T h a n k . y o u . f o r . v i e w i n g . r e a d i n g . a n d . f o l l o w i n g .

m y . l i t t l e . b l o g . . M u c h . a p p r e c i a t e d . .


Goodnight comments

Perubahan.

16 Jun 2010

Kenapa dengan perubahan ye? Humm. Satu perkataan yang boleh membawa ke arah positif atau negatif pada diri sendiri dan orang lain. :) As for me, banyak perubahan yang aku lalui. Dari segi hati, penampilan diri, minat dan kehidupan. Hidup ni hanya sekali. So,perlu ada perubahan. Perlu merasai betapa luasnya alam ni, betapa banyaknya segmen kehidupan yang telah ditulis dan betapa indahnya dunia ni untuk dinikmati.

Semalam,ada yang telah mengubah persepsi diri ni pada satu fasa yang lebih tinggi. Kata² yang sedikit sebanyak membantu aku untuk mengubah diri dan masa depan. Hakikatnya, hati ni perlu terbuka untuk menerima pembaharuan. Belajar mengubah keadaan. Kakak ada berpesan, sekiranya kita sedang bercinta, kita perlu ada 3 elemen. Yang pertama, jadikan boyfriend kita sebagai Sahabat / Bestfriend. Kenapa? Sebab itu akan membuat dia lebih selesa dengan kita untuk berkongsi masalah dan suka duka dalam hidup ni. :) Kedua, jadikan dia sebagai Kekasih / Lover. Kenapa? Sbb Allah SWT jadikan kita berpasangan. Jadikan hati ni ruang untuk mengisi cinta dan ianya perlu dikongsi bersama org yang kita cinta. :) Maka, kita berhak untuk melalui pelbagai rasa. Suka, sayang, marah, geram, cemburu dan sebagainya. Yang ketiga, jadikan dia sebagai Teman sehati sejiwa / Soulmate. Kenapa? Apa yang aku faham, soulmate berkongsi rasa dan minat yang sama. Atau lebih tepat, satu perkara ada dalam dua jiwa. Apa yang kita rasa, dia turut rasa,atau apa yang kita fikir, dia akan turut fikir. :) Ada banyak lagi yang perlu aku tahu pasal soulmate ni, tp mcm agak malas nak search for the time being. Huhu.

Aku akui, diri sendiri banyak mencuba untuk mengubah apa yang sedang dilalui. Agak menguji kesabaran, tapi hakikatnya,ia banyak membantu menjadikan kita lebih elok dari yang sebelumya. :) Aku berusaha menjadi lebih sabar, Berusaha menjadi lebih memahami, berusaha menjadi lebih terbuka, berusaha menjadi lebih mempercayai dan berusaha menjadi lebih positif. Kenyataannya juga, itu adalah aku yang dulu sebelum ianya berubah kerana cinta. Selepas dikhianati. Hoh. o_o

Tapi tu semua sejarah lepas..Telah pergi jauh dari hidup ni. Yang nyata, sejarah² tu semua mengajar aku menjadi lebih matang dan belajar dari kesilapan. Even pahit untuk telan, tapi ianya mcm ubat kan? Ubat tu pahit, tapi dia menyembuhkan. Adakalanya juga, Allah SWT menemukan kita dengan ramai org yang akan melukakan hati kita sebelum memberi kita seseorang yang akan menyembuhkan sepenuhnya. :) Walaupun kita tak mengetahui siapa jodoh kita, kita tak boleh terus dari berhenti mencuba. Mungkin dalam sebutir nasi,salah satu darinya adalah rezeki kita. :)

Apa yang penting, lalui la hari² yang mendatang dengan penuh rasa. Kita kena hargai hidup ni. Aku juga berharap agar hari² yang aku lalui, walau tak sempurna, tapi cukup menyenangkan dan membahagiakan. :) Aku juga berdoa agar hati yang sedang merah dan penuh dengan 'rasa' ni akan terus merah dan membawa aku ke level seterusnya. Kan indah kalau dapat ber'payung' bersama? :) *Lalalala~ Amin.

b u l a n.

No comments:

Post a Comment