T h a n k . y o u . f o r . v i e w i n g . r e a d i n g . a n d . f o l l o w i n g .

m y . l i t t l e . b l o g . . M u c h . a p p r e c i a t e d . .


Goodnight comments

b l e s s.

23 Februari 2011

Thank u Pelangi, sebab masih dan terus sayangkan Bulan... :) *Terharu...

With Lotsa
b u l a n

T h i s . i s . s o o o o o . M E ! ! :)

21 Februari 2011

Emo Comments For Hi5


Assalamualaikum..

Hi sume. :) Hari ni aku takde benda nak update. Sekarang tengah on FB jugak. So terjumpa NOTE ni. :) AKu copy and paste utk bacaan sume since statement ni 95% adalah AKU! Siyes. Secara jujurnya, macam ni la tahap aku mencintai Pelangi. :) Dan aku adalah : ORANG YANG MENCINTAI itu...

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA...

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. -true

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. -50/50

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik / terkacak / terindah walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. - true

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. -true

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah cara dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. -true sangat!!

6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS. - :)

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak mungkin berulang selalu. - so true!

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Ini kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. -true.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya. -true sangat²

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. - sangat!! :)

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. -yes!!

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, dekat di hati?’

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. - i did.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. - :)

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun sukar! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

This is sooooo Me.
:)
Adakah aku hamba CINTA?
Hakikatnya, itu yang aku rasa dan aku buat.
Bila aku baca statement ni, aku tau yang aku sangat mencintai dia.
So In LOVE with him. :)

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya, satu²nya makhluk ciptaan-Mu selain kaum keluargaku dan sahabat² wanitaku, hanya dia yang berada diHATI ini. -Pelangiku...
Setiap hari aku titipkan DOA memohon padaMu Ya Allah.
Hanya Kau Yang Maha Mengetahui isi DOAku dan apa yang berada diHATI ini.
:)

With Lotsa
b u l a n

R a s a . B a h a g i a

19 Februari 2011

Emo Comments For Hi5

Alhamdulillah.

Ingin aku panjatkan kesyukuran diatas kebahagian untuk hari ini. :) Terima kasih Ya Allah.. Kenapa entry hari ni pasal bahagia? Sebabnya, hari ni luarbiasa dari hari² sebelumnya. Aku pernah mention yang aku terasa akan kejauhan pada entry yang lepas (can't remember which entry yang aku tules). Selalunya, dalam sehari, handphone ni akan bunyi sekali atau 2 kali je. Since aku memahami yang dia sangat busy. Tapi, hari ni, almost 4 times. Yeayyy. Cukup lengkap.Pagi petang siang dan malam. :) Alhamdulillah. Rasa sangat terisi. *Thank u sayang! u...

By the way, tadi Pelangi da tertido awal since tadi dia keje. Sian dia kepenatan. It's oke. Aku memahaminya. Dia bekerja keras utk gain extra income. :) *You're so great dear. Keep it up k. :)

So, thats all. Hati tengah berbunga² sampai rasa ta bole nak tido evendo mengantuk. Huhuhuh. Tp, better aku tido sekarang kot. Since Lia da nak tido. FYI, aku tak bole tido jugak if aku last person yang masih berjaga. If that situation happen, aku akan pastikan ada yang terjaga. Then baru la dapat tido dengan aman.Hohoho, Gile jahat. ;p Tapi, tade la aku salu buat mcm tu. Kadang² aku layan muvee sampai tertido. Lalala~ ;)

I think, that's all for tonight. Continue tomorrow.

Gudnite. :)

With Lotsa
b u l a n

A k u . r i n d u . D i a

18 Februari 2011

Still...I miss him badly...
Rindu gile kat Pelangi oke. Sangat²
By the way, i found this pic kat Intranet.
Rase Pelangi sangat comel. Hohoho.

Notakaki : Pelangi, ingat tak, masa ni kita bedua sharing utk buat Fruitpunch Cocktail utk Potluck kat office. Bulan wendu moment ni. :)

With Lotsa
b u l a n

A i r i n . B ' d a y .

18 Februari 2011

Hari ni birthday Airin. My beloved BFF. This year, da 24 tahun we've been friend. Lama gila kan? :)
So, here is my wish for her.

Dear Airin,

HAPPY 27th BIRTHDAY

Hope, dipanjang umur dan dimurahkan rezeki,

wealth and baby. :) Amin.

Diberi kesihatan yang baik dan kebahagian selamanya.

I u so much.

Miss u badly. Even jauh i do really hope we can gather again. :)

Friendship yang kita da bina ni, something yang sangat berharga untuk dikenang sampai akhir hayat.

Hugs and Kisses from me to u.

Take a good care of urself k.


My wish for you, Comfort on difficult days, smiles when sadness intrudes, rainbows to follow the clouds, laughter to kiss your lips, sunsets to warm your heart, hugs when spirits sag, beauty for your eyes to see, friendships to brighten your being, faith so that you can believe, confidence for when you doubt, courage to know yourself, patience to accept the truth, Love to complete your life. Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget.


With Lotsa
b u l a n


L o v e . R e f r e s h m e n t

17 Februari 2011

Emo Comments For Hi5

Well, now sementara tunggu Pelangi pulang dari keluar minum dengan Boboy, aku sempat belek Magazine Cosmopolitan. Tiba² hati tertarik untuk baca artikel tentang "Kembalikan Gegaran Dalam Cintamu" So, aku listkan perkara² yang kita bole buat untuk mengekalkan hubungan agar sentiasa segar dan menarik, means try something new instead of keluar makan, tgk muve and lepak kat mall. :)

So, here it is...

Nota Cinta
- Try letak nota dengan pesanan "nakal" dalam wallet dia. But for me, selain wallet, bole jugak letak dalam dashboard keta or buku dia. Bila dia baca, mesti dia akn teringat kan kita seharian. ;)

Bercanda Makanan
- Means, manja² time makan. Suap² and sharing makanan.

Umpan Dengan Hadiah
- Try pegi shopping berdua and beli hadiah utk each other. Tak payah mahal² , cukup sekadar yg murah² tapi bermakna.

Lakukan "PROJEK" Setahun
- Projek 'tangkap gambar' selama setahun. Hohoho.

Hantar Mesej
- Texting even dalam satu majlis yang sama. Sama ada mesej nakal atau mesej romantis. ;) Awww.

Perlawanan "Janji Temu"
- Aku rase any games yang bole dilakukan bersama. For example, Bowling. :D

Aksi O'som
- Ingat tak aksi ni waktu kecik dulu? (gunting, batu, pisau atau air). Try la guna aksi ni mase na pilih muvee ape yang nak ditonton or sebelum pilih any aktiviti. :)

Jom Road Trip.
- My Favourite!!! :D Bila pegi travel, try sesuatu yang menarik seperti berhenti di mane² untuk rasa kopi tempatan. Ataupon, apa yang menarik ditempat yang dituju. Makan or aktiviti.

Pakaikan Baju
- For those yang da get married, bole la try pakai² kan baju each otha sebelum keluar untuk riadah or dinner. ;) Bia partner yang pilih ape yg akan dipakai oleh partner masing² .

Bunga Untuknya.
- Yes. Lelaki mmg nampak macho. Tapi sebenarnya, kalau si Lelaki DELIVARY bunga untuk si gadis, mesti hati si gadis akan berbunga² .

Buat Reminder
- Dalam HP si dia, buat reminder kat kalender mcm " Rindukan saya? Call la sy sekarang!! " ;)

Sama Hobi
- Belajar benda baru seperti Photography, Cycling, Wall Climbing or Cooking. :) Hobi dan bakat baru tu pasti akan lebih mengeratkan perhubungan. :) InsyaAllah.

Lawan Masak
- Lihat siapa yang hebat memasak dengan menggunakan bahan yang ada di rumah. :D *Bestnye masak sama² . huhuhu.

Try la TIPS² kat atas. ;) Good Luck!!

Notakaki : Bulan pon try a few tips kat atas. Best!! :D

With Lotsa
b u l a n

M u r n i . b ' d a y

16 Februari 2011


Happy bday 2 u..
Happy bday 2 u..
Happy bday to Murni..
Happy bday 2 u...
Fuh fuh.. as if ade lilin yang ditiup.. ;p

HAPPY BIRTHDAY YANG KE - 27

Well, wishing u have a blast celebration with ur fam's.
Dipanjangkan umo dan dimurahkan rezeki.
Diberikan jodoh yang baik dan menyenangkan.
Dimakbulkan setiap doa.

Diberi kesihatan yang baik untuk terus bekerja dengan GEMILANG. ;p

Be strong : Menghadapi semua dugaan hidup.

Semua tu mendewasakan kita kan? :)

Kuatkan hati dan tabahkan jiwa.

InsyaAllah, akan ada yang baik disebalik semua ni.


"Don't wait until everything is just right. It will
never be perfect. There will always be challenges, obstacles and less than
perfect conditions.

So what?
Get started now. With each step you take, you will grow stronger and stronger,
more and more skilled,
more and more self-confident
and more and more successful
."

InsyaAllah... :)

u.. x o x o

With Lotsa
b u l a n

S e m p u r n a .

15 Februari 2011

Secara jujurnya,
Aku.. tak cukup cantik...
Aku.. tak cukup tinggi...
Aku.. tak pandai banyak benda...
Aku.. adakalanya membebankan...
Aku.. adakalanya membosankan...

Kesimpulannya, aku tak sempurna. Belum cukup sempurna.
Tapi, aku merasa sempurna bila dia menerima aku seadaanya.

"Maafkan bulan diatas ketidaksempurnaan bulan..."

With Lotsa
b u l a n

T u n g g u . s e k e j a p

14 Februari 2011

Now I'm listening to "I'm yours by Jason Mraz".

12 AM already. Aku masih disini. Menunggu Pelangi. : Entry aku mostly pasal Pelangi kan? Since aku malas na tulis diary, ni maybe bole jadi sebahagian. Baki cerita, hanya aku yang tau. I'll keep it nicely in my mind and my heart. :)

Asenye,da berkali² aku menguap. Evendo mata da terkebil² pandang lappy ni, tapi aku gagahkan jugak menunggu. *Sabar. :)

Bile Pelangi nak pulang ni ye? =__=" Hari ni kejap je aku dapat dengar suara dia. Hummm.

Offline. - h o p e . . .

With Lotsa
b u l a n

k a s i h . s a y a n g

13 Februari 2011


Hi and hello. Well, esok kan 14 Februari bersamaan dengan Hari Valentine. Sekadar mengingatkan, ta payah la kite sume celebrate k. Sebab hari tu adalah hari memperingati paderi kristian yang bernama valentine. Tak perlu nak tunjuk rasa kasih sayang untuk hari tu berlebihan. Sedangkan, setiap hari pon adalah hari untuk berkasih sayang. :)

Aku pon manusia biasa. Tak lari dari kesilapan dan kejahilan tentang agama. Tapi, kita dibekalkan otak untuk berfikir dengan baik. Bila kita resah, kita mohon bantuan dari Allah SWT. Tapi, adakah Allah SWT meminta apa² dari kita? Takdekan? :) Bila kita senang, pernahkah kita ingat pada Kebesaran Allah SWT? Sedangkan Allah SWT yang limpahkan kesenangan kepada kita. Bila kita resah dan sedih, pada siapa kita mohon untuk kurangkan rasa sedih? Untuk kita mohon dari terhindar perkara² buruk? Allah SWT kan? Betapa aku rasa hidup ni terlalu kerdil bila sentiasa memohon dari Allah SWT, sedangkan Allah SWT tak pernah meminta apa² dari aku.

Ada yang mengingatkan aku untuk rajin sedekahkan doa kepada Malaikat² yang menjaga setiap inci roh dan jasad kita dan orang yang kita sayang. :) Aku juga diingatkan untuk jangan berhenti berdoa kepada Allah SWT supaya hati ini sentiasa tenang. Sebab doa tu adalah ubat terbaik untuk segalanya. Aku juga berdoa agar aku diberi kesempatan dan peluang untuk berubah menjadi makhluk Allah SWT yang sentiasa mengingati dan menyayangiNya. :)

Kisah yang diceritakan oleh Kak Bb pada aku mengenai Teguhnya Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf, membuatkan aku kagum dan terharu betapa Allah SWT sentiasa mendengar doa kita. Walaupon ditakdirkan itu bukan jodoh kita, tapi, kita masih bole berdoa agar orang yang kita sayang adalah jodoh kita. Jangan berhenti berdoa. Allah SWT tetap makbulkan permintaan kita walau jahat mana pon kita. Walaupon begitu, cubalah untuk berubah menjadi seorang manusia yang baik. Apa yang penting juga, kita kena selalu berusaha.. Jangan cepat putus asa. :)

Aku juga, manusia biasa dan belum cukup sempurna. Aku mohon pada Allah SWT, agar setiap orang dimuka bumi ini berpeluang merasa kebahagian dan dilindungi dari sebarang kejahatan mahupon kecelakaan. Dipermudahkan setiap urusan yang baik dan dijaga hati dan jiwa serta dijauhi dari sifat² Mazmummah. InsyAllah. Amin~ :)

Notakaki : Entry ni tak merujuk kepada sesiapa sebab aku juga bukanlah seorang manusia yang sempurna. Sekadar luahan hati dan reminder pada diri sendiri. :) InsyaAllah.

With Lotsa
b u l a n

S h a h m a n . W e d d

12 Februari 2011


So, entry hari ni pasal my Cousin's Wedding. Continues yang semalam. ;p Apa yang aku nak tegaskan kat sini adalah, "Budi bahasa, budaya kita" dan "Jangan sibuk dengan ADAT, tapi takde ADAB!!" Huhuhu. Taknak cite something yang mengaibkan orang, biar Allah SWT je yang membalasnya. :)

Papepon, cousin aku da selamat jadi suami orang. Semoga ikatan yang terjalin dan ijab kabul yang telah dilafazkan membawa mereka kebahagian selama² hingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Aku plak bile tgk event² ni, terasa nak sangat kawen cepat² . Hahahah. Kawan² pon dah ramai yang kawen n ade baby, sume tanye. Tapi, aku hanya mampu memberi jawapan,"doakan same² , InsyaAllah,ada rezeki aku" :) Postitif positif... ;)

Well, pulang dari wedding tu, drop by kat rumah Pakcik Jamil kat Panchor ngn Pakcik Zahari kat Paroi if ta silap. Abah dengan Pakndak punye kawan skolah sedari kecil. :) Macam tu la bila kuatnya ikatan PERSAHABATAN dan impak dari penggunaan FACEBOOK masa kini mampu menjalin ikatan yang lama terputus. :) Alhamdulillah. Harapnye, Facebook ni menjalin ikatan lebih mesra, bukan memusnahkan. Yang penting, "STAY CONNECTED" . Huhuhuh ;)

By the way, update pasal Pelangi sayang jugak, he did call me petang after balik keje. :) Since dia not feeling well, hope sangat dia dapat rest. :) - him always. weeeeeee~ ;)

So, sampai umah around 12 tgh malam. Pergh. Sadly, Pelangi da tdo... :(

Notakaki : Bersabar menunggu hari untuk berjumpa Pelangi... sob sob.

With Lotsa
b u l a n


O f f . t o . s e n a w a n g .

11 Februari 2011

Apa yang ade kat Senawang ae? Hey hey. My cousin's wedding la. :) Shahman dengan partner dia Suhaila kat Lavender Heights, Senawang. :) Alhamdulillah da selamat pon tadi. Pic? Blom dapat upload. What makes me happy, hantaran yang aku buat memuaskan ati aku. Santek and i ♥ it. Siyes. :) Nanti na wat portfolio untuk hantaran la. Mana tau, ade rezeki bile kite cuba untuk berusaha cari pendapat lebih. :)

Well, hari ni seharian teringat Pelangi. Wendu sangat kat dia. :) Tadi dia call, dia kate kaki dia saket. Sian da. *GET WELL SOON K SAYANG!! :)

Now, da pulang ke rumah. Ta stay kat sane pon. Sebab ta nak tinggalkan umah even sehari. Takut la. Lagipon, si Ang Ang dua eko tu takut kelaparan / kehausan. Pulang je tadi, abah tgk air dalam mangkuk dorg da kering. Gile kentang!!! Mesti haus sangat² tu. Ishhh. Bayangkan kalau we all balik besok? Tak ke naya kucen² tu? Bole kena bengkak hati kot. (doc dlm Animal Farm kat Channel 393 Astro yang bitau) Huhuhuhu.. ;p

Humm, memandangkan time aku taip entry ni, pale da pusing n berat gile, makanye, aku na stop taip. Pelangi pon da tido. Takde teman na bercakap. :( Hope, ari esok akan lebih baek dari hari yang sebelumnya.. Amin.. :)


With Lotsa
b u l a n

O h . b u l a n !

10 Februari 2011

Hari ni, agak banyak keje kat office. Humm. Termasuk la keje² rezeki tambahan. Hohoho. Pape pon,
aku oke je. :) Hari ni jugak, aku meRINDUi Pelangi dengan sangat banyak!!! Atau dalam erti kata lain, TERAMAT SANGAT!!!! Tapi,aku gagahkan jugak untuk siapkan keje, lebih banyak berdoa untuk dia (i mean, safety dia) dan cuba bertahan untuk tidak mengganggu dia waktu kerja.

Pulang kerumah, hantaran kazen da sedia menanti untuk disambung. Ohhh... sikit lagi, sikit lagi.... Berusaha!!!!

By the way, tadi borak dengan Pelangi. He did called me bile dia da sampai umah. Happy sangat!!! Sumpah demi Allah. :) Hati aku, ta payah cakap la. Berbunga² kalau dapat dengar suara dia. :) *blushhh.... ;p

Pastu dia call lagi. Tapi, aku tgh buat hantaran. Dia kate nak call balik. Tapi sampai saat ni, takde pulak. Bila aku call, tak pick up. Message tak reply. Kesimpulannya, aku rasa dia da tido. Tapi aku pulak yang tak bole tido sekarang ni selagi tak dengar suara dia. Humm. Bulan bulan... Apsal teruk sangat ni!!!

Sebenarnya, berharap jugak called dr dia. Mana tau, tiba² dia terjaga and notice aku call n text dia. :) Ouh, dalam tgh menunggu dia jugak, aku sempat edit pic yang aku amek kelmarin. :) Lalala~




With Lotsa
b u l a n

A l h a m d u l i l l a h .

9 Februari 2011

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.. Kerana KAU berikan aku ketabahan hati, kesabaran dan membuatkan hati ini gembira semula. Aku juga bersyukur kerana KAU membuka pintu rezeki buatku, Ya Allah. ♥ - Sesungguhnya,KAU Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. :)

Hari ni, bulan tak sangka bulan dapat order dari kawan masa sekolah dulu untuk tempahan pencil case. Bukan satu, tapi sepuluh. Ya Allah. Sekelip mata kau berikan aku peluang untuk berusaha mencari rezeki sampingan. Bulan sangat happy dan menunggu Pelangi pulang untuk bulan same² share berita ni. :)

Sejak beberapa hari ni, bulan lebih tenang dan gembira. Bulan tak berhenti berdoa untuk kebahagian bulan dan Pelangi serta mendoakan juga kebahagian rakan² sekeliling bulan yang sentiasa mendoakan kebahagian bulan. Terima kasih. (Tikiu to Kak bb dan Miu kerana selalu ingatkan bulan untuk berdoa agar diberi kebahagiaan untuk bulan dan pelangi; juga jangan putus asa serta jangan putus harap.) :) Bulan berdoa agar zahir dan batin (jasad dan roh) Pelangi bulan sentiasa selamat, tenang dan dekat dengan bulan. :)

Amin.

With Lotsa
b u l a n

R i n d u

7 Februari 2011

Hati ni rasa terlalu rindu. Adakalanya, aku rindu Pelangi yang dulu. Tapi, maybe keadaan membuatkan manusia berubah. Dia da semakin sibuk. Tapi aku faham kesibukan tu. Cuma agak terasa lain. Kejauhan tu terasa sekarang compared dengan awal⊃ dulu.

Pelangi, bulan harap, walaupun kita jauh, Pelangi tak buat bulan rasa kejauhan tu...
However it is, i'm happy being with u. :)
Love u so much and even more...
Bulan doakan, Pelangi sayang sentiasa selamat, dilindungi Allah SWT walau apa Pelangi buat dan walau dimana Pelangi berada. Pelangi sentiasa ada dalam DOA bulan. :)

With Lotsa
b u l a n

a r t s y . H A N A .

6 Februari 2011
Assalamualaikum.. :)
Hari ni, aku da siapkan satu lagi hasil jahitan. Siapa HANA? Tu nama satu² adik perempuan Pelangi. :) Sementara siapkan pencil utk Yaya (huruf² ) aku sempat potong huruf untuk Hana a.k.a Nani. :) Supposed bg kat Pelangi semalam, tp ta abes jahit utk kemaskan dalam dengan line sebelah zip. Huhuhu. :) Hope she'll like it. Consider it as bday pwezie for her from her brother and me even late. :)


Hari ni jugak, aku berbual² dengan Pelangi. Hati rasa terubat. Rindu kat dia sangat tebal. :(

Sumpah, rindu teramat sangat. *Na nanges rasa. Kalau la dia tau, betapa kuatnya rasa CINTA ni untuk dia,alangkah baiknya.

With Lotsa
b u l a n

M i e a ' s . A q a d

5 Februari 2011

The BRIDE & GROOM : Ameera & Raja Harmaini
Venue : Taman Mutiara Indah, Puchong.

At last, my BFF lagi sorang da kawen. I'm happy for her. :) Happy tgk dia da menjengah bahagia dan mendapat sesuatu yang pasti. Majlis akad nikah berlangsung lepas maghrib. Syima org pertama sampai. Around 530 she said. While me and Pelangi, around 630. 1 hour lepas Syima. Aku sampai, terus naek atas. While Pelangi, kat lua. Sian dia sebab tak kenal sape² kat situ. Tapi, aku agak oke bile dengar dia bual² dengan cousin Miea kat lua. Ann plak datang lambat sket. Almost 7. Mr.F yang hantar. :) So, ta dapat na tengok her Fiance in real. ;p I wish Airin pon ade same. Baru lengkap BFF. :) But sadly, Airin kat Australia now. Humm.

Rasa teruja sangat bila tgk Majlis tu. Teringin jugak nak macam tu. Tapi semuanya bergantung pada rezeki kan. Aku x pernah berhenti berdoa agar jodoh dengan Pelangi dipermudahkan dan diberi peluang untuk merasa Akad dan Nikah tu dengan dia (Pelangi). Amin..

So, kat sini aku attach sikit je pic. Yang lain² , kat FB. Fo those yang memang on my friendlist, bole tgk kat FB by clicking the last pic. ;)






Notakaki : Teringin nak melangkah ke alam bahagia.... :)

With Lotsa
b u l a n

r e s a h

Ya Allah, kenapa hati hambaMu ini terasa resah? Susah dan berat?
Ya Allah, apakah sebenarnya yg berlaku diluar pengetahuan aku Ya Allah?
Aku mohon padaMU, kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku Ya Allah.
Sesungguhnya, aku amat bersabar untuk diberi peluang hidup bersama² ..
Aku mohon juga padaMu Ya Allah, supaya tetapkanlah hatinya untukku.

Ya Allah, jiwa ini terasa kacau. Terlalu banyak tanda tanya yang tak jelas di minda.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan hati Ya Allah.
Sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Amin~

Bulan rasa sedih. T_T

m a n a . s i l a p n y a ?

4 Februari 2011


Emo Comments For Hi5



Bila kita berbicara tentang CINTA, seringkali hati berbunga² . Tapi, tu bagi yang sedang bercinta tanpa rasa sangsi dihati. Bagi yang telah putus cinta, mungkin sengsara. Aku akui, perasaraan CINTA tu sangat indah untuk dirasa. Macam MADU. Tapi, ianya jugak mampu menjadi RACUN yang berbisa.

Perempuan seringkali dikaitkan dengan rasa CEMBURU yang melampau. Tidak cuba memahami dan sebagainya. Tapi, adakah si pasangan tahu bahawa CEMBURU itu selalunya bersebab? Mungkin juga ianya berpunca dari pengalaman lepas.

Bagi aku, secara jujurnya, bila kita mula menyayangi seseorang, kita akan sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa dan raga. Bila kepercayaan hilang, pedih rasanya kan? Bila kita juga dituduh tidak jujur dalam hubungan, pon pedih rasanya. Aku sendiri penah melalui saat itu. Sakit rasanya dituduh.

Percintaan kali ini, penuh emosi. Macam² dapat aku rasa. Tapi, bila tiba soal sangsi,aku cuba pujuk hati ni. Jangan cepat percaya selagi tiada bukti depan mata. Aku jadi takut kehilangan. Aku jadi tak mampu untuk percaya sepenuh hati. KENAPA? Sebab dulu, kepercayaan aku pernah musnah. Tak pernah ada sekuman rasa sangsi, tapi CINTA aku dimadukan. Adilkah?

Sekarang, apa yang aku rasakan dan aku fikirkan srta mampu aku tuliskan dari sudut pandangan, Kenapa perlu dikhianati CINTA itu? Statement yang aku keluarkan ni secara umum. Sekadar meluahkan ape yang terbuku.

Lelaki, bila berbicara tentang cinta juga, aku nak memetik kata² si JOHAN dalam cerita KHURAFAT. "Aku nak cari seorang isteri yang baik dan solehah." -Lebih kurang macam tu statement dia. Tapi, pendekatan yang aku dapat, seorang lelaki mahukan seorang perempuan yang baik. Tapi, adakah seorang lelaki itu cukup baik untuk menilai perempuan?

Ada seorang teman yang merasa kecewa dengan CINTAnya. KENAPA? Sebab dia tidak bertudung, sebab dia "nakal" ketika bersama² bercinta. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan? Tapi, kenapa lelaki masih mahu yang baik. Apa tak cukup baik kah seorang perempuan yang bernama kekasih tu? Yang telah meletakkan dirinya sebagai seorang isteri dengan memberi layanan yang baik seperti seorang isteri melayan suaminya? Makan, pakai, bahasa, air muka dan sebagainya? Tidakkah kaum lelaki sedar akan pengorbanan tu? Ya, memang si kekasih tak nampak baik sebab tak memakai tudung. Tapi, adakah semua perempuan bertudung tu baik dan sempurna sifat mereka? Bersyukur la bagi setiap perempuan yang telah menerima hidayah Allah SWT untuk memakai tudung dan menjadi wanita solehah. :)

Sebagai seorang perempuan juga, aku sangat berharap agar kasih sayang aku tidak dihakimi oleh sifat-sifat yang seorang lelaki mahukan bertentangan dengan sifat diri mereka sendiri. Aku mungkin jugak belum cukup sempurna, belum menjadi wanita solehah dengan bertudung. Tapi, jahatkah aku? Belum cukupkah ciri² yang ada pada aku untuk menjadi seorang isteri yang baik?

Ya Allah, sesungguhnya aku sentiasa berharap dan bersedia untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Seorang perempuan @ wanita yang dikagumi oleh bakal suami. Seorang perempuan @ wanita yang diterima baik buruk, lebih dan kurang sifatnya oleh seorang lelaki.


"Pelangi, bulan sentiasa bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan sempurna dimata Pelangi. Bulan jugak sentiasa terbuka hati untuk berubah menjadi apa yang Pelangi mahukan. Mungkin sekarang Bulan tak bertudung dan belum sempurna sifat, tapi Bulan berharap agar Bulan diberi peluang untuk berubah menjadi lebih baik sebagai isteri kepada Pelangi. Menjadi seorang yang menyenangkan hati dan membantu untuk sama² maju kehadapan. Bulan jugak harap, Pelangi tau betapa Bulan sayang Pelangi Bulan." :) InsyaAllah, doakan Bulan berjaya ye Pelangi sayang. :)

With Lotsa
b u l a n

A r t s y .

1 Februari 2011

My MINI PURSE and My HP CASING



. Kak Bb : PIN @ BADGE . My HP KEYCHAIN . Miu : HAIRCLIP .


Hello. :) Just nak update, baru² i did sewing back. Da baek demam kan. Hohoho. Picture 1st tu, yg paling latest buat sementara tunggu Pelangi pulang dari keluar dengan member² dia. Huhuhu, kadang² bilemood datang ditambah pulak dengan kekuatan "perasaan", maka semua benda pon bole jadi. LOVE SPIRIT i guess. Huhuhu. Sampai Pelangi kate : "da ketandusan idea ke?" Aku faham kenapa dia cakap camtu. Sebab aku banyak buat huruf H sempena nama dia. ;p Hohoho. After dat,aku come out pulak dengan mini purse tu. My first time jahit benda yang ade ZIP. Pergh. :)

Then, 2nd pic pulak, things yang aku da buat around bulan 1. Tapi malas betol nak update. ;p Pin or badge tu, aku adiahkan kat kak bb. Happy sebab dia masih pakai dekat blazer dia. ;p Hairclip plak, my first trial and aku adiahkan kat Miu. HP keychain tu, aku pakai sendiri. :p Hohoho. I'm glad they like it. Weeee~

Now, tengah looking fwd na siapkan tempahan YAYA. :) Pencil case utk anak dia. Hohoh. And plus, siapkan my cousin punye hantaran. :) Wish me luck ya..

With Lotsa
b u l a n