T h a n k . y o u . f o r . v i e w i n g . r e a d i n g . a n d . f o l l o w i n g .

m y . l i t t l e . b l o g . . M u c h . a p p r e c i a t e d . .


Goodnight comments

Hati ini..

Awi ni 10 Dec, besday Abah..B ase cam kedu nak wish.. ntah la.. EGO mungkin..
Bukan ta rapat.. tapi ta diajar untuk manja dengan Mak Abah.. Dalam hati ni sayang.. sangat tebal..
So pg tadi b tetap wish abah mase salam na pegi keje.. n i did text him mase kat office.. b tau b ta bole na cakap.. nanti hati ni mula la syahdu..huhuhu.. *saya sensitip oke..
B na kata..
Abah,
hati ni sangat sayang n sangat hargai apa yang abah da lakukan selama ni..
hati ni jugak tau setebal dan sedalam mana sayangnya abah kat anak² abah yg nakal ni..
ta dapat na diterima akal sekiranya terjadi apa² kat abah atau hilang dari pandangan mata..
hati ni akui adakalanya terbit ase tertekan bila kata² tajam menembusi dinding hati ni..
luka yg tidak berdarah..
saat dan ketika ni, hati terlalu sayu dan menghimpit dada ni...
bukan kerana kata² dan teguran abah..
tapi kerana hati ini rasa susah dan sering berada dalam keadaan yang tidak stabil..
risau..
Abah,
ketahuilah bahawa anak abah ni sangat berbangga dengan abah..
walau apa pun kerja yang abah lakukan,
walau apa pun pakaian yang abah pakai,
walau apa pun kereta yang abah pakai,
anak abah ni tetap berbangga sbb tu semua duit dari titik peluh abah..
duit tu jugak yang membesarkan kami adik beradik juga untuk menyara keluarga besar ni..
bila dah melalui fasa baru dalam kehidupan..
bekerja dan mula mengorak langkah untuk berumahtangga,
anak abah ni mula faham betapa susahnya na menyara keluarga dengan duit gaji yang ada..
hidup di kota besar..
semuanya memerlukan duit..
Abah,
terima kasih atas segalanya..
tak tebalas asanya budi yang telah abah tabur..
kasih sayang dan wang ringgit..
doakanlah anak abah ni berjaya dunia akhirat...
dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah..
untuk menjaga abah dan mak sampai bila²..
kerana,
tubuh, hati, jantung, saraf dan darah ini adalah hasil dari bersatunya Abah dan mak..
Sayang hingga akhir hayat...

No comments:

Post a Comment