T h a n k . y o u . f o r . v i e w i n g . r e a d i n g . a n d . f o l l o w i n g .

m y . l i t t l e . b l o g . . M u c h . a p p r e c i a t e d . .


Goodnight comments

Satu kosong ke satu satu.

31 December 2010

Hari ni hari terakhir dalam 2010. Banyak benda yang dah berlaku sepanjang tahun ni. Tapi, yang indahnya, tahun 2010 ni, tahun sepenuhnya untuk aku dengan Pelangi. Tahun yang agak banyak aku berblog dan tahun yang agak banyak berlaku perubahan dalam life ni. Ada kemajuan dan ada peningkatan. Alhamdulillah.

Terima kasih Ya Allah.. Kerana memberi aku peluang bernafas sehingga kini untuk melalui semua ini. Untuk merasai indahnya perubahan dalam hidup ini. Juga merasa indahnya bila keluarga sentiasa di sisi. Memberi aku merasai pelbagai emosi. Dan juga, anugerah terindah, bila hadirnya Pelangi di sisi. :) Alhamdulillah. Aku bersyukur diatas kurniaanMu.

Sedikit luahan rasa.

Untuk Pelangi :
Terima kasih kerana memberi peluang untuk bulan isi kekosongan yang ada. Terima kasih juga sbb sentiasa ada disisi bile bulan perlukan. Sentiasa melayan kerenah bulan yang macam² ni. Terima kasih jugak sbb tolong bulan untuk berubah. Berubah menjadi lebih matang dan belajar untuk mengawal hati dan perasaan. :) Thank u sayang. Love u so much. Maybe agak jiwang kapak ayat² tersebut, tapi... bulan peduli ape. Uhuhuhu. ;p Bulan harap, 2011 akan beri makna yang lebih baik untuk kita berdua. Secara jujurnya, bulan sentiasa berdoa agar hati kite sentiasa dekat dan diberi peluang untuk hidup same² or in other words - KAHWIN. *blushhhh. Seriously. Bulan tau, banyak lagi benda yang Pelangi nak capai, tapi bulan jugak harap, this is one of it. :) Papepon, terus sayangi saya je sayang!

Untuk kawan² TERBAEK (kamu,kamu dan kamu) :
Terima kasih sebab still stay berkawan sampai sekarang. Persahabatan adalah sesuatu yang sangat indah untuk disimpan. Sesuatu yang takkan terputus sehingga keakhir hayat. Hope, all of u know that, aku sayang gile kat korang. Serious. :)

Airin - hope both of u (Andrew) cepat² dapat baby. Dimurahkan rezeki untuk dapat anak. Amin.

Miea - next year,ko da bergelar puan. Bestnye. Hope aku capat ikut jejak ko jugak. Huhuhu. :)

Anne - I'm glad to hear that u already have someone kat hati tu. Siyes happy gile. Cepat² kawen tau.

Syima - Aku tade specific wish. Tapi aku tau ko akan sangat berjaya dalam hidup. Happy tgk ko happy. :)

Dira - Mish yu so much since terlalu lame kita tak jumpa. Sometimes, i wish i can be there for u when u're sad and down. Hope 2011 akan buat life ko more cemerlang. More and more. :)

Coklat - Life is so beautiful dear. :) Hope this 2011 will bring luck for u and kite akan terus berkawan baik dan hidup kita akan diberi peluang untuk bercinta, berkahwin dan ada masa depan yang baik. Amin. :)

Miu - Cinta dalam hidup ni perlu sentiasa ada. Tapi, hati dan minda perlu seiring kan? Makanya, aku harap, akan ada seseorang yang akan memenuhi ruang hati tu selayaknya. Dan akan menjaga hati kau sebaik-baiknya. InsyaAllah. :)

Aku hargai setiap denyutan jantung aku untuk tahun 2011 ni. Segala pahit manis dan baik buruk, akan aku kenang dan jadikan pengajaran yang terbaik untuk masa depan. Semoga, semua orang mendapat keberkatan hidup, dimurahkan rezeki, diberikan petunjuk dan hidayah serta dipanjangkan umur. Berharap jugak semua orang akan beroleh kebahagian dalam hidup. Aku juga berharap,agar aku dapat memaafkan orang² yang dah berbuat jahat kat aku selama ni. Sebab, aku berharap agar dapat melangkah ke tahun 2011 dengan hati yang bersih dan semangat yang baru. Teruskan bernafas untuk menerima ion-ion positif masuk kedalam minda dan seterusnya lekat kat hati. :) Amin...

With lotsa
b u l a n

No comments:

Post a Comment