Korban.
Selamat Hari Raya Aidil Adha. :)
Pelangi busy. Sian dia penat.
Aku? Oke je. :)
Esok? Nak keje la.
Wendu Pelangi.
Uhuhuhuhu.
With lotsa ♥
b u l a n
Semuanya - Baik Baik Aje.
Cuti aku En Rosli da approved. 7 hari berderet aku cuti. Hati ase sedih sebenarnya. Tapi, tu hakikat yang perlu dilalui. 7 hari tak jumpa. Takpe la. Kadang² aku cuba beri ruang pada dia untuk rasa selesa. As i said before, maybe ada tindakan aku yang tanpa sedar, merimaskan atau mengongkong. Makanya, aku tanak benda ni berlaku. Aku tak nak dia merasakan ketidak selesaan itu.
Cinta, saya sayang awak.....
"Walaupun Pelangi akan kate Bulan POYO, tapi ni je jalan terbaik untuk luahkan perasaan Bulan. Huhuhuh. Bulan tak bersastera atau pon menulis kata² puitis, it just a phrase yang ade tertulis pada hati. :)
Berbanding semalam, hari ni Bulan dapat berbual banyak kali dengan Pelangi Bulan. Bulan tau, bagi Pelangi, kata² cinta tak perlu nak ungkapkan selalu. Nanti basi. Huhuhu. Hakikatnya, perempuan tak macam tu sayang. :) Walaupun Bulan mampu menulis kata² indah, tapi.... tidak disini. Tidak apabila berkata soal hati dan perasaan. Soal Cinta. Nanti, POYO kesekian kalinya yang Bulan terima. Tanak tanak!" ;p
Hari ni jugak, aku berjaya menggunakan otak aku sebaik mungkin. Aku faham, semalam mood Pelangi mesti spoil sebab aku yang berfikir sebagai seorang perempuan biasa (berfikir pakai hati). Sepatutnya, aku berfikir sebagai perempuan yang boleh berfikir secara RASIONAL (berfikir pakai otak).
Malam ni, waktu dan ketika aku menulis entri blog ni, Pelangi tak muncul² . Aku masih menanti. Mungkin dia sibuk agaknya. HP terasa agak sunyi. Walaupun, jari ni rasa gatal nak menekan keypad pada HP dan telinga ni rasa nak mendengar suara yang jauh di KLANG tu, tapi nak buat cane kan? Aku harus memahaminya. :) Apa yang pasti, dia akan tetap sentiasa berada dalam doa aku. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati dia walau apa pon yang dia lakukan dan walau dimana dia berada.
"Bulan menanti penuh sabar..." :)
With Lotsa ♥
b u l a n
Baru Sehari.
Rase sunyi. Humm. Baru sehari tak jumpa dia. Kalau seminggu, macam mana la agaknya. Rasa² , dia ada rasa yang sama x?
=__="
With lotsa ♥
b u l a n
Kaki jalan-jalan.
Hi everyone. Saje nak share. Continues from entri blog sebelum ni, suddenly aku nekad jugak keluar g Midvalley sorang² . Means, sengal aku da datang. Sebab alang² da siap kan. Nak paksa Pelangi, tak bole. Aku faham keadaan dia. :) Again, aku membazir lagi. Beli kasut. Exactly like kasut kak ina. At first, aku agak rambang mata mase masuk NOSE. Gile if tak dikawal, mau aku sopin 3 pasang. Alahaii. Pastu, kat VINCCI pon nyaris jugak beli. Wedges Pink. Agak cute. Sadly da tade size. Damn. Akhirnya, aku beli sepasang je. Price : RM49.90. LARRIE. Oke la.Tak membazir sangat kan? Uhuhuh. ;p
But before that, aku sampai je aku cari Secret Recipe. Lapa gile. Dah kul 4 kot. Tak lunch lagi. Mau x nya. Humm. So, since tekak rase nak makan benda yang cheesy yet salty, aku pon order la, Prawn Macaroni and Cheese dan Green Apple Kasturi. :D Kombinasi yang baik kan? Ohoho. Tade la mual. ;)
Lepas da makan, aku masuk MPH. Gile ase tengok buku. Sume buku aku ase nak beli. Hoho. Btw, aku usha jugak buku pasal Cuppies. Nak tgk jenis cuppies and decoration yang cute² .Lalala. ^__^
Settle je semua, tibe² Pelangi called. Nak datang pick up. Nak ajak g Tropicana Mall. Dia datang dengan Apeng sebab nak jumpa Murni. Humm. At first, cam sedih. Cuz, in my mind, i thought that he were coming not because of me. Sedih ouh masa tu. Seriously. K la. Lastly, aku pon try to get mood balik. Then,we're heading to GSC. Suddenly, Pelangi kate nak tgk Movie. Aku suggestkan Megamind. Ollo... Ollo.... Hahahaha... ;p And YES, we're watching MEGAMIND 3D. Owh yea, before that, 3 of us makan 1901 kat SUBWAY. Since ade bangsa yang siot potong Q meanwhile kitorang da lambat. Cesss..saket ati!!

Kaki duduk diam diam ye.
Again. Hari ni kaki tak berjalan keluar. Sedih actually. Humm. Tapi ta bleyh na cakap pe. Yes, i did say that i want to go out today. No matter what. Cumanye, really hope that can make it with Pelangi. Sadly and unfortunately, i knoe he been so busy and have things to do. *saya da siap. Tapi... xpe la. Saya memahaminya.
By the way, agak sedih jugak sebab starting tomorrow, im not able to see him. Since dia akan ade da whole day kat HQ. for two days. And Wednesday is Hari Raya Qurban kan? Humm. *Speechless. =__="
Bukan aku tanak duduk umah. Peoplewill said that, mcm panas je duduk umah tu. NO. Cuma aku yang nak berjalan. Duduk umah sangat bosan. Plus umah dah jauh kat sini. Ase macam nak maki je dalam hati. Tapi, sabar. Nak keluar dari sini agak prob bagi aku. Public transport? Like hell.. Ta masuk kawasan taman pon. Yang ade, BUS. Taxi? Berhenti la berharap. Kadang² disebabkan kedegilan aku n ase maruah yang agak tercabar membuatkan aku lagi rela menapak keluar untuk dapatkan public transport. Duration? 20 mins menapak. Effect? Berpeluh dengan jayanya. Make up hampir hilang, baju jadi basah, rambut dah tak terurus. :( Kesimpulannya : SEDIH.
Tapi, aku tak mampu untuk tahan diri sendiri dari duduk kat umah je for the whole day.. Sebab da penat bekerja 5 hari seminggu. Keluar rumah gelap² waktu subuh, balik pon da nak dekat pukul 11 malam. What else yg dapat aku buat ae? Happy being like that? Entertainment? I'm Restless. :(
Currently, masih berharap. Kaki ni dapat menapak keluar. Tapi..semuanya bergantung... Humm.
With lotsa ♥
b u l a n
Cuppies.
After pulang dari PD, felt so malas nak update blog. Aku hanya rajin nak SKYPE je dengan Pelangi and also Fbooking. Hoho. Tapi hari ni aku update blog. By the way, malam tadi agak frustrating bile menunggu Pelangi yang suddenly hilang tak call semula but tau² he called me around 12. I felt so sleepy while waiting for him. Sedeyh ouh, ta di inform. Humm. So, wake up in the morning, dia skype. Since aku tak TURN OFF the lappy. Agak lama ia berlaku. Uhuhu. Me? Suka la. Duhh. ;p
Supposedly, ikut plan, aku nak keluar hari ni. Bosan. Plus da gaji. Tu yang tangan gatal je nak shopping. Actually, tade la pasal na shopping sangat pon. It just, aku nak kua date ngn Pelangi. Spending times with him. Watching movies ke, lunch or dinner same² ke, or doing anything yang dia ske. :)
So, since dia keluar around 1 pm, aku da malas nak FB and dia pon offline, so aku amek keputusan, TIDO. Humm. Kul 3 bawu bangun when Pelangi called. Time tu jugak la Gemok ketuk pintu bilik aku and soh siap sebab nak kua. Craving for lunch. So, aku pon siap and we're heading to Pekan Rawang. *sounds like macam duduk luar KL. Hahaha.
First thing, we went to Parkson. Bak kate Pelangi,"Kat Rawang ade Parkson ke?" Owh, come on dear. Rawang tak la worst sangat in terms or Shoplot. :) After that, we went to Ayamas. Lunch kat sane. Da kenyang, nak g Mydin pulak. Along nak cari barang. Thank God, Along parking betul² depan kedai yang jual bahan² nak buat kek. Yeayyyyy... I was like JAKUN for a while. Hahaha. Then, beli cups for cupcake. Comel gile. Plus, beli kotak besa, buttercup, baking powder, colouring, and a few things for making Cuppies. :D
Then, drop by kat Old Town White Coffee. Beli Butter toast with Kaya, Toast with Ice Cream and Honey Lemon Ice. Yummy. :D After that pulang, and here i am. FBooking and Blogging while waiting for Pelangi sayang yang kua dengan Jaja g launching event kat mane ntah. Lupe. Uhuhuh.
So, thats all for now. Ingat nak buat cuppies, tapi bahan ta cukup. Cess.
Notakaki : Tak sabar tunggu Pelangi pulang.Hummm.
With lotsa ♥
b u l a n
Oh Kasut!
Bagi kategori aku yang gaji tak besa mane ni, aku tak lah demand nak beli kasut yang mahal² . Tak kesa pon brand ape. As long as nampak cantik and selesa nak pakai. Pastu plak, aku ni ade satu perangai. Bila da suka nak pakai kasut tu, aku akan pakai kasut tu je. Sampai dah tak bole pakai lagi or sampai aku jumpa kasut lain plak. Ada jugak kasut yang aku da beli, tapi tak pakai n jarang pakai. Kesian kasut tu. Humm.
Kenapa kasut ae yang aku pilih? Bukan baju? Entah, aku pon tatau nak cakap.. ^__^ Tapi yang pasti, baju kurang memberi impak kegilaan pada aku kot. Humm. Maybe jugak sebab physical size agak kerap berubah² , makanya aku malas nak beli baju. Tension bile tak muat. Humm. If kaki, memang size tu je kan? Make sense rite? ;p Hahaha. *Realitinya, rasa unhappy bile badan dan makin besa. Tak ske!! ;p
Owh, by the way, ada satu lagi hobi baru aku. Hobi buang duit iaitu mengumpul jam. Ahahahah. Sedang cuba berjinak² ni. Walaupon harga tak mahal mana, tapi aku sedang cuba. Cumanya, akan cuba mengumpul jam yang original sahaja. Immitate tanak. Bukan berlagak. But, when it comes to the things that u want to keep, better amek yang tahan lama kan? rather then beli yang kat Petaling street dengan harga yang murah n bole beli banyak² tu. That is not hobi untuk menyimpan things yang kite suke. Tu more kepada kehendak and suke terhadap benda² untuk dipakai. ^__^ Apepon, tak salah membeli belah di Petaling Street. Cuz sometimes, im doing the same thing to. Fun. Cumenya, when it comes to hobby, i'll try my best to have the original things. *Wish me luck. Huhuhuhu.
Well, entry ni should be about shoes. Not Watch. Haihhh. Takpela. Two in one. Bole je kan? ;)
Notakaki : Pelangi oso sedang berjinak² untuk mengumpul jam. Hik. ;) I likeeee....
With lotsa ♥
b u l a n
Indah.

Hari ni, hari terakhir untuk practice presentation for WIT Convention. Berdebar rasa hati. Pagi ni mood agak baik sbb dari pagi Pelangi da call and hati rasa berbunga-bunga je. Wendu dia. Sebab dari semalam tak sabar nak jumpa dia. Thats y for me, sehari macam tak cukup. Singkat sangat masa yang dapat spend bersama. Hummm. Oke oke. Aku faham. Sekarang tengah rasa hangat bercinta kan? Macam org lain akan cakap, dah kawen n ade anak nanti, mesti bosan or dingin. I knoe benda tu happen. Tapi, ape yang aku harapkan, aku dijauhkan dari perkara² macam tu. Kalau bole, aku impikan aktiviti yang bole kami kongsi bersama. Means ada minat yang sama. ^__^ If aku tak pernah minat pon, aku akan cuba untuk minat. Hikhik. Kan best if dapat together buat benda yang sama.
By the way, hari ni banyak jugak benda yang buat aku rasa touching dgn Pelangi. Not in a negative way. Hell No!! Sumenye yang baik² je k. ^__^
1. Dia call and pick up aku kat Sg Buloh. *Thanks sayang.2. Aku nak breakfast KFC. *Since aku ade kad a.m tu. And Pelangi bawak aku g KFC yang ade kat petronas Taman Tun tu. But unfortunately, situ tak sedia for breakfast. So, Pelangi bawak pulak aku g Outlet KFC yang ade kat TTDI tu. Means, dia bersungguh gak dapatkan restaurant KFC untuk aku. *Thanks sayang....
3. Salunya, dia jarang bagi aku bermanja dengan dia secara open. Tapi hari ni, dia nampak tak kesa bile aku kacau rambut dia. ^__^
4. Dia hantar balik macam biasa. Hari hujan. Family aku pulak g Ampang sebab ade kenduri Tahlil and akan pulang umah lewat. Maybe around 12.. *Baguskan? Tade sape bitau aku! Hummm. ;( Aku da blur. So aku mintak Pelangi tinggalkan aku kat Kedai Makan je since aku tanak susakan dia untuk bawak aku g umah Kak Ina or anything je yg buat dia susa plus teman aku sampai family aku pulang. Sian dia. Da Kepenatan. Evendo, hati tu nak dia teman, tapi aku memahami condition dia. Butttttttt...... when sampai kat kedai makan, aku da order teh tarik, suprisingly, dia keluar keta, g toilet n lepak minum dengan aku! Owhhh... tacing.... ^__^ Happy sangat. *Tikiu sayang for willing to teman bulan.
I ♥ u!!!!
Memandangkan hari ujan, aku agak risau dengan keadaan Pelangi yang nak drive pulang dalam keadaan ngantuk. Since aku tau dia akan drive dengan lajunye. But sayang, jalan licin oke. Bahaya. Aku ta henti² berdoa agar dia sentiasa dilindungi Allah SWT. Macam tu jugak dengan family aku yang on da way pulang kerumah. Harap semuanya selamat. Bile Pelangi sampai, he did called me. Happy sangat sebab suara dia kat phone pon cam semangat je. ^__^ After that aku mandi. And we were on da phone again. Aku online. Dia jugak. But he sounds sleepy. Penat rasanya. *Sian sayang bulan. Another one thing yang buat aku tacing...
5. Pelangi online, tapi cume go thru BBS. Jawapan dia when aku tanye y tak online FB or wut n im asking to letak the phone since dia senyap je n tod mebi dia bz on9, jawapan dia : "if saye tak cakap dengan awak, saya tdo. Lampu tak tutup sebab if tutup nanti ngantuk. n bla bla bla....". *lebey kurang camtu la ayat dia.. huhuhu. Kesimpulannya, dia online sbb na layankan mata je untuk bercakap dengan aku. *So sweet sayang evendo bulan tau sayang da penat sangat.
Notakaki : Hari yang cukup INDAH buat bulan. Lebih hangat dari biasa. ^__^
With Lotsa ♥
b u l a n
Seikhlas HATI.
Kadang² dalam hidup ni, kita perlu menjadi orang lain seketika. Merasai perasaan orang lain dan cuba berdiri ditempat mereka. Kadang² juga, bertanya aku pada sesuatu.. Adakah cukup apa yang aku lakukan untuk orang yang aku sayang? :) Cukupkah? Atau aku hanya hadir sebagai orang yang membosankan?
Realitinya, hidup ni tak selalu indah. Dan tak selalu cerah. Betul. Sebab hidup perlu ada turun naiknya. Sentiasa ada suka dan duka. Sentiasa ada senyum dan tangis. Aku? Aku cuba menjadi diri sendiri yang merasai pelbagai emosi. Bila hati ni terasa sakit seperti digenggam, aku tau hati tu tak stabil. Terasa sakit. Tapi, bila mata aku bercahaya, aku tau hati aku gembira. :)
Aku hanya mahu menjadi orang yang menggembirakan hati dan perasaan orang lain. Aku jugak nak rasa disayangi. Adakah keterlaluan permintaan tu? Kenyataannya juga, aku tau kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Kesedihan memang sentiasa menjadi peneman. Mungkin, tangis tu ubat kepada kesedihan. Sekurang² nya dapat melegakan hati yang luka.
Rasa ini... rasa cinta. Rasa kasih dan rasa sayang.. Adakalanya, aku masih bertanya. Adakah aku ikhlas disayangi sepanjang kehidupan ini? Adakah kehadiran aku dapat mengukir senyum dibibir orang sekeliling? Atau, adakah kehadiran aku dalam episod orang sekeliling aku ibarat dakwat hitam yang mengotori lantai kertas yang penuh dengan tulisan indah?
Aku manusia biasa yang hanya mahu disayangi seikhlas hati. Yang mahu difahami dan cuba untuk memahami orang lain. Aku yang serba kekurangan ni hanya mahukan satu kehidupan yang sekurang² dapat menyuntik sedikit nafas dalam keadaan aku yang masih tercungap lemas.
Sejujurnya, setiap kesedihan dan keresahan, aku biarkan berlalu seperti hujan, berseorangan. Tapi aku manusia biasa. Adakalanya, sesetengah perkara, melangkaui akal dan fikiran. Aku tak mampu menghalang. Emosi, riak muka dan tutur bicara, adakalanya keras sehingga mencederakan hati orang lain. Tapi itu aku. Yang hanya perlukan sedikit masa untuk menjadi neutral kembali dan mengharap detik itu difahami..
Harapan dan masa depan, aku letakkan pada seseorang yang aku sayang. Bila aku kata, hati ini cinta sepenuh hati, aku maksudkan. Hati ni ada ruang. Ruang untuk Yang Maha Esa, ruang untuk keluarga, ruang untuk diri sendiri, ruang untuk cinta hati, ruang untuk sahabat dan ruang untuk menjadi manusia yang berperikemanusiaan. Makanya, aku cinta dan aku sayang sepenuh RUANG hati. Sepenuh itu.
Mungkin aku perlukan 'tangan itu' untuk sentiasa memimpin aku. Sentiasa berada dekat di sisi. Kurangnya aku atau kurang nya dia, lebihnya aku atau lebihnya dia, itu semua anugerah Yang Maha Esa. Aku terima. Asalkan ruang itu terukir untukku.
With lotsa ♥
b u l a n




