Bila kita berbicara tentang CINTA, seringkali hati berbunga² . Tapi, tu bagi yang sedang bercinta tanpa rasa sangsi dihati. Bagi yang telah putus cinta, mungkin sengsara. Aku akui, perasaraan CINTA tu sangat indah untuk dirasa. Macam MADU. Tapi, ianya jugak mampu menjadi RACUN yang berbisa.
Perempuan seringkali dikaitkan dengan rasa CEMBURU yang melampau. Tidak cuba memahami dan sebagainya. Tapi, adakah si pasangan tahu bahawa CEMBURU itu selalunya bersebab? Mungkin juga ianya berpunca dari pengalaman lepas.
Bagi aku, secara jujurnya, bila kita mula menyayangi seseorang, kita akan sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa dan raga. Bila kepercayaan hilang, pedih rasanya kan? Bila kita juga dituduh tidak jujur dalam hubungan, pon pedih rasanya. Aku sendiri penah melalui saat itu. Sakit rasanya dituduh.
Percintaan kali ini, penuh emosi. Macam² dapat aku rasa. Tapi, bila tiba soal sangsi,aku cuba pujuk hati ni. Jangan cepat percaya selagi tiada bukti depan mata. Aku jadi takut kehilangan. Aku jadi tak mampu untuk percaya sepenuh hati. KENAPA? Sebab dulu, kepercayaan aku pernah musnah. Tak pernah ada sekuman rasa sangsi, tapi CINTA aku dimadukan. Adilkah?
Sekarang, apa yang aku rasakan dan aku fikirkan srta mampu aku tuliskan dari sudut pandangan, Kenapa perlu dikhianati CINTA itu? Statement yang aku keluarkan ni secara umum. Sekadar meluahkan ape yang terbuku.
Lelaki, bila berbicara tentang cinta juga, aku nak memetik kata² si JOHAN dalam cerita KHURAFAT. "Aku nak cari seorang isteri yang baik dan solehah." -Lebih kurang macam tu statement dia. Tapi, pendekatan yang aku dapat, seorang lelaki mahukan seorang perempuan yang baik. Tapi, adakah seorang lelaki itu cukup baik untuk menilai perempuan?
Ada seorang teman yang merasa kecewa dengan CINTAnya. KENAPA? Sebab dia tidak bertudung, sebab dia "nakal" ketika bersama² bercinta. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan? Tapi, kenapa lelaki masih mahu yang baik. Apa tak cukup baik kah seorang perempuan yang bernama kekasih tu? Yang telah meletakkan dirinya sebagai seorang isteri dengan memberi layanan yang baik seperti seorang isteri melayan suaminya? Makan, pakai, bahasa, air muka dan sebagainya? Tidakkah kaum lelaki sedar akan pengorbanan tu? Ya, memang si kekasih tak nampak baik sebab tak memakai tudung. Tapi, adakah semua perempuan bertudung tu baik dan sempurna sifat mereka? Bersyukur la bagi setiap perempuan yang telah menerima hidayah Allah SWT untuk memakai tudung dan menjadi wanita solehah. :)
Sebagai seorang perempuan juga, aku sangat berharap agar kasih sayang aku tidak dihakimi oleh sifat-sifat yang seorang lelaki mahukan bertentangan dengan sifat diri mereka sendiri. Aku mungkin jugak belum cukup sempurna, belum menjadi wanita solehah dengan bertudung. Tapi, jahatkah aku? Belum cukupkah ciri² yang ada pada aku untuk menjadi seorang isteri yang baik?
Ya Allah, sesungguhnya aku sentiasa berharap dan bersedia untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Seorang perempuan @ wanita yang dikagumi oleh bakal suami. Seorang perempuan @ wanita yang diterima baik buruk, lebih dan kurang sifatnya oleh seorang lelaki.
"Pelangi, bulan sentiasa bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan sempurna dimata Pelangi. Bulan jugak sentiasa terbuka hati untuk berubah menjadi apa yang Pelangi mahukan. Mungkin sekarang Bulan tak bertudung dan belum sempurna sifat, tapi Bulan berharap agar Bulan diberi peluang untuk berubah menjadi lebih baik sebagai isteri kepada Pelangi. Menjadi seorang yang menyenangkan hati dan membantu untuk sama² maju kehadapan. Bulan jugak harap, Pelangi tau betapa Bulan sayang Pelangi Bulan." :) InsyaAllah, doakan Bulan berjaya ye Pelangi sayang. :)
With Lotsa ♥
b u l a n
No comments:
Post a Comment