8 Oktober 2010 (Jumaat), Coco pergi tinggalkan aku. Setelah hampir 6 tahun aku bela dia. Since 19 April 2005. Seminggu lepas birthday aku. Rumah ni rasa sunyi. Sunyi sangat. Sedih menyelubungi hati semua orang dalam rumah. Ape yang buat aku ralat, aku tak sempat belikan dia Cat tree. Teringat, bile aku balik, Coco yang akan sambut depan rumah. Keletah dia buat aku rasa sedih bile ingat. Sangat². Even till now, hati ni tak ready nak terima mana² kucing. Mak pon cakap benda yang same. Tanak ade kucing lagi. Hati sangat pedih. Patut la, dua hari sebelum Coco pegi, dia insist mengeow nak masuk bilik aku. Tido same. And since dia tau yang dia nak pergi, dia tak balik umah sehari. Aku susah hati, tapi sangat berharap dia pulang kerumah sbb dia pandai jaga diri. Tapi maybe dia tanak aku tgk dia pergi. Sepanjang aku pulang, aku menanges. Air mata tak benti mengalir. Sedih sangat. Tak larat rasanye nak pulang. Mak tak tanam Coco lagi. Mak tunggu aku pulang. Sampai² aku tgk mayat Coco terbujur je kat situ. Sempurna. Tiada cacat cela. Tak luka. Tapi basah. Aku meraung lagi. Hati ni pecah. Aku tolong mak ngn Dila korek lubang depan rumah. Mak buat lubang menghadap Kiblat. Mak mandikan coco dengan air bunga. Kami tanam Coco dengan doa agar diampunkan segala dosa kami pada dia. Aku tabur bunga untuk dia. Sebab dia kesayangan aku. Kesayangan semua.
"Coco kesayangan kakak, kakak harap, Coco happy kat sana. Ada kawan² dan dapat jumpa dengan Nabi Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW. Terima kasih kerana membuatkan kakak happy sepanjang Coco ade dengan kakak. Kakak mintak maaf if ade perkara yang kakak dah buat Coco sedih or abaikan kehendak Coco. Doakan kami semua baik² aje k sayang. Maybe ade rahmatnya, Allah ambil Coco dari kakak. Maybe jugak dah tiba masanya untuk Coco pergi dan berada bersama rakan² Coco yang lain. Kakak akan sentiasa letak Coco dalam hati kakak. Kesayangan kakak sampai bile². Al-Fatihah untuk Coco..."
With lotsa ♥
b u l a n
No comments:
Post a Comment