13 Jun 2010
Currently jari ni agak rancak menaip. Mungkin tiba² ada benda yang nak diluah. Telinga mcm dah ada music box since always dengar lagi Vierra - Bersamamu. Kenapa yeh? Kadang² aku suka biarkan diri ni leka bersendirian. Memikirkan semula perkara² yang sedang berlaku disekeliling. Dugaan. Hati ni banyak kali diduga. "Ya Allah, berilah aku kekuatan melalui semua dugaanMU..Soal perasaan yang jatuh amat berat dihati ni.." Hati ni dah macam gelombang radio. Ada turun naik, dan adakalanya sekata.
Terfikir aku buat kesekian kalinya. Apakah aku sempat untuk merasa semua tu? Memiliki rasa bahagia dan berada dalam lingkungan keluarga yang dibina sendiri? Sempatkah aku? Adakalanya, bertanya aku pada takdir hidup ni, dapatkah aku bersama dengan orang yang aku sayang? Dan adakah rasa itu akan hadir untuk aku? Hanya aku? o_o
Orang selalu kata, if kita lukakan hati orang lain, perkara yang sama akan menimpa kita. Tapi, tu semua takdir Allah kan? Kenyataannya, hati ni sama terluka. Tapi tak siapa yang tahu. Hati kecil ni pecah. Mulanya, aku tak expect pon hati ni akan sembuh balik. Sekarang, hati ni dah merah balik. Dan aku tau kenapa. Darah dah mula mengalir dan mula dipam ke jantung selancarnya.. :) Kenapa? Sbb hati ni dah mula terisi.
Adakah aku bersifat seperti jelly? Masuk la kedalam acuan mane pon, aku tetap bole membentuk mengikut acuan tu? :) Personally, 50%of me, yes! Kenapa? Sbb kita diberi akal fikiran untuk jadi FIRM. :) Bukan sentiada bertindak untuk memuaskan hati semua orang.
Saat ini, terasa mahukan udara pantai. Bunyi ombak, melihat laut yang terbentang luas supaya fikiran dan keresahan hati dapat dilontar sejauhnya mcm laut yang tiada penghujung. Terasa mahu baring sambil mengadap langit yang terbentang luas. Merasa redup dibawah pokok kelapa yang melambai ditiup angin. Indahnya. Lebih indah kalau bersama Pelangi. Walaupun hanya seketika. Merasa tenang. Otak dan badan ni dah letih. Perlu berehat. Yes, i need to rest for a while. But,where should i go? Dengan siapa ye?
♥ b u l a n
Lala & Feerah
7 years ago
No comments:
Post a Comment