T h a n k . y o u . f o r . v i e w i n g . r e a d i n g . a n d . f o l l o w i n g .

m y . l i t t l e . b l o g . . M u c h . a p p r e c i a t e d . .


Goodnight comments

Cadbury Boost - Me? Like!!

Coklat Coklat....Yummmmyyyy..!!!
Currently tgh ADDICTED dengan Coklat ni...!!!! ^__^


"Smooth textured chocolate flavoured centre with crunchy biscuit pieces surrounded in caramel, all covered in Cadbury Dairy Milk Chocolate"






Notakaki : Hoh,bole obess ni kalau makan banyak² . ;p
With Lotsa
b u l a n

Shuhhhhh...

26 Oktober 2010


Hari ni dah GAJI. One thing yang bagus tentang hari ni. At least, permulaan pagi yang baik. Tapi, sedikit tension bile fikir pasal certain people yang berperangai bodoh ni. Geram.


Apa yang buat aku STRESS sangat pagi² ni? Sampai ade je yang tak kena. Humm. Tak ske la.


Tolong la. Shuhhhh shuhhhhh... Pegi jauh-jauh. Jangan semakkan otak aku yang tengah positif ni. Bangang oke!!!!


Notakaki : Pelangiiiiii.. tolong la bulan... Hummmm... =__="

KL Mountain Bike Carnival

24 Oktober 2010
Otak agak blur sbb tatau nak blogging ape ari ni. Sampai awal kat office. ALONE. Humm. Sabar menanti tp macam agak takut sket. Ohoho. Suddenly, Hafiz call soh turun bawah. Dia tunggu kat lobi. So, aku pon packing balik lappy n sume barang yg berharge. Selimut dan bantal, aku biar je kat sofa depan. Ahaha.

Sepanjang dalam keta tu, i've been wondering..Mana dia nak bawak aku ni? Gi breakfast ke? *since aku lapa gile time tu. Humm. Suddenly, dia kate *syushhh.. Ek..o_o"

Then, tak lama lepas tu, dia kate nak g tgk Event. Beskal. Hohh. Event tu kat Taman Lembah Kiara @ TTDI. Sesat² juga la cari. But its oke. At least we knoe that place evendo da banyak kali pergfi area tu, tp tak pernah tau ade tempat camtu. Menarik. ^__^ Ouh, by the way, event tu adalah KL MOUNTAIN BIKE CARNIVAL.

So, here a few pixie when we were there. ^__^


Baru tibe.






Mau pulang sudah. ^__^


By the way, kena pulang agak awal. Around 12 da nak masuk office balik. Sambung buat WIT. Apepon, thanks sayang for brought me there. First time g event camtu. Happy. ^__^ *Masa ni, terfikir. Bestnye if ade Camera DSLR. Tehehehe.

Notakaki : I had soooo much FUN! Sebab ade je aktiviti baru dengan Pelangi. ^__^

With lotsa
b u l a n

Seharian yang PENAT.

23 Oktober 2010

Berusaha keras kan? Uhuhu. From 10 am till 11 pm. Huhuhu. WIT punye kes.

With lotsa

b u l a n

Lebihkan USAHA, oke!

22 Oktober 2010

Hi. Finally, nebes semalam da berakhir tadi. Untuk sementara sahaja sementelaah nak menunggu Konvensyen lagi 2 minggu dari sekarang. Ouhhh. *Debaran kian terasa. Ape pun, Alhamdullilah, presentation tadi agak berjaya even practice dalam masa yang amat singkat. Congrats everyone. Teheheheh. Yang pasti, semua kena BERUSAHA LEBIH lagi. Banyak yang perlu kite improve kan. Jangan cepat putus asa ye. Kena sentiasa ingat yang, PRACTICE MAKE PERFECT! ^__^

So, esok pagi kena datang office lagi. Practice, buat video and betulkan slide. Agak penat bile fikir. Tapi, ni kerja berpasukan kan? So, tak baik downkan semangat kawan² yang lain. Kena SEMANGAT jugak and kena CONFIDENT!!

With lotsa

b u l a n

Gemuruh Jiwa.

21 Oktober 2010



Hello and Hi.

Currently baru rasa bole berehat dengan SEDIKIT tenang. Humm. Esok masih ade perkara yang perlu dilakukan. Berat sket ouh. =_=" Ase na pengsan. Hohohoh.


By the way, agak lega dah habiskan kursus yang 4 hari ni. Penat travelling pergi balik. Bangun awal gile n bersiap. PENAT. Then agak lega sebab da wat exam tadi. Cuma cuak na tunggu result. Hope dapat A. ^__^

Esok plak : Presentation WIT untuk KJ.

Nebes ni. Adoii. Nebes bukan sebab nak present kat KJ tu. Nebes sebab ta faham slide lagi ni. Pastu kursus 4 hari, so ta pat na join dorang buat skrip n practice. Esok pagi, tau² je kena practice and present after lunch hour. At 3 pm I guess. Haihhh. Thinking of it can make me sweating. D-ohhh... =_="


Takpe la. Hopefully i can make it. Even sikit. Yang penting kena USAHA. Humm.
"Good luck Cik KB. Hohoho. Anda BOLEH!!!"

*Sambil tepuk bahu sendiri untuk penghargaan. Ahahahahahhaa

^__^


Notakaki : Encik Pelangi, sile la bagi support kat saye ye. ^__^ *saya takot sebenarnye ni. Huhuhu.


With lotsa
b u la n

Kursus Mandatori.

18 Oktober 2010

Hari ni dah start kursus kat ILSAS 4 hari. Tapi, pagi² da buat aku stress.. Bole plak ujan selebat-lebatnya pagi ni. Memang aku basah lencun la kan. Macam mandi kot bile sampai kat KTM tu. Bangang betol. Sakit ati aku. Rambut pon abes, beg laptop pon basah, kain cam kena air longkang je,kasut da melekit² .. Pergh, siyes ase nak menyumpah seranah n ase nak nanges. Huwaaaaaaaa...

Sampai ILSAS, masuk kelas, jumpa member² lama. Ida, Afni n Syu. Aku lak ngn kak Pua. Hoho. Pastu Fuad member Murni pon lepak meja kitorang. Then, hari ni best sbb ade Ustaz Rock. Ustaz Fadzliy Rizal.Hohoho. Macam Marcell.. lalala. ;p Yang beshnye, Ustaz ni bole ingat aku lagi tu. Bagus3. Hahahaha..

Pulang awal, besh! Tapi tertido cepat sebab penat. Maybe kena ujan. Hummm.

Notakaki : Wendu Pelangi. =__="

With lotsa
b u l a n

Teruskan USAHA!

17 Oktober 2010

It's SUNDAY everyone. Tapi aku, datang office untuk siapkan kerja. Terasa agak lama diari aku kosong untuk "Ahad tanpa Office". Hebat kan? Ahahahah. Well, bukan apa, since there is no reason for me to come by and doing any works, so why should i go kan? Ahad untuk berehat. *Ye ye je kan? LAME! ;p Hahahah.

Supposely hari ni tak datang office. Bukan tanak. But "I'M OUT OF MONEY"!! Gile sengkek ni. Duit yang ade pon hasil belas ehsan Pelangi terchenta. Ohoho. Tu pon for cover up my expenses for 4 days training kat ILSAS. Humm. *Thanks dear sayang. ^__^

Pelangi did pick me up @ KTM Sungai Buloh. Then terus g office. *Sebenarnya, perut rasa lapar sangat time tu. Pelangi offer nak bawak g beli breakfast. Tapi aku cam ta sampai ati nak susakan dia. Nestum pon ade lagi kat office.So,should be NO BIG DEAL kan kan? Heehee.

Start buat WIT dari jam 11 pagi sampai la 6 petang. But still banyak yg ta siap lagi. This coming FRIDAY [ 22 Oktober 2010 ] ada presentation pada KJ. Cuak pulak rasa. Since aku akan g kursus dengan Kak Pua untuk 4 hari start Monday [ 18 Oktober 2010 till 21 Oktober 2010 ] kat ILSAS.

PENING bile pk. Tapi, biasa la. Pening pasal keje ni memang takkan abes kan? Hoho. So terima je la. ;p

With Lotsa
b u l a n

Birthday Cik Melissa.

16 Oktober 2010

Dear My Bestie..

Cik Melissa aka Coklat

HAPPY BIRTHDAY BABE!!!!

i knoe u gonna read this..

^__^

May Allah Bless u Always..
Diberi kesihatan yang baik,
Dimurahkan rezeki,
Dan...
Diberikan jodoh yang akan sentiasa sayang ko..

Love u babe.


With lotsa
b u l a n

Auntie.

15 Oktober 2010

Dapat call dari Nua.
Aku bakal jadi Auntie.
Hoyehhhhhh.
Alhamdulillah.
Dah 5 minggu.
Congrats buat Adik aku NUA dan adik ipar aku RINIE.
Semoga semuanya baik² aje.
Amin.
Sukenye....!!!!
^__^

Chaiyok Chaiyok.

14 Oktober 2010

Lagi busy dengan preparation for WIT-ICC Convention awal bulan November ni.
Nebes,...
Ya Allah. Terasa bahangnya.
Huhuhuh.

Sayang.

12 Oktober 2010
Saya sayang saya...
PELANGI.

Bertenang.

10 Oktober 2010


Hari ni sepanjang pagi kat rumah, terasa sangat sunyi. Kadang² aku terasa kehadiran Coco macam memanggil². Sedih oke. Rase nak keluar je hari ni. Last week, Pelangi kata nak g tgk GP. Tapi ta sure. Ntah. Since pagi Pelangi ta reply text. Ingatkan dia g tgk GP. Rupenye TAK. Humm.

Suddenly, Pelangi call ajak keluar. Yeayyy. ^__^ Sebenarnya, ta tahan duduk rumah sbb asek ingat Coco n nampak je bayangan dia. Humm.

At last, Pelangi ajak keluar. Undecided mane nak pegi. Suddenly, Pelangi kate nak g FRIM. Agak kesian aku ni. Tau je FRIM kat mane, tapi tak penah masuk pon. Hohoho. Kesian gile. Nasib baik, Pelangi bawak. *Thanks

Lepas dah relaks dan bertenang kat FRIM, we both terus TTDI. Unplanned jugak sebenarnya. Huhu. So, since dua² da lapar, Pelangi kata try makan kat POPEYE'S. My second time and 1st time for Pelangi. Papepon,aku nak suggest : Mashed Potato, Cajun Fries and Tiramisu dia mmg SEDAP! ^__^ Siyes. *As for me la.

Next......!!! THE CURVE.. Hoyehhh. Yang bestnye pasal g The Curve kali ni,naik² je dari basement, nampak ade bazaar al the way restaurant yang ada. Sangat besttttt. Banyak Korean and Japanesse style.^__^ Sangat comel. Kesimpulannya, aku dah tertarik dengan beberapa kasut, accesories untuk rambut and baju. Since aku ni sangat payah nak suka tgk baju instead of shoes.. Hohoho. Then, jalan² lagi, masuk kedai jam.Yaikkssss... Aku da aim jam pulak. Dush dush... *Ape nak jadi ni B. Sile berjimat cermat ye. Hummm. Then, at last,da jumpa DAISO kat KL. Yeayyy. ^__^ Suke suke.. sangat suke...

Kesimpulanya, aku happy sangat hari ni. Huuhuhu.

Notakaki : Takziah pula diucapkan buat keluarga yang kehilangan orang tersayang atas incident yang sangat memilukan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNYA. Amin.

With lotsa

b u l a n

MY love has GONE.

9 Oktober 2010Nak pecah rasa jantung ni saat dapat call dari Lia. Berita pemergiaan Coco buat aku terduduk dan menangis semahu- mahunya. Kesayangan aku dah takde. Dah pergi tinggalkan aku. Currently, hati masih rasa pedih. Terbayang semua tempat yang Coco ade kat umah ni. Umah aku, umah dia jugak. Sebab dia bukan sekadar haiwan peliharaan, tapi KELUARGA. Yang buat rumah aku bercahaya, buat semua orang gembira. Terima kasih Ya Allah kerana KAU hadirkan Coco dalam hidup aku. Tempat aku meluah rasa suka dan duka. Tempat aku bermanja. Kehadiran yang menyejukkan hati semua penghuni rumah dan kehadiran yang memadam api yang marak di hati.

8 Oktober 2010 (Jumaat), Coco pergi tinggalkan aku. Setelah hampir 6 tahun aku bela dia. Since 19 April 2005. Seminggu lepas birthday aku. Rumah ni rasa sunyi. Sunyi sangat. Sedih menyelubungi hati semua orang dalam rumah. Ape yang buat aku ralat, aku tak sempat belikan dia Cat tree. Teringat, bile aku balik, Coco yang akan sambut depan rumah. Keletah dia buat aku rasa sedih bile ingat. Sangat². Even till now, hati ni tak ready nak terima mana² kucing. Mak pon cakap benda yang same. Tanak ade kucing lagi. Hati sangat pedih. Patut la, dua hari sebelum Coco pegi, dia insist mengeow nak masuk bilik aku. Tido same. And since dia tau yang dia nak pergi, dia tak balik umah sehari. Aku susah hati, tapi sangat berharap dia pulang kerumah sbb dia pandai jaga diri. Tapi maybe dia tanak aku tgk dia pergi. Sepanjang aku pulang, aku menanges. Air mata tak benti mengalir. Sedih sangat. Tak larat rasanye nak pulang. Mak tak tanam Coco lagi. Mak tunggu aku pulang. Sampai² aku tgk mayat Coco terbujur je kat situ. Sempurna. Tiada cacat cela. Tak luka. Tapi basah. Aku meraung lagi. Hati ni pecah. Aku tolong mak ngn Dila korek lubang depan rumah. Mak buat lubang menghadap Kiblat. Mak mandikan coco dengan air bunga. Kami tanam Coco dengan doa agar diampunkan segala dosa kami pada dia. Aku tabur bunga untuk dia. Sebab dia kesayangan aku. Kesayangan semua.

"Coco kesayangan kakak, kakak harap, Coco happy kat sana. Ada kawan² dan dapat jumpa dengan Nabi Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW. Terima kasih kerana membuatkan kakak happy sepanjang Coco ade dengan kakak. Kakak mintak maaf if ade perkara yang kakak dah buat Coco sedih or abaikan kehendak Coco. Doakan kami semua baik² aje k sayang. Maybe ade rahmatnya, Allah ambil Coco dari kakak. Maybe jugak dah tiba masanya untuk Coco pergi dan berada bersama rakan² Coco yang lain. Kakak akan sentiasa letak Coco dalam hati kakak. Kesayangan kakak sampai bile². Al-Fatihah untuk Coco..."




With lotsa
b u l a n

Mengidam Part 2


Hi n Hello. If Blog entry sebelum ni aku tulis pasal mengidam, now this is part 2. Uhuhuhu. Pelangi fullfill my mengidam tu by brought me to Dominos @ Jln Gasing, PJ. Yeayy. At first thought nak order delivery je. Tapi tak bole, agak cramp n pizza just bole sampai after half and hour. Lame kan? Humm. So we decided to pegi je makan terus kat situ. Hikk. We both pegi bedua je, tapi makan macam berempat. Hoho. Order sampai RM50. Set baru. Spicy ciken tomyam tu pn agak sedap. Plus, first time makan bq ciken kat Dominos.Sedap ouh. Ase sate ade, ase otak² pn ade. Ekk. Hihihih. At last habis gak sebotol 100 plus. Bbq ciken pn n oso breadstix. Teheheheh.Pizza? Abes sekotak regular. Another 1 box, bawak pulang. Huhuh.

At last tercapai jugak hasrat nak makan Dominos. Lame kot puasa na dapatkan pizza ni. :p Pasni ade satu lagi yang aku mengidam. 8 bulan bukan kejap ouh. Lame. cuem rase je macam kejap. Hahahah. *Sayang, pasni kite cari mase g tgk muvee yeh. Wink wink.. ~__^ u.. Thanks btw for fullfill my mengidam. Tium tium.

With lotsa

b u l a n