA DARAH @ BLOOD DONATION... Sangat takut ok. Tapi, bile Cik Miu ajak naek tkt 5 utk derma darah, aku cuak, tp nak.. So,aku pon follow la Cik Miu bersama-sama Ina. Gile ouhhh.. Nebes. Blood Pressure Check : Normal, Blood Type : O +ve. :) *what??? O +ve? Hidup-hidup aku ingat aku ni darah A. Haihh. Rupenye O. :) Cik Miu x dapat donate. Sian dia. Sebab dia ta cukup rest jadi doktor ta kasik.. Hummm..













By the way, i did hear from kak Ina. If kita donate darah kita, banyak benda yg kita dapat. Badan sihat, pastu kita bantu orang yang memerlukan, pastu peluang kerja cerah sebab kita bersifat patriotik.





Alhamdulillah, akhirnya aku da ade buku Derma Darah. Yeayyyy... :D



With Lotsa
b u l a n

E r k k.

13 April 2011

Hi.. :) Saje nak post entry hari ni.. Terasa past few days,tahap penulisan aku agak skema rama. Pergh.. Maybe in mood on writing in Malay Language. Miahahahaha.. ;p Sebenarnya, bile menulis dalam base melayu kita, lebih feel. :)

Curently, tgh tunggu Pelangi pulang.. terasa sangat merindui dia... Hummm. Bila na jumpa lagi nih. Wendu wendu..

Terasa nak makan duyan la.. Aduhh... melapari. Mengidam ni!! Tehehehhehe.... *Nak duyan!!!!!! ;p


With Lotsa
b u l a n

S y u k u r .

12 April 2011

Alhamdulillah, hari ni aku menginjak satu lagi anak tangga. Umur pon dah meningkat. Phewww... da 27 tahun da ni.. :) Pertama sekali, aku ingin panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Memberi peluang untuk aku melihat segala keindahan dan berpijak dibumi pinjaman ini. Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu aku lafazkan selain itu. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezeki, atas kesempurnaan yang telah Kau beri, atas setiap peluang untuk aku majukan diri dan atas kurniaan Cinta pada hati ini. Sesungguhnya aku amat bersyukur diatas rezeki yang telah Kau berikan.

Sepanjang 27 tahun hidup dimuka bumi ini, banyak perkara telah aku lalui. Baik buruk dalam kehidupan menjadi satu pengajaran penting yang mendewasakan. Aku bersyukur dilahirkan oleh Mak dan Abah walaupon ada kesukaran yang perlu dilalui melibatkan hati dan perasaan.

Aku bersyukur juga diberikan kecerdasan dan kecerdikan akal dan fikiran, diberikan kesihatan yang baik, kesempurnaan tubuh badan, rezeki yang tidak pernah putus dan keluarga yang menyayangi aku seadanya. Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkan urusanku Ya Allah. Ya berikan limpahan kasih sayang untukku dan Pelangi, limpahan kasih sayang yang berpanjangan kepada kedua orang tua kami dan adik beradik kami Ya Allah. Aku pohon agar Kau lindungi dan jauhi orang-orang yang kami sayang dari sebarang kecelakaan. Kau berikanlah ketabahan dan kecekalan hati untuk kami lalui perjuangan hidup ini.

Ya Allah, aku mengerti mengapa aku dijadikan begini. Mengapa laluan hidup aku begini. Aku cuba muhasabah diri. Mungkin ini sebagai pengajaran dan peringatan kepada aku untuk menjadi lebih dewasa dan bersedia melalui hidup yang lebih panjang.

Ya Allah, aku bersyukur kerana Kau berikan aku sahabat-sahabat yang sangat menyayangi aku, memahami aku, dan sentiasa ada disaat aku memerlukan dan berada dalam kesempitan.

Ya Allah, aku juga amat bersyukur diatas perhubungan Cinta yang baru terbina antara aku dan Pelangi. Sesungguhnya, aku pohon rahmat dariMu Ya Allah. Aku bersyukur dipertemukan dengan Pelangi dan besarnya Cinta kepada manusia yang ada dalam hati ini adalah untuk dia.

Ya Allah, aku pohon padaMu agar Kau satukanlah hati kami dan aku pohon padaMu agar terjadinya aku adalah dari rusuk Pelangi. Ya Allah Ya Tuhanku, kau peliharalah hati ini dari segala kegelapan dan sikap-sikap buruk yang menjadi kebencianMu Ya Allah. Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosa aku disepanjang hayat ini Ya Allah. Sesungguhnya, Kau Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin...

With Lotsa
b u l a n

L a g i . 1 . H a r i

11 April 2011

Lagi satu hari akan berubah angka dalam hidup ni. Adakah perkara yang baik atau perkara yang buruk akan berlaku? Tapi,sesungguhnya, harapan aku agar dipanjangkan usia dan masih dapat mengecapi NIKMAT dunia selain berubah menjadi seseorang yang lebih baik. :)

By the way, hari ni dapat bos baru. Muda setahun dari aku. Apa yang pasti, aku teringat satu gambar untuk ujian psikologi. Segiempat tempat dengan berlatarkan warna putih dan setitik warna hitam ditgh². Kenapa aku mengulas tentang ujian tu? Sebabnya, ia menguji minda kita. Apa yang mula² sekali kita nampak? Alhamdulillah, aku nampak latar putih tu dulu. :) Maksudnya : Kalau kita nampak latar putih dulu, bererti,pandangan pertama kita terhadapa org yang baru dikenali adalah POSITIF. Berbanding titik hitam, adalah sebaliknya.

Kenapa juga aku teringat ujian ni? Sebabnya, masa awal&Sup2; Kak Bb masuk dulu, aku dah diserap dengan pelabagai cerita negatif tentang Kak Bb, end up, pandangan pertama tu, adalah tidak benar. Kak Bb ibarat mentor aku selama aku berada di Admin. Memang betul kata Kak Bb,"Jangan bezakan cara kerja dengan Kak Bb ngn Azmah". Yes, i'm agree with that. Sebab setiap seorang ada cara masing⊃ untuk groom anak buah. Sebelum Kak Bb,Kak Wati adalah mentor pertama aku. :) Cara Kak Wati groom aku juga berbeza. Tapi, setiap dari mereka,memberi impak positif dalam cara kerja aku sekarang. :) Aku seharusnya bersyukur, sebab Kak Bb masih ada kat sini dan aku harus bersabar menanti tibanya bulan Julai. InsyaAllah jika diizinkan Allah SWT, aku akan lakukan kerja baru, dan masih kekal sebagai anak buah Kak Bb. :D

Walaubagaimanapun,masih terlalu awal untuk menilai Azmah. Lagipon,aku bukanlah manusia yang sempurna untuk menilai orang lain. Walaupon, dia setahun muda, mungkin mampu untuk mengawal situasi dalam suasana kerja yang baru.. Who knoes kan? Takpe lah. Harapnya, kami semua dapat belajar antara satu sama lain. Dapat berkongsi idea dan menjadikan Admin satu unit yang baik dan kuat. InsyaAllah, Amin~. :) Owh,lagi beberapa jam,umur ni akan menginjak naik. Besar harapan yang ada kat hati ni. Adakah akan dimakbulkan oleh Allah SWT? Harapan aku, sentiasa ada bersama doaku. :)

With Lotsa
b u l a n

K e j u j u r a n . C i n t a

10 April 2011

Well, suddenly rasa nak menaip. :) Bukanlah sebelum ni tak menaip, tapi kali ni rasa nak meluahkan pandangan dan apa yang berada kat hati dan minda ni. Ada apa dengan tajuk kat atas tu ae? Well,sekadar nak mencoret rasa. Sudut pandangan aku. Apa kehendak manusia ni sebenarnya? Adakah manusia ni senang puas dengan apa yang dimiliki? Kenapa berlakunya isu "MAKAN LUAR"? Baik si suami atau si isteri, dan baik pasangan kekasih "pakwe atau makwe". Aku bukan la cuba menyibuk hal orang. Tapi sekadar menjadi peringatan pada diri sendiri jugak. Manusia, bila bercinta, biarlah IKHLAS. CINTA, mencintai dan dicintai, biarlah datang dari dalam hati.

Rumahtangga yang dibina, atas dasar apa ye? Harta? Paras rupa? atau Sandiwara semasa? Benih yang menjadi darah daging, apakah maksudnya? Benih tu halalkan? Bukankah benih tu bercambah atas dasar CINTA? Itulah manusia. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Tak pernah bersyukur dengan apa yang telah dinikmati dan rezeki yang melimpah ruah dari Allah SWT.

Aku ingatkan jugak pada diri sendiri, Setia dan Jujur lah pada cinta yang kita bina. Hayati lah kata-kata ketika Aqad dilafazkan. Allah SWT telah permudahkan jalan kita untuk mendirikan rumahtangga. Kenapa masih tidak hargai? Berjuta lagi manusia yang kecundang dalma percintaan. Hati berasa terlalu sedih sebab tidak dapat bersama orang yang tersayang. Tapi, sesetengah manusia, lalai dalam dengan kemewahan yang dikecapi. Tidakkah rasa hidup dah cukup lengkap mempunyai pasangan yang sangat mencintai dan menyayangi diri dan tidak rasa bersalahkah melihat anak-anak hasil percintaan diri dan pasangan terkebil-kebil melihat perilaku buruk seorang dewasa? Aku,seorang manusia biasa yang berharap agar CINTA HATI aku menjadi jodohku yang HALAL disisi Allah SWT. Betapa aku rasakan, dia adalah PELENGKAP HIDUP aku kini dan selamanya. Setiap hari,aku memohon pada Allah SWT, agar tetapkan jodohku bersamanya. Berikan kami petunjuk dan hidayah, permudahkan urusan kami untuk bersatu.

Aku memahami, apabila melibatkan hati dan perasaan, cinta itu sukar dimengerti. Tapi, fikirkan sejenak.. Segala nikmat yang Allah SWT beri pada kita haruslah kita rasa bersyukur dna pelihara sebaiknya. Jangan jadi seperti peribahasa, "YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN". Jangan tamak dan jangan mempermainkan perasaan pasangan kita. Manusia memang tak pernah sempurna. Tapi, peluang untuk bertaubat / muhasabah diri sentiasa ada kan?

Ada beberapa cerita yang menjengah minda, agak sukar dibias pergi dari kotak fikiran ni.

Hakikatnya, aku menulis entri ni bukan nak memalukan atau menghina sesiapa, dan tidak lah juga aku katakan aku manusia sempurna. Sekadar coretan petang yang cuba mengusik rasa pada manusia yang berlaku CURANG diluar sana, selain cuba mengingatkan diri sendiri bahawa, berlaku jujurlah pada CINTA yang dah dibina.

Aku memahami situasi sebelum dan selepas berkahwin tidak sama. Aku fahami keadaan itu. Tetapi, kita diberi akal dan fikiran, hati dan perasaan. Pelangi pernah ungkapkan sesuatu apabila aku sangat beremosi dan cemburu membuta tuli. Katanya, "FIKIR PAKAI OTAK, BUKAN PAKAI HATI". Lama aku cuba selami kata² tu, akhirnya aku dapat jawapan. Benarlah kata pepatah, "IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA" . Hati dan emosi tidak mampu dipisahkan, jadi, ikutkan kata hati yang sedang marah adalah bisikan Syaitan. Tetapi, cuba tenangkan diri dan berfikir dengan baik menggunakan OTAK. :)

Kadang² ni semua adalah permainan minda. Cuba letakkan tangan kanan pada dada kiri (dimana terletaknya hati dan jantung kita), katakan "InsyaAllah, semuanya akan ok" dan jangan lupa berselawat ( Astaghfirullah hal azzim..Allazi lailah haillah, huwal haiyul qaiyum wa atubu ilaik.. ) * tu yang mak selalu pesan pada aku, maaflah kalau sekiranya ayat tu tidak sesuai untuk diletakkan disini. Apapun, InsyaAllah hilang segala keraguan yang mempermainkan perasaan jika kita berselawat untuk bersihkan hati. Sebab doa tu, santapan Rohani kan? :)

Adakalanya, aku melalui saat getir itu. Jadi, aku cuba pastikan hati ini tenang untuk mendapat sendiri jawapan dari Pelangi. Perasaan curiga atau cemburu memang sentiasa ada, tetapi, terpulang kepada kita untuk mengawalnya. Secara jujurnya, aku sentiasa takut dengan keadaan itu. Perempuan mana yang boleh duduk diam dan berasa selesa dengan keaadan itu kan? Tambahan pula, bila kita mencintai seorang lelaki sepenuh hati dengan menganggap/ menghormati dia sebagai seorang suami. Apa yang aku harapkan, lindungilah hati ini dari perasaan buruk yang tidak menentu. Kawal lah perasaan agar tidak menjadi manusia yang cetek akal fikiran.

"Ya Allah Ya Tuhan-ku.. Kau lindungi hati aku dan Pelangi. Aku pohon agar hati ini sentiasa dekat dan bersatu. Aku juga pohon agar kami ditakdirkan untuk melengkapi diantara satu sama lain. Sesungguhnya, Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin~"

With Lotsa


b u l a n

L e t ' s . G O . t o . t h e . Z O O !!!

9 April 2011

Hari ni aku pegi jalan² dengan Pelangi and sepupu kecik dia Dayan. Comel gile Dayan ni. Pelangi datang amek kat Rawang. :) Nak masuk kereta, tgk Dayan da tido kat seat depan. So i went to the back seat. :) Nevermind. Tgk si Dayan ni tido, rasa geram je. Comel sangat!!! AKu da la pantang tgk budak tido. Tapi nak dikacau, takut Pelangi marah..Tehhehehe...;p So, berenti je kat Petrol Pump, Dayan terjaga. Dia senyap je. Dia nampak takut. Maybe sebab 1st time jumpa. Even sampai kat Zoo Negara pon dia masih lagi susah nak bergaul. Senyap je. But its oke.. I'll make him close with me. :) Cuz i riliiiii KIDS... Seriously.. How i wish i will haf 1 for us... :)


Being there with Pelangi and Dayan, make me felt so like IBU. hohoho. Bestnye if ade anak sendiri. At first,aku notice jugak ramai yang pandang aku, Pelangi and Dayan. What'swrong with us? Weird. Tapi, lama², when i thought in a positive way, i saw that how lovely Pelangi with Dayan. Macam bapak dengan anak oke. :) Sangat sweet. *Ohh Dear, u look awesome. ;) And I'm glad we been there macam 1 family. :) Macam ni agaknya perasaan kebanyakan younger parents kan? :) Lama² Dayan makin selesa dengan aku. Alhamdulillah. :)

Spending quality time macam ni, mmg aktiviti yang menyeronokkan dan sangat sihat. Lagipon, aku da lame kot ta pegi Zoo. Hohohoho... Last time masa kecik² dulu. Million thanks to my DEARIE PELANGI cuz brought me there. Happyyyyyyyy!!! :D So, now..Enjoy the pixie.. More pic ade kat FB. Huhuhuh... ;)


With Lotsa
b u l a n

N e w . B L O G . f o r . N e w . H O B B Y

Hello and Hi...

By the way, aku ade buat satu blog baru sempena hobi baru dan sempena aku jadikan hobi aku tu satu peluang pekerjaan untuk diri aku. Huhuhu. Side Income. :) Saja je aku buat blog tu. So, bole aku update hasil kerja dengan sedikit background story. Better than FB kan? Kat FB tu bukan tanak upload. Nak. Tapi, ta sempat² lagi nak pilih picture yang sesuai. So, here it goes. My new Blog. For those who reading my blog, sudi² kan la jenguk dan follow ye. Aku ni budak baru. Mentah lagi. Tapi, tak salah nak mencuba nasib kan? Lagipon, ni hobby aku. Kalau ada yang berkenaan dan nak order..Kecil tapak tangan, Nyiru aku tadahkan. ;)




BULAN PELANGI ART AND CRAFT


Add : http://bpartandcraft.blogspot.com




With Lotsa
b u l a n