T h a n k . y o u . f o r . v i e w i n g . r e a d i n g . a n d . f o l l o w i n g .

m y . l i t t l e . b l o g . . M u c h . a p p r e c i a t e d . .


Goodnight comments

Trip to Perak

Pagi sangat indah even b rase cam cepat sangat b bangun untuk g bercuti dengan Anem plus Abg Man (her bf). Satu baju pon b ta sempat packing dalam beg. Anem kata dia maybe sampai around 9. But unfortunately, lewat sket sebab Abg Man tgh cari short dia yg entah kemana. Huhu. Tatau kenapa, ati tu ase sedikit berat. Bukan sbb pk benda yang bukan2, cuma tatau apa sbb yang paling tepat untuk digambarkan.


Perjalanan ke Kolam Air Panas, Sungkai Perak tak ambil masa yang agak lama. Sbb Abg Man drive agak laju. Plus dia bawak plak BMW dia, bukan Wira. CC besa, bawak laju pon tak rasa sangat. Alhamdullilah, perjalanan pergi tu smooth je. Sampai je, 3 of us ase lapa sangat. Anem plak mood agak kurang baek. Huhu. ;p Biasa la.


Just nak share, tempat ni cam seakan2 wetworld. Masuk pon ade bayaran. Usually for Adult they will charge RM10. But we all cume kena bayar RM7 je per person. Sbb ada satu kawasan ditutup (Kolam Air Sejuk). Renovation rasanye. But its oke. Tak kesah sangat pon. Sbb tujuan asal adalah berehat sambil menikmati air panas. :D Ouhh.. Indahnya.. Hins hinsss...

B ngan Anem round2 sblm pilih kolam mana yang besh untuk kitorang masuk berendam. B ade ternampak satu Private Jacuzi. Sekali masuk RM75. Its good for Family or datang ramai2. Sbb skali masuk boleh muat 8 orang. :D Btw, 3 of us masuk kolam yang 30-40 degrees. Just nice la kan. Hehe. Itu pon, at frst panas kaki bile celup. Tapi,tak lame pastu, ase cam na rendam da wholebody. Beshhh sangatttt..!! :D Muka pon ase cam meluap2.I mean macam jantung kena pam. (betul ke?) Bole la. Just like. Hehehe.


Before



dalam kolam


Finish :D



Umm.. ase sejup je bile da keluar dari kolam. Windy n cosy. Besh sangat. Hehe. Btw, mase tgh berendam dalam kolam, sempat lagi Abg Man g belikan ABC. Bole plak hot n cold. Huhu. Tapi besh. Da mandi ase fresh sangat.

Da lap2, we all teruskan lagi explore kawasan Hot Spring. G kat Kolam Merebus Telur. Bak kata pakcik yg keje kat situ, telur yang direbus dengan air panas dari mata air tu tak berbau dan tidak berkolestrol. Ini disebabkan oleh sulfur yang terdapat dalam kolam tu. Plus kentut ta busuk kot kalau makan. Huhu. Unfortunately, b bukan la seorang penggemar telur rebus. Huhu. Even telur umah orang orang kawen pon b ta makan. Tekak ta bape bole na makan time telur tu seadanya. Tapi kalau bagi b makan dengan laksa or nasi lemak, b oke je. Huhu. Weird kan? ;p




Satu lagi kelebihan yang ade pada punca air panas tu adalah ALGA @ Lumut. Menurut pakcik tu lagi, Alga tersebut turut digunakan oleh Duli Yg Maha Mulia Permaisuri Perak untuk kecantikan kulit. Kalah SKII kata pakcik tu. Hahahah. Yes, SKII mmg ta bagus pon. Antioxidant ta cukup kuat untuk regain. Huhu. (Base on ujikaji yg b da tgk sendiri) :)




Alga or Lumut taken from that pool




Bau sulfur. Yek ta besh.



Da cuci da.. At last.. If tidak na muntah ase bau sulfur tu..

Humm.. Menurut pakcik tu lagi, banyak kelebihan mandi air panas ni. Bole kuwuskan badan. Sbb tahap kepanasan 40-45 degrees bole wat badan berpeluh2 tapi ta bole berendam lebih dari 10 minit. Banyakkan minum plain water dan berjalan2 sebelum rendam dalam air yg bersuhu sama seperti sebelumnye. Aktiviti tu mampu untuk kuruskan badan. Best je dengar kan? Tapi kena rajin ah datang. :)
Well, aktiviti b kat Kolam da abes. Sebelum balik, kami bertiga sempat naik tram yang disediakan. Besh gak. Kebetulan naik dengan pelancong dari Jepun. Huhu. Kami betiga the only tourist from Malaysia. Ahahah. ;p


So, we're finish here @ Sungkai. But Not Perak. ;p Kami teruskan perjalanan ke Air Terjun Lata Kinjang dan Pangkor dalam hari yang sama. (Pic ta dapat upload sebab ada kat Anem. Camera b da out of batt) Huhu.

B sampai je umah dalam kul 230 pagi. Huhuhu. Panjang citenye.. ;)

Ape yang penting, b happy dengan trip tu. Cuma time belum gaji ta besh na jalan sangat. Gewam tgk kedai2 kat Waterfront Pangkor. Humm..

So, dats all.Ade lagi b akan continue story. InsyaAllah.

C ya... ;D

Update : Baca la artikel yg baru keluar 2 Ogos 2009. Berita Minggu n Mingguan Malaysia. (Both surat khabar yang kecik tu) Keluar artikel pasal Hot Spring Sungkai. Even pakcik yang b maksudkan tu pon keluar jugak muka dia. Heheh. Steady la pakcik!! ;D

No comments:

Post a Comment