Satu kosong ke satu satu.
Hari ni hari terakhir dalam 2010. Banyak benda yang dah berlaku sepanjang tahun ni. Tapi, yang indahnya, tahun 2010 ni, tahun sepenuhnya untuk aku dengan Pelangi. Tahun yang agak banyak aku berblog dan tahun yang agak banyak berlaku perubahan dalam life ni. Ada kemajuan dan ada peningkatan. Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.. Kerana memberi aku peluang bernafas sehingga kini untuk melalui semua ini. Untuk merasai indahnya perubahan dalam hidup ini. Juga merasa indahnya bila keluarga sentiasa di sisi. Memberi aku merasai pelbagai emosi. Dan juga, anugerah terindah, bila hadirnya Pelangi di sisi. :) Alhamdulillah. Aku bersyukur diatas kurniaanMu.
Sedikit luahan rasa.
Untuk Pelangi :
Terima kasih kerana memberi peluang untuk bulan isi kekosongan yang ada. Terima kasih juga sbb sentiasa ada disisi bile bulan perlukan. Sentiasa melayan kerenah bulan yang macam² ni. Terima kasih jugak sbb tolong bulan untuk berubah. Berubah menjadi lebih matang dan belajar untuk mengawal hati dan perasaan. :) Thank u sayang. Love u so much. Maybe agak jiwang kapak ayat² tersebut, tapi... bulan peduli ape. Uhuhuhu. ;p Bulan harap, 2011 akan beri makna yang lebih baik untuk kita berdua. Secara jujurnya, bulan sentiasa berdoa agar hati kite sentiasa dekat dan diberi peluang untuk hidup same² or in other words - KAHWIN. *blushhhh. Seriously. Bulan tau, banyak lagi benda yang Pelangi nak capai, tapi bulan jugak harap, this is one of it. :) Papepon, terus sayangi saya je sayang!
Untuk kawan² TERBAEK (kamu,kamu dan kamu) :
Terima kasih sebab still stay berkawan sampai sekarang. Persahabatan adalah sesuatu yang sangat indah untuk disimpan. Sesuatu yang takkan terputus sehingga keakhir hayat. Hope, all of u know that, aku sayang gile kat korang. Serious. :)
Airin - hope both of u (Andrew) cepat² dapat baby. Dimurahkan rezeki untuk dapat anak. Amin.
Miea - next year,ko da bergelar puan. Bestnye. Hope aku capat ikut jejak ko jugak. Huhuhu. :)
Anne - I'm glad to hear that u already have someone kat hati tu. Siyes happy gile. Cepat² kawen tau.
Syima - Aku tade specific wish. Tapi aku tau ko akan sangat berjaya dalam hidup. Happy tgk ko happy. :)
Dira - Mish yu so much since terlalu lame kita tak jumpa. Sometimes, i wish i can be there for u when u're sad and down. Hope 2011 akan buat life ko more cemerlang. More and more. :)
Coklat - Life is so beautiful dear. :) Hope this 2011 will bring luck for u and kite akan terus berkawan baik dan hidup kita akan diberi peluang untuk bercinta, berkahwin dan ada masa depan yang baik. Amin. :)
Miu - Cinta dalam hidup ni perlu sentiasa ada. Tapi, hati dan minda perlu seiring kan? Makanya, aku harap, akan ada seseorang yang akan memenuhi ruang hati tu selayaknya. Dan akan menjaga hati kau sebaik-baiknya. InsyaAllah. :)
Aku hargai setiap denyutan jantung aku untuk tahun 2011 ni. Segala pahit manis dan baik buruk, akan aku kenang dan jadikan pengajaran yang terbaik untuk masa depan. Semoga, semua orang mendapat keberkatan hidup, dimurahkan rezeki, diberikan petunjuk dan hidayah serta dipanjangkan umur. Berharap jugak semua orang akan beroleh kebahagian dalam hidup. Aku juga berharap,agar aku dapat memaafkan orang² yang dah berbuat jahat kat aku selama ni. Sebab, aku berharap agar dapat melangkah ke tahun 2011 dengan hati yang bersih dan semangat yang baru. Teruskan bernafas untuk menerima ion-ion positif masuk kedalam minda dan seterusnya lekat kat hati. :) Amin...
With lotsa ♥
b u l a n
Ada apa di Tg Malim?
So, deal n deal.. Perak, here we comes.. ;p Ohohoho. Tak sangka pagi ni na g Tanjung Malim, Perak. :) Well, tujuan asal na pegi sane sbb ade deal between Pelangi n someone utk amek jam. Akhirnya tercapai gak hasrat Pelangi nak amek jam GA 100 BUMBLEBEE. Yeahhh. Bumblebee. :) My fav transformer. :D Lalala~
So, here we goes. Pau terbaik kat Tanjung Malim kat YIK MUN RESTAURANT. :)
Hohh. Entry kali ni macam agak panjang. So aku make it short je la. After Tg Malim, aku bitau Pelangi yang kain da habis. So i need his help to bring me to OU or The Curve. Na cari kain. :) Unexpected, Pelangi terus g bawak g The Curve. At the curve we did :
2. Jalan² window shopping. Aku agak sk etgk beg kat GUESS. Pelangi plak da aim kasut ENERGIE. ;)
3. G DAISO. Beli barang. Kain abes. :( Tapi beli cointainer.
4. Lepak minum sbb kehausan. Lepak kat DOME. Tapi aku still haus. Apsal ntah. :(
5. Beli Big Apple 2 je. Hoho. ;p
So far, tu je yang aku buat kat The Curve. Tod na ajak Dira lepak same. But called² ta dapat. Sume number ta dapat. Humm. Apepon, sangat happy dapat spend time same ngn Pelangi. *Thank u so much sayang. :) Sekurang² ia akan jadi penutup 2010 yang indah untuk dikenang. :) Since esok kita x jumpa kan. Sedih.
Start Cuti.
With lotsa ♥
b u l a n
Hobi Baru yang Mengagumkan.
Angin sejuk.
It almost penutup tahun 2010. Rasanya dah lame tak update blog. Lama gile. Since busy ngn banyak benda. Gaji sudah, bonus sudah, test tak lepas. Tapi xpe,bole cuba lagi nanti. :) Positif Positif.
Having date with Pelangi Sayang. A few times. *Thanks sayang. Bulan appreciate sangat. Bulan hope,rasa sayang tu takkan pernah hilang. U know what i mean kan? :)
Lately ni jugak, aku ade hobi baru. Crafting. Uhuhu. Menjahit menjahit dan menjahit. Semuanya lepas aku tgk blog Cik Kerm dan Cik Fafafo.. :) Papepon. i didn't mean to stole the idea. Cuma jadikan sumber inspirasi untuk cari lagi idea² baru. Perkara terbaik ; aku dah buat casing hardisk ngn batch comel hasil idea dr otak aku sendiri. Yeayyyy... :) Harap² hobi ni bole berpanjangan since adik² aku (Mija, Lia dengan Gemok) pon da berjangkit same. Tapi, habis kain² aku. Hummm. Sedih.
By the way, baru² ni, g jalan² dengan Pelangi. Spend time together. Aku consider tu cam promise dia. And dia fullfill. *Thanks again sayang. :) So, here a our pixie.. ;) *since malas nak tulis panjang² wat masa ni. Hohohoho.
By the way, aku agak ske pic ni. N this pic is currently jadi wallpaper lappy aku. Ohohoho. :p
*Next post : Maybe pasal hobi baru. Ahahahha.
With lotsa ♥
b u l a n
Proud to be Malaysian.
Secara jujurnya, aku bukan la peminat setia bolasepak. Any Football game. Huhuhu. Tapi, agak berjangkit dengan Pelangi bile salu dengar yang dia ske tgk game bola. :) Aku agak mudah untuk suka sbb dulu masa skolah pon aktif jugak dengan sport. Evendo aku agak fail bile main bola / futsal and hoki. Ahahahah. Maybe kekuatan cuma ada pada tangan je kot. Tak pada kaki. Hahahhaha. ;p
Tapi, bile dengar ramai kawan-kawan yang ske tgk bola and pegi Stadium (feel the experience) aku pon jadi cam teruja and teringin nak tgk bola kat stadium. Nak rasa kehangatan game tu. :) How i wish one day dapat pegi tgk kat stadium. :)
Papepon, game yang menarik malam tadi. Congrats to Pasukan Bola Sepak Malaysia. Malaysia Boleh!!! Yeayyyy. 3-0 kot. Hebat hebat!!!
I'm proud to be MALAYSIAN. ;)
With lotsa ♥
b u l a n
Perasaan ini.
Currently 1.48 am. Aku masih kat sini. Menghadap lappy dan still belum tido. Pelangi da nyenyak tido cuz i've been watching him thru our SKYPE. However, aku baru offkan skype tadi. Hope dia bole tido dengan nyenyak. To be honest, aku sangat rindu dia kot. Seriously. Biarla dia nak kate aku poyo ke, ape ke. *I know sayang, u will read this. :) Sekarang ni jugak, lagu HANYUT by Faizal Tahir always bermain di telinga dan otak aku. Just love the words. Bait² kata pada lirik tu agak bertepatan dengan apa yang aku rasa. :) Kenyataannya, itu yang aku rasa.
Buat masa ni, aku takde topik nak dikongsikan bersama. Sebabnya, pada waktu dan ketika dinihari ni, otak ni berehat dan hati banyak memainkan peranan menyelubungi akal fikiran. Mengambil alih otak untuk meluahkan perasaan. Tak kira la apa juga jenis emosi yang bakal di luah. Tak terhad untuk perasaan CINTA sahaja.
POYO. That's my name. Called by Pelangi. Kenapa dia kate aku poyo ae? For certain reason, aku faham. Memang kadang² aku agak poyo. Kesimpulannya, aku tau dia tak ske aku berkeadaan mcm tu. Maybe dia tak biasa kot. So, thats why aku dipanggil poyo. But,nevermind. I'm fine with it. :)
Humm, rasa macam ade pesanan untuk HATI.
Abah.
Hari ni birthday abah. Siyes pagi tadi bole lupe. Even tgh malam tadi ingat but abah da tido. So, here my wish...
Well, kami tak celebrate kat umah. Just buat makan² dekat umah Pak Ndak a.k.a kembar abah. :) Sate, sate and sate. *Kembang. Uhuhuhuh
With Lotsa ♥
Taklimat & Pemeriksaan Keselamatan.
Ouh kelas.
Awal Muharram.
Kosong dan bosan.
Pegi Office macam biasa.
Morning Talk and bla bla bla...
Bosan.
:(
Tak sabar nak tunggu another Friday to met Saturday.
:)
With Lotsa ♥
b u l a n
G-shock
So, we're heading to PERTAMA Complex. Rupenye, Pelangi nak cari Sunglass OAKLEY. :) Then, suddenly terjumpa plak jam G-SHOCK GA100. Warna kunin. First impression aku, "BUMBLEBEE". Siyes. Nice bile letak kat tangan Pelangi. :) Uhuhuhu. But sadly,expensive and rare. Humm.
Settle hal kat Pertama, we both cari tempat nak makan. Sampai ke Jalan Damai. Tod nak makan kat Al-Andalus. Tapi, siyes aku tak mampu that time. Purse pon da nazak kot. Humm. :( Sedih. Tapi, tak makan pon kat situ. Banyak jugak la plan tempat makan, but none of it pon yg kami pegi. Ahahahah.. At last..here we go..... Pekan Rawang. ;p We drop by kat tgh² pekan. Nampak Restoran IKAN LAGA. Apa ade kat situ? Menu ikan laga ke pe? Na'ahh. Nama je. :) But before that, kami nampak ade dua tempat KARAOKE. Pelangi ajak karaoke. :D Hoyeh hoyeh. Selepas sejam mengeringkan tekak kat dalam tu, kami keluar and dinner kat IKAN LAGA. :) Sedap jugak masakan dia. :) Then, time almost 11. Pelangi hantar pulang. Agak sedih cuz haf to wait another 5 days.. :(
With Lotsa ♥
b u l a n
Lotsa thing happen!
Hari ni ade driving class lagi. For 2 hours, from 1-3 pm. Dah nak abes jam dah. Hoyeh. Tapi dalam masa yang same, takut. Uhuhuhu..
Oke la. Masa nak on the way naik KTM tadi, ade beberapa isu yang aku ase agak semak aku tengok. Perihal Ladies Coach @ Koc Wanita. Susah sangat ke nak faham sticker yang terpampang kat train tu? Everywhere kot. Guys and couples yang naik tu, nak kate tak skolah, nampak cam educated. Student skolah maybe. And also workers. Korang² tu orang German ke? Perancis? Rusia? Tak faham bahasa melayu, english, cina, india and arab ke? Bebal ke senget pale tu? Nak kena tunggu orang KTM masuk and sound baru nak keluar? Sengal. Tolong la faham kenapa koc wanita diperkenalkan. Jangan tau naik je.
Then, second thing, time tgh belajar driving. 1st 1 hour, on the road, 2nd masuk litar balik. Alone testing side parking. Gile kentang. Susah ya ampun. Pastu terlanggar tiang. Demm. Ade a few guys tgk n gelak² . Pegi la mampos. Macam ko hebat sangat nak gelak² aku kan? Ceh. Takpe. aku budak baru belajar. Ko rase aku malu ke bile langgar tiang ke, mati enjin ke depan ko? Bukannye ko laki aku. Bukannye ko Pegawai JPJ. Huhhh. Geram. Tapi, aku sabar and buat bodo jugak la tadi. Hummm. Owh, by the way, kelas ade lagi 1 jam. Pelangi kate, Next Monday, on 13 Dec amek Test. Ngaaaaaa.. Bole jatuh jantung aku ni. Nervous. :( Tapi, maybe Pelangi knoe what best for me. Oke.
So, Bulan!! Work for it!! Chaiyok chaiyok...
The 3rd thing pulak.. Now, aku kat Kepsi @ KLSentral.. Lapar pastu tak tau nak pegi mane. Family members sume g Melaka. Ade weeding. Kat umah kosong. Pelangi pon busy ta pat temankan aku. So, tade la aku request. Sebab faham dia sibuk. Dia da spendkan sehari untuk aku semalam kejap pon da kira baik. Alhamdulillah. So, nak cerita ape yang jadi time aku kat Kepsi ni. Waktu dan ketika ni, aku mmg sangat berharap Pelangi ade. Siyes nak nanges. Time aku taip entry ni, ade je gangguan. Ramai yang dtg mintak donation. Gile. Dwet aku da sekangkang kera ni. Next week, tatau nak carik mane dah tambang. Sedih. :( Kenapa orang skang ni mintak donation cara pakse? Aku tak kesa pon nak donate, tapi keadaan tengah agak genting skang ni. Menyebabkan aku rasa ralat betol nak donate. Siyes. If Pelangi ade, at least dia bole jugak soh orang tu pegi. Tapi aku sorang. Tak mampu nak menolak. Hummm. Sedih lagi. :(
Takpe la. Aku ase skang aku nak pulang. Bateri pon da low. Sangat berharap, malam ni dapat tgk Pelangi kat Skype.Till then.
Notakaki : "Bulan sedihhh.. :("
With Lotsa ♥
b u l a n
Nua dan Pelangi.
Notakaki : Ekceli, i did wrote kat FB Pelangi nak ajak tgk muvee. Is it because of that dia bawak tgk Rapunzel ari ni? :) Ape pon, "Thanks Cinta"
With Lotsa ♥
b u l a n
Dah 3 hari.
Dah masuk 3 hari da Pelangi kat Klang. Aku da tak banjir sangat. Nasib baik ade kawan ² yang banyak bagi support and sedarkan aku yang da hampir nak ting tong ni. Kataq and Joji for example, lagi kesian. Dorg jauh. Laut pemisah. Nak pulang pon fikir dulu tambang balik. Qatar, Arab dengan Malaysia. Tak abes jauh lagi. Jojie miti lagi sedih. Lagipon, sekarang kan ade 3G, and ade internet. Skype lagi. Masih ade medan penghubung yang baik. Lagipon, dia jauh kat Klang je. Every weekendif ade rezeki bole jumpa kan. Aku rasa, benda yang buat aku takut jugak, maybe sbb takut dia tade mase langsung untuk aku. :( That was what i've been thinking. Tapi, aku tau. Pelangi akan cuba yang terbaik untuk relationship ni as long as aku trust dia and bagi moral support everytime he need it.
Takpe la, ape yang pasti aku akan terus cuba untuk buat macam biasa. Aku tak bole tipu diri sendiri dengam ketiadaan Pelangi kat opis adalah kerana dia berkursus atau sambung belajar. I knoe he longer be there. Dia dah transfer. So, terima la hakikat tu. Maybe pertukaran tu akan membuahkan hasil yang baik untuk kami berdua. Cume jangan terus berhenti berdoa dan berharap agar dia berjaya kat sane. Amin..
With Lotsa ♥
b u l a n
Last day..
Hari ni jugak, hari terakhir Pelangi kat Corporate Service. Tatau aku nak cakap cane perasaan aku sehari ni. Pantang lepa, nanges je. Tak boleh tahan. Cuz everypart, everwhere and every single thing will remind me of him. Bile dia tade ni, aku ase kosong. Keje da takkan same. Sebab,dia partner TERBAIK yang aku pernah ada. TERBAIK!!!!! :( Sedih la. Yang ada pon takkan sama macam dia. Hummm. As a girlfriend, aku redha and aku relakan. Tapi, sebagai officemate merangkap partner terbaik, agak sukar untuk aku lepaskan. :( Sedih....
Notakaki : "Dear, even sibuk cane pon, tamo lupe keep in touch dengan Bulan ae...evendo Pelangi jauh dari Bulan, tp please jangan buat Bulan terasa kejauhan tu... Tau tau...Love u!"
.
With Lotsa ♥
b u l a n
Birthday Adib my lil bro.
HAPPY BIRTHDAY MAY DEARIE ADEK.
MAY ALLAH SWT BLESS U ALWAYS.
DIPANJANGKAN UMO N DIMURAHKAN REZEKI.
TAKE CARE IN WHATEVER U DO AND WHEREVER U R.
TAMO NAKAL² K.
♥ U ALWAYS.
^__^
With Lotsa ♥
your sister a.k.a b u l a n
Tetapkan hati.
Awal pagi da rasa GLOOMY. Nak masuk office pon da rasa macam tade feeling.Humm. Bile tgk tempat Pelangi, mata da mula bergenang. Hummm. So, awal pagi da CHECK IN bilik stor. Ta dapat tahan. :(
Pelangi da mula mengemas. Plus, he's not feeling well i guess. Everytime dia kemas, aku bergenang. Mata, benti la nanges. Pelangi tak ske. :( Benti benti!!!!!
Pagi tu jugak aku tak breakfast. Takde rasa nak makan. Takde mood nak makan. Suddenly, Pelangi ajak lunch kta Restoran Puteri @ TTDI. So, time lunch kitorang g sane. Tapi, tgk dari luar, makan style BUFFET. Pelangi tanak. Its oke. Maybe some other time we both dtg situ. :)
Next agenda, nak g MAXIS CENTRE @ TTDI. Nak wat report pasal bil broadband. Apsal plak tibe² ade extra RM200 even da tukar plan and dorg kate ta payah bayar untuk kontrak lepas. So, sampai je MAXIS, gile ramai orang. We have to wait for 13 customer. Ouh,lambat² . Lapa plak tu. Nasib baik Maxis ni ade San Francisco Coffee Co. Hohoho. We bought one ICE BLENDED EXTREME CHOCOLATE. Buy 1 free 1. Yeayyy. Yummy!! :D Sementara aku tunggu tu, Pelangi g PIZZA HUT kat sebelah je and start order for lunch. :)
Oke, now problem bil da settle. :) Just tunggu statement next month without RM200 tu. Ohohoh. Kalau still ade lagi, siap ah MAXIS. ;p So.... Ape lagi. Lunchhhhhhh... Yeyeh. Pelangi amek set yang ade pizza ngan pasta. Pasta dia not so good. Tapi still bole makan. :) And Pelangi add on Honey BBQ chicken. Kenyang kenyang!!!! Ase cam luah balik je bile Pelangi suap. Tapi, bertahan. Habiskan jugak. :) Uhuhu. Hebat kan? Maybe da terkenyang sbb minum Ice blended tadi kot. Hihihi.
So, this is faces of my Pelangi. Lalala. :D Rasenye Pelangi mmg ske Garlic Bread la. ;)
Pulang tadi, Pelangi anta sampai Sg. Buloh. Ouhh, gile ujan lebat. Sian Pelangi basah. Tapi, aku happy at least dapat spend time same². :) Mase tu, terasa ujan tu hujan rahmat. Maybe ada rahmat disebalik sume ni. Walaupon ade kalanya sepanjang waktu pulang tu aku rasa hujan ni hujan rahmat utk Pelangi, n hujan ni jugak sama macam hati aku yang tgh hujan. Huhuhu. Kenyataannya, tu sume kuasa Allah SWT yang nak turunkan ujan. :) Oke la. That's all for now. Still ase sad. Tapi tahankan jugak. Rase tanak carpet blog ni banjir with my tears. Uhuhu. Apa yang penting, doakan yang terbaik untuk Pelangi and hope Pelangi berjaya even kat mane pon dia pegi. Aku doakan jugak, ini adalah dugaan yang indah untuk aku dan Pelangi.
"Dear Pelangi, Bulan harap suatu hari nanti, kita dapat IKAT sama²... Let's grow old together yeh... " :)
With Lotsa ♥
b u l a n
Ouh,umm..salah rupenye.
"Its SUNDAY Cik Bulan!" Wake up wake up!! Dush dush!! Aku bangun as early as 430 a.m. Takut lambat pegi opis. Gile. I thought da menjengah ISNIN. Rupenye blom. FRUSTRATED. Sebenarnye ta sabar nak jumpa Pelangi. Rupenye, semalam tu Sabtu. I thought Ahad and rasanya macam da cuti dua hari. Humm. Ape yang aku fikir sebenarnya ni?
-Bila kau jauh, aku selalu rindu.. Bila kau ada, hati kan berbunga.. ~ ^__^
Uhuhuhuhu...
"Saya menunggu penuh sabar ni... bile sayang nak pulang..." :)
With Lotsa ♥
b u l a n
MOOD and IDEA equal to ZERO.
Hello and Hi. Pagi ni aku bangun agak lewat. Celik mata je,da cari HP. Since malam tadi aku dah tertido awal. I bet Pelangi pon same. Sian dia penat. Mood aku masih cam pelik² . Tapi aku cuba belajar terima kenyataan tu and masih dalam harapan yang Pelangi akan pertimbangkan hal semalam. Maybe ade betulnya cakap Wadi, maybe ade rezeki dia kat situ, dapatla kami kawen cepat. Huhuhu. If begitu, aku redha. Amin. :) Apa yang buat aku susa hati, bila dengar yang tugas tu akan di OUTSOURCE kepada luar. Apa yang pasti, bila da outsource,da tade lagi benefit TNB. :( Plus, banyak kekurangan yang aku dengar. Tapi,apa pun, tu bergantung kepada Pelangi. Lagi satu, ICHIBOKU akan hilang sorang lagi member. Member yang paling bersemangat nak buat Projek & Persembahan nanti. Sedih lagi. :(
Oke la. Just want to cheer up my mood back, aku buka pic aku ngan Pelangi. TREATMENT bile aku sedih. Instead of pegi SPA. Tgk dia je da bole buat aku happy. :) As i said before, "Aku akan gembira bila nampak Pelangi aku ada." :) So, aku pon upload our pic, edit and paste here. Takde keje, plus bosan, plus wendu maka terjadi la benda ni. Uhuhuh.
Well, AKU OBSESSED DENGAN PELANGI? Yes. When i'm in ♥ , aku betol² cinta. Melainkan bile cinta tu tak dihargai atau tak difahami bole buat aku rasa tawar bile berterusan negatif. With him, he's PART of me. Part of my heart and my soul. or in other words, he is HALF OF ME.
Dear CINTA, ♥ u so much and even more..~
With Lotsa ♥
b u l a n
Mood : SEDIH
"Dear,please fikir balik. Please please."
With Lotsa ♥
b u l a n
Pelangi....
The Cuppies.
So,ni la dia.. Tadaaaa... :)
With Lotsa ♥
b u l a n
Bulan menunggu.
Mija dah dewasa.
Skype.
Doin nothing.. Skype skype skype... Wendu Pelangi. Hohohoho...
Notakaki : Hope sayang ta marah bulan letak pic ni kat blog. Uhuhuhu.. ;p
With Lotsa ♥
b u l a n
I've made it!
Oke.. Entry kali ni aku tak banyak tulis. Tapi banyak pic. Akhirnya, aku berjaya buat cupcake. :D
Happy...!!!
Antara bahan² yang diperlukan
Ayak tepung bagi halus. ;p
Pukul butter, gula, susu dan sedikit garam
Tambah tepung gandum, telur dan esen vanilla