10 April 2011
Well, suddenly rasa nak menaip. :) Bukanlah sebelum ni tak menaip, tapi kali ni rasa nak meluahkan pandangan dan apa yang berada kat hati dan minda ni. Ada apa dengan tajuk kat atas tu ae? Well,sekadar nak mencoret rasa. Sudut pandangan aku. Apa kehendak manusia ni sebenarnya? Adakah manusia ni senang puas dengan apa yang dimiliki? Kenapa berlakunya isu "MAKAN LUAR"? Baik si suami atau si isteri, dan baik pasangan kekasih "pakwe atau makwe". Aku bukan la cuba menyibuk hal orang. Tapi sekadar menjadi peringatan pada diri sendiri jugak. Manusia, bila bercinta, biarlah IKHLAS. CINTA, mencintai dan dicintai, biarlah datang dari dalam hati.
Rumahtangga yang dibina, atas dasar apa ye? Harta? Paras rupa? atau Sandiwara semasa? Benih yang menjadi darah daging, apakah maksudnya? Benih tu halalkan? Bukankah benih tu bercambah atas dasar CINTA? Itulah manusia. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Tak pernah bersyukur dengan apa yang telah dinikmati dan rezeki yang melimpah ruah dari Allah SWT.
Aku ingatkan jugak pada diri sendiri, Setia dan Jujur lah pada cinta yang kita bina. Hayati lah kata-kata ketika Aqad dilafazkan. Allah SWT telah permudahkan jalan kita untuk mendirikan rumahtangga. Kenapa masih tidak hargai? Berjuta lagi manusia yang kecundang dalma percintaan. Hati berasa terlalu sedih sebab tidak dapat bersama orang yang tersayang. Tapi, sesetengah manusia, lalai dalam dengan kemewahan yang dikecapi. Tidakkah rasa hidup dah cukup lengkap mempunyai pasangan yang sangat mencintai dan menyayangi diri dan tidak rasa bersalahkah melihat anak-anak hasil percintaan diri dan pasangan terkebil-kebil melihat perilaku buruk seorang dewasa? Aku,seorang manusia biasa yang berharap agar CINTA HATI aku menjadi jodohku yang HALAL disisi Allah SWT. Betapa aku rasakan, dia adalah PELENGKAP HIDUP aku kini dan selamanya. Setiap hari,aku memohon pada Allah SWT, agar tetapkan jodohku bersamanya. Berikan kami petunjuk dan hidayah, permudahkan urusan kami untuk bersatu.
Aku memahami, apabila melibatkan hati dan perasaan, cinta itu sukar dimengerti. Tapi, fikirkan sejenak.. Segala nikmat yang Allah SWT beri pada kita haruslah kita rasa bersyukur dna pelihara sebaiknya. Jangan jadi seperti peribahasa, "YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN". Jangan tamak dan jangan mempermainkan perasaan pasangan kita. Manusia memang tak pernah sempurna. Tapi, peluang untuk bertaubat / muhasabah diri sentiasa ada kan?
Ada beberapa cerita yang menjengah minda, agak sukar dibias pergi dari kotak fikiran ni.
Hakikatnya, aku menulis entri ni bukan nak memalukan atau menghina sesiapa, dan tidak lah juga aku katakan aku manusia sempurna. Sekadar coretan petang yang cuba mengusik rasa pada manusia yang berlaku CURANG diluar sana, selain cuba mengingatkan diri sendiri bahawa, berlaku jujurlah pada CINTA yang dah dibina.
Aku memahami situasi sebelum dan selepas berkahwin tidak sama. Aku fahami keadaan itu. Tetapi, kita diberi akal dan fikiran, hati dan perasaan. Pelangi pernah ungkapkan sesuatu apabila aku sangat beremosi dan cemburu membuta tuli. Katanya, "FIKIR PAKAI OTAK, BUKAN PAKAI HATI". Lama aku cuba selami kata² tu, akhirnya aku dapat jawapan. Benarlah kata pepatah, "IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA" . Hati dan emosi tidak mampu dipisahkan, jadi, ikutkan kata hati yang sedang marah adalah bisikan Syaitan. Tetapi, cuba tenangkan diri dan berfikir dengan baik menggunakan OTAK. :)
Kadang² ni semua adalah permainan minda. Cuba letakkan tangan kanan pada dada kiri (dimana terletaknya hati dan jantung kita), katakan "InsyaAllah, semuanya akan ok" dan jangan lupa berselawat ( Astaghfirullah hal azzim..Allazi lailah haillah, huwal haiyul qaiyum wa atubu ilaik.. ) * tu yang mak selalu pesan pada aku, maaflah kalau sekiranya ayat tu tidak sesuai untuk diletakkan disini. Apapun, InsyaAllah hilang segala keraguan yang mempermainkan perasaan jika kita berselawat untuk bersihkan hati. Sebab doa tu, santapan Rohani kan? :)
Adakalanya, aku melalui saat getir itu. Jadi, aku cuba pastikan hati ini tenang untuk mendapat sendiri jawapan dari Pelangi. Perasaan curiga atau cemburu memang sentiasa ada, tetapi, terpulang kepada kita untuk mengawalnya. Secara jujurnya, aku sentiasa takut dengan keadaan itu. Perempuan mana yang boleh duduk diam dan berasa selesa dengan keaadan itu kan? Tambahan pula, bila kita mencintai seorang lelaki sepenuh hati dengan menganggap/ menghormati dia sebagai seorang suami. Apa yang aku harapkan, lindungilah hati ini dari perasaan buruk yang tidak menentu. Kawal lah perasaan agar tidak menjadi manusia yang cetek akal fikiran.
"Ya Allah Ya Tuhan-ku.. Kau lindungi hati aku dan Pelangi. Aku pohon agar hati ini sentiasa dekat dan bersatu. Aku juga pohon agar kami ditakdirkan untuk melengkapi diantara satu sama lain. Sesungguhnya, Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin~"
With Lotsa ♥

b u l a n
No comments:
Post a Comment