T h a n k . y o u . f o r . v i e w i n g . r e a d i n g . a n d . f o l l o w i n g .

m y . l i t t l e . b l o g . . M u c h . a p p r e c i a t e d . .


Goodnight comments

Aneh kan emosi ni?

3 Januari 2011
Kejeeeee....!!! Sepatutnya, mood awal pagi kena happy. Baru the whole day bole senyum. Ahahah. ;p

Pasti ke? Humm. Tak kot. Otak kita yang control kan? :) Kalau ikutkan, siyes malas nak g keje. Siyes weyh.. sebab da lame cuti kan? Pagi ni, perut agak meragam sket. But, better than yesterday and past few days. :) Cuma, selera x heavy sgt la.

Kat office, org tak ramai. Aku? buat keje cam biasa. Tapi, anehnya, aku terima keje² yang diberi dengan hati yang terbuka. Aneh aneh... ;p Maybe sbb aku da set dalam mind pagi tadi, aku nak hati aku gembira. Aku tanak ade rase saket ati kat sesapa. Samada melibatkan keje atau tak. Dalam erti kata lain, SABAR. :)

Dalam waktu aku menyiapkan keje² yang aku dapat, aku keep on repeating lagu Gelap by Statik. Kenapa lagu ni? Sebab agak best. Pastu sbb Pelangi ske. Walaupon aku ni jenis yang ske judge lagu by lyric, tapi, lagu ni aku ske sbb music dia catchy and lirik dia agak aneh. Pendapat aku, lagu ni macam lelaki tu nak pegi tinggalkan dunia ni. So, tu luahan hati dia...Tapi aku tanak amek kesah pon ngn lirik dia. Pelangi ske sbb dia ske. Bukan sbb lirik dia. So, aku ske sbb lagu tu catchy je and sbb Pelangi ske.. :) Humm.. Owh, by the way, aku realised satu lagu yang aku rasa agak memberi semangat. Pelita by A.P.I.. :) Entah kenapa.

Kepala saket.

Asek ta sehat je lately ni. :( Humm. Tadi, Pelangi skype. Lama dah rasa x skype dengan Pelangi. Terharu sangat bile dia soh jaga kesihatan and ta ske dengar bile aku saket. Dia tanak aku saket. Terharu ok! :) Terasa cam bergenang plak air mata mase bace tu.Hohhhh!!! Ye! Aku mmg sensitive. Tambah lak aku pompuan kan. Haihh. Gile tak terasa.

Kadang² aku tertanya, kenapa aku buat blog ni? Kenapa aku tules semua luahan ati aku untuk orang baca? Kenapa aku biar rasa ni diketahui orang? KENAPA? Bila lama aku fikir, baru aku dapat jawapan. Perasaan tu satu benda yang perlu untuk dikongsi. Pelajaran dan pengajaran, satu perkara yang perlu dijadikan iktibar dan ikutan dalam membezakan baik buruk untuk diadaptasi dalam kehidupan. Maybe, bahasa aku tak seimbang. Kadang² berat dan kadang² ringan mcm bahasa pasar. Hakikatnya, blog takde gaya penulisan yang terhad. Its free. GAYA BEBAS. Betul² terbit dari hati. Luahan rasa kan? :) Ada bagusnya bila ada blog ni. Sekurang²nya, apa yang kita rasa kita nak sampaikan pada seseorang, lebih telus kat sini. Itupon kalau jari tak berhenti menari kat keyboard tu la kan. Bile berhenti, ibarat kita mengarang sebuah cerita. Memikirkan butir penulisan. Lain la kalau terus menaip. Sebab betul² keluar dari hati. :)

Kenapa blog aku banyak kisah Cinta? Kisah aku dan Pelangi? Sebab itu luahan hati aku. Itu yang selalu ada kat hati ni. Cinta dan rasa untuk seseorang lelaki tu, cinta untuk dia.PELANGI. Kalau ada yang merasakan ianya menjengkelkan, tak perlu bace. Bukak blog orang lain sudah. Uhuhuhu. :p

Apa yang pasti, rasa cinta ni sangat indah. Aneh, tapi tetap indah. :)

With Lotsa
b u l a n

Selamat Tahun Baru 2011

1 Januari 2011


As known as 1.1.11.. Selamat Tahun Baru everyone. :) Hope tahun baru ni akan beri makna untuk semua. Yang positif la.. ;)


By the way, na wish congrats to my cousin : Ina and her fiancee Fuad and my sissy & fwen : Kaka Shud and Meor. Bestnye, dah tunang. Dah one step forward and getting closer to married life. Hopefully perjalanan pertunangan tu berjalan lancar dan baek-baek aje. :) Amin. Biasa la, dorg kate bile bertunang tu, 'Darah Manis'. Banyak sangat dugaan.

Indahnya bila da ade kepastian untuk melangkah ke alam tu. :) Semoga aku jugak beroleh perkara yang sama. *Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah perjalananku kearah itu... Amin. :)

With lotsa
b u l a n

Satu kosong ke satu satu.

31 December 2010

Hari ni hari terakhir dalam 2010. Banyak benda yang dah berlaku sepanjang tahun ni. Tapi, yang indahnya, tahun 2010 ni, tahun sepenuhnya untuk aku dengan Pelangi. Tahun yang agak banyak aku berblog dan tahun yang agak banyak berlaku perubahan dalam life ni. Ada kemajuan dan ada peningkatan. Alhamdulillah.

Terima kasih Ya Allah.. Kerana memberi aku peluang bernafas sehingga kini untuk melalui semua ini. Untuk merasai indahnya perubahan dalam hidup ini. Juga merasa indahnya bila keluarga sentiasa di sisi. Memberi aku merasai pelbagai emosi. Dan juga, anugerah terindah, bila hadirnya Pelangi di sisi. :) Alhamdulillah. Aku bersyukur diatas kurniaanMu.

Sedikit luahan rasa.

Untuk Pelangi :
Terima kasih kerana memberi peluang untuk bulan isi kekosongan yang ada. Terima kasih juga sbb sentiasa ada disisi bile bulan perlukan. Sentiasa melayan kerenah bulan yang macam² ni. Terima kasih jugak sbb tolong bulan untuk berubah. Berubah menjadi lebih matang dan belajar untuk mengawal hati dan perasaan. :) Thank u sayang. Love u so much. Maybe agak jiwang kapak ayat² tersebut, tapi... bulan peduli ape. Uhuhuhu. ;p Bulan harap, 2011 akan beri makna yang lebih baik untuk kita berdua. Secara jujurnya, bulan sentiasa berdoa agar hati kite sentiasa dekat dan diberi peluang untuk hidup same² or in other words - KAHWIN. *blushhhh. Seriously. Bulan tau, banyak lagi benda yang Pelangi nak capai, tapi bulan jugak harap, this is one of it. :) Papepon, terus sayangi saya je sayang!

Untuk kawan² TERBAEK (kamu,kamu dan kamu) :
Terima kasih sebab still stay berkawan sampai sekarang. Persahabatan adalah sesuatu yang sangat indah untuk disimpan. Sesuatu yang takkan terputus sehingga keakhir hayat. Hope, all of u know that, aku sayang gile kat korang. Serious. :)

Airin - hope both of u (Andrew) cepat² dapat baby. Dimurahkan rezeki untuk dapat anak. Amin.

Miea - next year,ko da bergelar puan. Bestnye. Hope aku capat ikut jejak ko jugak. Huhuhu. :)

Anne - I'm glad to hear that u already have someone kat hati tu. Siyes happy gile. Cepat² kawen tau.

Syima - Aku tade specific wish. Tapi aku tau ko akan sangat berjaya dalam hidup. Happy tgk ko happy. :)

Dira - Mish yu so much since terlalu lame kita tak jumpa. Sometimes, i wish i can be there for u when u're sad and down. Hope 2011 akan buat life ko more cemerlang. More and more. :)

Coklat - Life is so beautiful dear. :) Hope this 2011 will bring luck for u and kite akan terus berkawan baik dan hidup kita akan diberi peluang untuk bercinta, berkahwin dan ada masa depan yang baik. Amin. :)

Miu - Cinta dalam hidup ni perlu sentiasa ada. Tapi, hati dan minda perlu seiring kan? Makanya, aku harap, akan ada seseorang yang akan memenuhi ruang hati tu selayaknya. Dan akan menjaga hati kau sebaik-baiknya. InsyaAllah. :)

Aku hargai setiap denyutan jantung aku untuk tahun 2011 ni. Segala pahit manis dan baik buruk, akan aku kenang dan jadikan pengajaran yang terbaik untuk masa depan. Semoga, semua orang mendapat keberkatan hidup, dimurahkan rezeki, diberikan petunjuk dan hidayah serta dipanjangkan umur. Berharap jugak semua orang akan beroleh kebahagian dalam hidup. Aku juga berharap,agar aku dapat memaafkan orang² yang dah berbuat jahat kat aku selama ni. Sebab, aku berharap agar dapat melangkah ke tahun 2011 dengan hati yang bersih dan semangat yang baru. Teruskan bernafas untuk menerima ion-ion positif masuk kedalam minda dan seterusnya lekat kat hati. :) Amin...

With lotsa
b u l a n

Ada apa di Tg Malim?

30 December 2010

Celik mata je pagi ni da mengadap lappy. Teringat pesanan Pelangi malam tadi. "Esok pagi² , awak tgkkan jam tu ae." - Baek sayang!!! :)

So, deal n deal.. Perak, here we comes.. ;p Ohohoho. Tak sangka pagi ni na g Tanjung Malim, Perak. :) Well, tujuan asal na pegi sane sbb ade deal between Pelangi n someone utk amek jam. Akhirnya tercapai gak hasrat Pelangi nak amek jam GA 100 BUMBLEBEE. Yeahhh. Bumblebee. :) My fav transformer. :D Lalala~

Since sebelum gerak g Tg Malim, i did google pasal Tg Malim. Saje nak tau ape yang menarik kat sane. Since i've been wondering,"Tg Malim ni cane ae?" Everytime aku naek KTM. Akhirnye, hari ni terjawab sudah. Ohoho. :) 1 of best thing about Tg Malim yang aku find out and Pelangi did the same thing to is PAU TANJUNG MALIM. Hohoho. Tapi, nak mencari kedai pau ni, perghhh. Susah kot. Hoho. Akhirnya, kami jumpa juga. Doesn't know y, instinct aku untuk hari ni sangat kuat. But sadly, aku tak trust langsung instinct tu. Humm. For example, pagi tu aku tergerak nak pakai baju yang same dengan Pelangi, da siap kuarkan and tinggal na pakai, but aku pilih baju lain. :( Then, i saw the person yg we both na jumpa. But aku deny jugak dengan instinct tu sedangkan that is the person yang kitorang na jumpa.. Uhuhuh. Again, instinct aku kuat kate tempat Pau tu kat seberang sane. Tapi, x ikut pon that way. Hummm.


So, here we goes. Pau terbaik kat Tanjung Malim kat YIK MUN RESTAURANT. :)














Hohh. Entry kali ni macam agak panjang. So aku make it short je la. After Tg Malim, aku bitau Pelangi yang kain da habis. So i need his help to bring me to OU or The Curve. Na cari kain. :) Unexpected, Pelangi terus g bawak g The Curve. At the curve we did :

1. G SONY CENTRE. Amek MP4 aku yang da osak. Sedih gile. :( Tapi, jumpa Faizal Tahir. Nice! ;p

2. Jalan² window shopping. Aku agak sk etgk beg kat GUESS. Pelangi plak da aim kasut ENERGIE. ;)

3. G DAISO. Beli barang. Kain abes. :( Tapi beli cointainer.

4. Lepak minum sbb kehausan. Lepak kat DOME. Tapi aku still haus. Apsal ntah. :(

5. Beli Big Apple 2 je. Hoho. ;p

So far, tu je yang aku buat kat The Curve. Tod na ajak Dira lepak same. But called² ta dapat. Sume number ta dapat. Humm. Apepon, sangat happy dapat spend time same ngn Pelangi. *Thank u so much sayang. :) Sekurang² ia akan jadi penutup 2010 yang indah untuk dikenang. :) Since esok kita x jumpa kan. Sedih.
With lotsa
b u l a n

Start Cuti.

29 December 2010

Hoyeh. Cuti cuti..... :)
Tapi, Pelangi keje. Hummmm.
Takpe, keje elok² k sayang!!
u always!!!

With lotsa
b u l a n

Hobi Baru yang Mengagumkan.

28 December 2010
Cam sengal je statement tu kan? Bahahahhah. ;p Tapi aku ske je. Aku rasa agak kagum dengan hasil yg diperolehi. :) Alhamdulillah, aku bersyukur dikurniakan tangan yang mampu untuk membuat banyak benda dan memudahkan hidup aku selama ini. :) Terima kasih Ya Allah.

So, here the things yang telah aku buat. :)
.Head Skarf.
.Casing Hard Disk.
.Badge.

Notakaki : "Hope i'll produce more for FUN..!! " :) -credit to Cik Kerm and Cik Fafafo.
With Lotsa
b u l a n

Angin sejuk.

27 Disember 2010

It almost penutup tahun 2010. Rasanya dah lame tak update blog. Lama gile. Since busy ngn banyak benda. Gaji sudah, bonus sudah, test tak lepas. Tapi xpe,bole cuba lagi nanti. :) Positif Positif.

Having date with Pelangi Sayang. A few times. *Thanks sayang. Bulan appreciate sangat. Bulan hope,rasa sayang tu takkan pernah hilang. U know what i mean kan? :)

Lately ni jugak, aku ade hobi baru. Crafting. Uhuhu. Menjahit menjahit dan menjahit. Semuanya lepas aku tgk blog Cik Kerm dan Cik Fafafo.. :) Papepon. i didn't mean to stole the idea. Cuma jadikan sumber inspirasi untuk cari lagi idea² baru. Perkara terbaik ; aku dah buat casing hardisk ngn batch comel hasil idea dr otak aku sendiri. Yeayyyy... :) Harap² hobi ni bole berpanjangan since adik² aku (Mija, Lia dengan Gemok) pon da berjangkit same. Tapi, habis kain² aku. Hummm. Sedih.

By the way, baru² ni, g jalan² dengan Pelangi. Spend time together. Aku consider tu cam promise dia. And dia fullfill. *Thanks again sayang. :) So, here a our pixie.. ;) *since malas nak tulis panjang² wat masa ni. Hohohoho.

By the way, aku agak ske pic ni. N this pic is currently jadi wallpaper lappy aku. Ohohoho. :p

*Next post : Maybe pasal hobi baru. Ahahahha.

With lotsa

b u l a n

Proud to be Malaysian.

26 Disember 2010


Secara jujurnya, aku bukan la peminat setia bolasepak. Any Football game. Huhuhu. Tapi, agak berjangkit dengan Pelangi bile salu dengar yang dia ske tgk game bola. :) Aku agak mudah untuk suka sbb dulu masa skolah pon aktif jugak dengan sport. Evendo aku agak fail bile main bola / futsal and hoki. Ahahahah. Maybe kekuatan cuma ada pada tangan je kot. Tak pada kaki. Hahahhaha. ;p


Tapi, bile dengar ramai kawan-kawan yang ske tgk bola and pegi Stadium (feel the experience) aku pon jadi cam teruja and teringin nak tgk bola kat stadium. Nak rasa kehangatan game tu. :) How i wish one day dapat pegi tgk kat stadium. :)

Papepon, game yang menarik malam tadi. Congrats to Pasukan Bola Sepak Malaysia. Malaysia Boleh!!! Yeayyyy. 3-0 kot. Hebat hebat!!!

I'm proud to be MALAYSIAN. ;)

With lotsa
b u l a n

Perasaan ini.

11 November 2010

Currently 1.48 am. Aku masih kat sini. Menghadap lappy dan still belum tido. Pelangi da nyenyak tido cuz i've been watching him thru our SKYPE. However, aku baru offkan skype tadi. Hope dia bole tido dengan nyenyak. To be honest, aku sangat rindu dia kot. Seriously. Biarla dia nak kate aku poyo ke, ape ke. *I know sayang, u will read this. :) Sekarang ni jugak, lagu HANYUT by Faizal Tahir always bermain di telinga dan otak aku. Just love the words. Bait² kata pada lirik tu agak bertepatan dengan apa yang aku rasa. :) Kenyataannya, itu yang aku rasa.

Buat masa ni, aku takde topik nak dikongsikan bersama. Sebabnya, pada waktu dan ketika dinihari ni, otak ni berehat dan hati banyak memainkan peranan menyelubungi akal fikiran. Mengambil alih otak untuk meluahkan perasaan. Tak kira la apa juga jenis emosi yang bakal di luah. Tak terhad untuk perasaan CINTA sahaja.

POYO. That's my name. Called by Pelangi. Kenapa dia kate aku poyo ae? For certain reason, aku faham. Memang kadang² aku agak poyo. Kesimpulannya, aku tau dia tak ske aku berkeadaan mcm tu. Maybe dia tak biasa kot. So, thats why aku dipanggil poyo. But,nevermind. I'm fine with it. :)

Humm, rasa macam ade pesanan untuk HATI.

"Hati... tolong la aku. Aku perlu kuat dan berani.
Aku perlu tabah dan cekal. Kalau sekiranya hati ni
tercalit kekotoran pada perasaan, tolong la bersihkan ye.
Cuci and sental sampai besih and kilat. Uhuhuh.
Kalau terpalit rasa benci, tolong padamkan dan hindarkan.
Hati, aku tau aku tak sempurna.
Jadi, tolong la beri kerjasama. Kalau aku sedang berfikir
dan tidak stabil, kau jangan masuk campur tau!
Biar akal je uruskan. Kau hanya diperlukan pada waktu ketika
aku bertindak sebagai manusia yang berperikemanusiaan... :)
Aku tak benci kau. Tapi, agak sukar buat pertimbangan
dengan baik bila melibatkan soal kau Hati...
Apepon, berlaku baik la pada aku ye..
Terima kasih.. :) "

So, sekarang dah bole tido dengan nyenyak sebab tadi dah nampak Pelangi... Perasaan ni sangat tebal dan mendalam untuk dia. Ohhhh. Bahaya aku ni. :) Sebenarnya, aku hanya mohon, laluan aku dan dia dipermudahkan. Amin.
Oke la. Mau tido suda. Esok to be continue. 2 hari yang sedih tanpa Pelangi. :( Sedih.

Notakaki : Dear CINTA, i mish yu so much!! *entah ape aku merepek pagi² ni. Dah pukul 2 pagi baru nak tido. Haihh.... ;p

With Lotsa
b u l a n

Abah.

10 Disember 2010

Hari ni birthday abah. Siyes pagi tadi bole lupe. Even tgh malam tadi ingat but abah da tido. So, here my wish...

"Happy Birthday ABAH.
Wishing u :-
Selalu sihat dan diberkati Allah SWT,
dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki dan sentiasa sayang family..
u from the bottom of my heart.
I'm sorry for any of my wrong doings.
Ampun. :) "

Well, kami tak celebrate kat umah. Just buat makan² dekat umah Pak Ndak a.k.a kembar abah. :) Sate, sate and sate. *Kembang. Uhuhuhuh


With Lotsa
b u l a n