T h a n k . y o u . f o r . v i e w i n g . r e a d i n g . a n d . f o l l o w i n g .

m y . l i t t l e . b l o g . . M u c h . a p p r e c i a t e d . .


Goodnight comments

Birthday Adib my lil bro.

30 November 2010

HAPPY BIRTHDAY MAY DEARIE ADEK.

MAY ALLAH SWT BLESS U ALWAYS.

DIPANJANGKAN UMO N DIMURAHKAN REZEKI.

TAKE CARE IN WHATEVER U DO AND WHEREVER U R.

TAMO NAKAL² K.

U ALWAYS.

^__^

With Lotsa

your sister a.k.a b u l a n

Tetapkan hati.

29 November 2010

Awal pagi da rasa GLOOMY. Nak masuk office pon da rasa macam tade feeling.Humm. Bile tgk tempat Pelangi, mata da mula bergenang. Hummm. So, awal pagi da CHECK IN bilik stor. Ta dapat tahan. :(

Pelangi da mula mengemas. Plus, he's not feeling well i guess. Everytime dia kemas, aku bergenang. Mata, benti la nanges. Pelangi tak ske. :( Benti benti!!!!!

Pagi tu jugak aku tak breakfast. Takde rasa nak makan. Takde mood nak makan. Suddenly, Pelangi ajak lunch kta Restoran Puteri @ TTDI. So, time lunch kitorang g sane. Tapi, tgk dari luar, makan style BUFFET. Pelangi tanak. Its oke. Maybe some other time we both dtg situ. :)

Next agenda, nak g MAXIS CENTRE @ TTDI. Nak wat report pasal bil broadband. Apsal plak tibe² ade extra RM200 even da tukar plan and dorg kate ta payah bayar untuk kontrak lepas. So, sampai je MAXIS, gile ramai orang. We have to wait for 13 customer. Ouh,lambat² . Lapa plak tu. Nasib baik Maxis ni ade San Francisco Coffee Co. Hohoho. We bought one ICE BLENDED EXTREME CHOCOLATE. Buy 1 free 1. Yeayyy. Yummy!! :D Sementara aku tunggu tu, Pelangi g PIZZA HUT kat sebelah je and start order for lunch. :)



Oke, now problem bil da settle. :) Just tunggu statement next month without RM200 tu. Ohohoh. Kalau still ade lagi, siap ah MAXIS. ;p So.... Ape lagi. Lunchhhhhhh... Yeyeh. Pelangi amek set yang ade pizza ngan pasta. Pasta dia not so good. Tapi still bole makan. :) And Pelangi add on Honey BBQ chicken. Kenyang kenyang!!!! Ase cam luah balik je bile Pelangi suap. Tapi, bertahan. Habiskan jugak. :) Uhuhu. Hebat kan? Maybe da terkenyang sbb minum Ice blended tadi kot. Hihihi.



So, this is faces of my Pelangi. Lalala. :D Rasenye Pelangi mmg ske Garlic Bread la. ;)


Pulang tadi, Pelangi anta sampai Sg. Buloh. Ouhh, gile ujan lebat. Sian Pelangi basah. Tapi, aku happy at least dapat spend time same². :) Mase tu, terasa ujan tu hujan rahmat. Maybe ada rahmat disebalik sume ni. Walaupon ade kalanya sepanjang waktu pulang tu aku rasa hujan ni hujan rahmat utk Pelangi, n hujan ni jugak sama macam hati aku yang tgh hujan. Huhuhu. Kenyataannya, tu sume kuasa Allah SWT yang nak turunkan ujan. :) Oke la. That's all for now. Still ase sad. Tapi tahankan jugak. Rase tanak carpet blog ni banjir with my tears. Uhuhu. Apa yang penting, doakan yang terbaik untuk Pelangi and hope Pelangi berjaya even kat mane pon dia pegi. Aku doakan jugak, ini adalah dugaan yang indah untuk aku dan Pelangi.

"Dear Pelangi, Bulan harap suatu hari nanti, kita dapat IKAT sama²... Let's grow old together yeh... " :)

With Lotsa

b u l a n

Ouh,umm..salah rupenye.

28 November 2010

"Its SUNDAY Cik Bulan!" Wake up wake up!! Dush dush!! Aku bangun as early as 430 a.m. Takut lambat pegi opis. Gile. I thought da menjengah ISNIN. Rupenye blom. FRUSTRATED. Sebenarnye ta sabar nak jumpa Pelangi. Rupenye, semalam tu Sabtu. I thought Ahad and rasanya macam da cuti dua hari. Humm. Ape yang aku fikir sebenarnya ni?

-Bila kau jauh, aku selalu rindu.. Bila kau ada, hati kan berbunga.. ~ ^__^

Uhuhuhuhu...

"Saya menunggu penuh sabar ni... bile sayang nak pulang..." :)

With Lotsa
b u l a n

MOOD and IDEA equal to ZERO.

27 November 2010

Hello and Hi. Pagi ni aku bangun agak lewat. Celik mata je,da cari HP. Since malam tadi aku dah tertido awal. I bet Pelangi pon same. Sian dia penat. Mood aku masih cam pelik² . Tapi aku cuba belajar terima kenyataan tu and masih dalam harapan yang Pelangi akan pertimbangkan hal semalam. Maybe ade betulnya cakap Wadi, maybe ade rezeki dia kat situ, dapatla kami kawen cepat. Huhuhu. If begitu, aku redha. Amin. :) Apa yang buat aku susa hati, bila dengar yang tugas tu akan di OUTSOURCE kepada luar. Apa yang pasti, bila da outsource,da tade lagi benefit TNB. :( Plus, banyak kekurangan yang aku dengar. Tapi,apa pun, tu bergantung kepada Pelangi. Lagi satu, ICHIBOKU akan hilang sorang lagi member. Member yang paling bersemangat nak buat Projek & Persembahan nanti. Sedih lagi. :(

Oke la. Just want to cheer up my mood back, aku buka pic aku ngan Pelangi. TREATMENT bile aku sedih. Instead of pegi SPA. Tgk dia je da bole buat aku happy. :) As i said before, "Aku akan gembira bila nampak Pelangi aku ada." :) So, aku pon upload our pic, edit and paste here. Takde keje, plus bosan, plus wendu maka terjadi la benda ni. Uhuhuh.


Well, AKU OBSESSED DENGAN PELANGI? Yes. When i'm in , aku betol² cinta. Melainkan bile cinta tu tak dihargai atau tak difahami bole buat aku rasa tawar bile berterusan negatif. With him, he's PART of me. Part of my heart and my soul. or in other words, he is HALF OF ME.

Dear CINTA, u so much and even more..~

With Lotsa

b u l a n

Mood : SEDIH


26 November 2010
Hari ni, surat Pelangi da sampai. Ape aku rasa? SEDIH. Evendo da tau yang dia nak amek keputusan ni lama dah. Maybe sebab aku SHOCKED kot. Benda baru tau, tibe² rushing with the date. Damn!! Gile sedih. I know its sounds POYO for him. Tapi aku ase sedih kot. For certain reason. Humm.



"Dear,please fikir balik. Please please."


With Lotsa
b u l a n

Pelangi....

25 November 2010

"Bulan happy.."
;)
Manja, manja....
Uhuhuh.

With Lotsa
b u l a n

The Cuppies.

23 November 2010
Hari ni datang office bawak cuppies. Ta sabar rasa nak bagi Pelangi. Huhuh. Hope dia suka. ;)


So,ni la dia.. Tadaaaa... :)

With Lotsa

b u l a n

Bulan menunggu.

22 November 2010


Hari ni Isnin. I'm not working today. Felt soooo lazy. Plus, not seeing him around, ase cam bosan. Humm. So, i've decided to start keje esok je. Hari ni Pelangi tat PD lagi. Petang karang baru pulang. I mish him so much. Mish him badly. Kenapa aku ase sampai camni ae? Humm. *berfikir... Tapi, apa yang pasti, tu sume pemberian Allah SWT untuk aku kan? Satu perasaan untuk aku rasa terhadap dia. :) Hummmm... Susah nak cakap bile once kita ade rasa macam ni. Felts like blooming and flying. Why him? :) *smile widely........ Because him. Sebab dia tu, dia... Tade spesific words yang kita bole describe when it comes about this.. :) dan.. Apa yang pasti, aku menyenangi perasaan tu. Berharap jugak, ianya mencapai satu ikatan rasmi. Amin... :)

Currently, masih menunggu. Humm. Hope dia selamat sampai ke rumah. By the way, malam ni nak buatkan dia cuppies seperti mana yang telah aku tulis pada entry yang sebelum ni. ;) So,wish me luck. Da siap nanti, aku update kat blog. Lalala~

With Lotsa
b u l a n

Mija dah dewasa.

21 November 2010



HAPPY BIRTHDAY MIJA!!!!
U now 21st!!
May Allah Bless U ALWAYS..
^__^
Panjang umo and murah rezeki.
Amin.
Well, hari ni birthday Mija.
I'm already wish her and already bought her prizie.
Da bagi awal pon da..
Hope she'll like it.
^__^
With Lotsa
your sister a.k.a b u l a n

Skype.

20 November 2010

Doin nothing.. Skype skype skype... Wendu Pelangi. Hohohoho...




Notakaki : Hope sayang ta marah bulan letak pic ni kat blog. Uhuhuhu.. ;p

With Lotsa

b u l a n

I've made it!

19 November 2010

Oke.. Entry kali ni aku tak banyak tulis. Tapi banyak pic. Akhirnya, aku berjaya buat cupcake. :D
Happy...!!!
STEP 1 : Cupcake.

Antara bahan² yang diperlukan

Ayak tepung bagi halus. ;p


Pukul butter, gula, susu dan sedikit garam


Tambah tepung gandum, telur dan esen vanilla


Hasil tadi, asingkan dan masukkan warna merah @ rasa strawberry


Tuang dalam cup yang comel. :)


Masukkan ke dalam ketuhar.


Tunggu sampai masak.....


STEP 2 : Cream Cheese Frosting

Pukul cream cheese dan butter

Masukkan esen vanilla dan gula icing


STEP 3 : Decoration time!!
Cuppies da masak!!

Sejukkan kejap sebelum deco


Cream cheese yang da diFROSTkan tadi da bole guna!!


Tada... da siap.. :)

Ni hasil cupcake yang aku da letak cream cheese frosting.


Before MAKAN....


After MAKAN separuh... ;p

So, thats all for entry kali ni. Can't wait nak buat cuppies untuk Pelangi dis Monday. ^_^
With Lotsa
b u l a n

Senyum.Senyum.Senyum.

Continue from last entry...

Pagi ni, aku datang office. WHY? sebab nak jumpa Pelangi. 98% sebab nak jumpa dia, 1% nak siapkan keje and 1% nak bagi broadband kat dia (since dia nak pegi Johor esok for 3 - 4 days). Ohohoh. I'm just, MISS HIM BADLY!! Seriously.. So, bila nampak dia pagi ni, hati tu rasa berbunga² balik. I dun care what people say. So CLOSED? yeah. Apa yang penting, im doing nothing. Just like other couple, they just want to get closes, chit chatting and SMILE! :) Salah ke? Tak kan? Orang lain pon do the same thing kan? Before tau anything happen between us, dont judge a book by its cover. Tak baik oke. :)

So,cut the crap. Membebel plak tiba² . Uhuhuhu. Pagi ni, aku, Pelangi, Kak Ina and Kak Lin breakfast same² kat Pos. Tercapai jugak hasrat Pelangi nak g sane bfast. Tapi, yang paling happy of course la aku. Sebab dia ade same. Hehehe. By the way, breakfast kami pg ini ditaja oleh Kak Lin. Ohoho. *Thanks kakak!! :D

Oke, lunch time pulak,aku keluar dengan Kak Lin again g Amcorp. Since dia nak cari barang sket. Ade banyak kasut yang menarik. Serious comel. Tapi, terpaksa menahan NAFSU. Pelangi kata jangan
membazir sangat. Uhuhu. Oke sayang!! So, ape yang aku beli since aku kat Amcorp? Aku cume beli :

1) Cornetto Mcflurry Strawberry
2) Lays Classic
3) Revive botol besa
4) Kacang Parang (curry flav)

Hebat kan? Sumenya makanan. Ohohoho. ;p

So, pulang ke office, siapkan keje. Pelangi makan, aku makan n orang len pon makan. Tiba² Pelangi cakap nak makan SUBWAY. Ouh. Nak nak. Pelangi kate nanti lepas dia naek dari turun minum, dia g beli. Yeayyy. :D

Before that, dia google jugak pasal camera. He did tgk CANON EOS 60D kat Jaya 33 tadi (he told me thru the phone) while aku kat Amcorp. Dia kate mahal. Body ringan. Humm. So, we both google kat mudah.com plak. And i asked him to search for FUJIFILM INSTAX MINI 7s. Hohoh. The one yang coklat beli for RM250 of ta silap and the color is white blue. Pelangi pon nampaknye cam suke. Heheh. Since FUJIFILM nye outlet sebelah office je, Pelangi decide nak g tgk. Unfortunately, kat kedai tu da Out Of Stock. Owner kedai tu kate ramai yang request. Tapi, dorang ta dapat stock even da request almost 2 months. humm. So, kat mudah.com ade FIM 7s yang Limited Edition. Full white and full chocolate. Siyes comel yang full white tu. :D So, here aku letak comparison price for the cameras.




Limited Edition (fully white and fully choc) : Ada yang offer RM279. Tapi takde free Instax Film 10's. Dia just bagi low price which is RM20 per box.



Biasa (White blue and white pink) : Ada yang offer RM249. Still x dapat free film. But Fujifilm outlet, offer RM249 and FREE FILM (1 box = 10's). Cumenye, stok tgh tade kat outlet tu. Humm.

Oke. stop cite pasal camera ye. Waktu pulang, Pelangi anta aku balik. Tod dia nak ajak makan SUBWAY kat deret Kepsi tepi opis tu, tp tak. Dia terus bawak aku naik motor lalu jalan nak pulang ke Sg Buloh. Suddenly...... HUJAN!!!!!!! Then, dia terus masuk simpang The Curve. At first, we tod na masuk The Curve je. Tapi tatau parking motor katne (since usually we both dtg situ naik keta..humm). Plus nak masuk The Curve pon sebab nak amek MP4 aku yang osak (Pelangi hantar kat Sony Centre untuk repair). But its oke,as long as dapat berteduh, i'll be fine. So, we stop by kat Petronas je. Ade BURGER KING. Lepak makan sampai ujan da agak renyai. Then pulang. Sampai KTM, salam Pelangi as usual, then Pelangi touch dagu aku...ouhh.. *I'm gonna mish yu sayang.. Really i do. *MOOD : SAD. :(


So that's all.. Continue again in next entry...

With Lotsa
b u l a n

Owh, cantiknya merah!

18 November 2010

RED VELVET CUPCAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING



Hohoho. Nice kan cuppies tu? Tadi macam agak blur. Terfikir² what kind of cuppies yang aku nak buat ni? uhuhu. So, teringat cuppies yang Ayesha buat. Sedap gile!! Red Velvet Cupcake with cream cheese frosting. Serious memang best gile. So, aku terfikir, why not aku buat untuk Pelangi jugak. Since that lovely cupcake sangat sesuai untuk hati yang tengah bunga² cam aku ni.


So,aku pon Google la recipe and plus bukak Youtube untuk tgk cara² nak buat Red Velvet Cupcake ni. Gila semangat kan? Apa yang pasti,aku teringin nak buat cuppies tu dengan hati yg tgh berbunga² . ;p Sebab makanan pon bole serap perasaan kita kan? Cooking with LOVE. ahahaha.

Now, aku da tgk vids, aku da salin recipe.. tinggal nak buat je. Humm. Tatau la jadi ke tak. Rasa tak sabar sangat nak buatkan untuk Pelangi!! :D

Notakaki : Nantikan pic² aku buat cuppies ae. Budak baru nak belajar. Uhuhuh. ;p

With lotsa
b u l a n

Korban.

17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha. :)
Pelangi busy. Sian dia penat.
Aku? Oke je. :)
Esok? Nak keje la.
Wendu Pelangi.
Uhuhuhuhu.

With lotsa
b u l a n

Semuanya - Baik Baik Aje.

16 November 2010

Cuti aku En Rosli da approved. 7 hari berderet aku cuti. Hati ase sedih sebenarnya. Tapi, tu hakikat yang perlu dilalui. 7 hari tak jumpa. Takpe la. Kadang² aku cuba beri ruang pada dia untuk rasa selesa. As i said before, maybe ada tindakan aku yang tanpa sedar, merimaskan atau mengongkong. Makanya, aku tanak benda ni berlaku. Aku tak nak dia merasakan ketidak selesaan itu.

Cinta, saya sayang awak.....

"Walaupun Pelangi akan kate Bulan POYO, tapi ni je jalan terbaik untuk luahkan perasaan Bulan. Huhuhuh. Bulan tak bersastera atau pon menulis kata² puitis, it just a phrase yang ade tertulis pada hati. :)

Berbanding semalam, hari ni Bulan dapat berbual banyak kali dengan Pelangi Bulan. Bulan tau, bagi Pelangi, kata² cinta tak perlu nak ungkapkan selalu. Nanti basi. Huhuhu. Hakikatnya, perempuan tak macam tu sayang. :) Walaupun Bulan mampu menulis kata² indah, tapi.... tidak disini. Tidak apabila berkata soal hati dan perasaan. Soal Cinta. Nanti, POYO kesekian kalinya yang Bulan terima. Tanak tanak!" ;p

Hari ni jugak, aku berjaya menggunakan otak aku sebaik mungkin. Aku faham, semalam mood Pelangi mesti spoil sebab aku yang berfikir sebagai seorang perempuan biasa (berfikir pakai hati). Sepatutnya, aku berfikir sebagai perempuan yang boleh berfikir secara RASIONAL (berfikir pakai otak).

Malam ni, waktu dan ketika aku menulis entri blog ni, Pelangi tak muncul² . Aku masih menanti. Mungkin dia sibuk agaknya. HP terasa agak sunyi. Walaupun, jari ni rasa gatal nak menekan keypad pada HP dan telinga ni rasa nak mendengar suara yang jauh di KLANG tu, tapi nak buat cane kan? Aku harus memahaminya. :) Apa yang pasti, dia akan tetap sentiasa berada dalam doa aku. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati dia walau apa pon yang dia lakukan dan walau dimana dia berada.

"Bulan menanti penuh sabar..." :)

With Lotsa
b u l a n

Baru Sehari.

15 November 2010

Rase sunyi. Humm. Baru sehari tak jumpa dia. Kalau seminggu, macam mana la agaknya. Rasa² , dia ada rasa yang sama x?

=__="

With lotsa
b u l a n

Kaki jalan-jalan.

14 November 2010

Hi everyone. Saje nak share. Continues from entri blog sebelum ni, suddenly aku nekad jugak keluar g Midvalley sorang² . Means, sengal aku da datang. Sebab alang² da siap kan. Nak paksa Pelangi, tak bole. Aku faham keadaan dia. :) Again, aku membazir lagi. Beli kasut. Exactly like kasut kak ina. At first, aku agak rambang mata mase masuk NOSE. Gile if tak dikawal, mau aku sopin 3 pasang. Alahaii. Pastu, kat VINCCI pon nyaris jugak beli. Wedges Pink. Agak cute. Sadly da tade size. Damn. Akhirnya, aku beli sepasang je. Price : RM49.90. LARRIE. Oke la.Tak membazir sangat kan? Uhuhuh. ;p

But before that, aku sampai je aku cari Secret Recipe. Lapa gile. Dah kul 4 kot. Tak lunch lagi. Mau x nya. Humm. So, since tekak rase nak makan benda yang cheesy yet salty, aku pon order la, Prawn Macaroni and Cheese dan Green Apple Kasturi. :D Kombinasi yang baik kan? Ohoho. Tade la mual. ;)

Lepas da makan, aku masuk MPH. Gile ase tengok buku. Sume buku aku ase nak beli. Hoho. Btw, aku usha jugak buku pasal Cuppies. Nak tgk jenis cuppies and decoration yang cute² .Lalala. ^__^

Settle je semua, tibe² Pelangi called. Nak datang pick up. Nak ajak g Tropicana Mall. Dia datang dengan Apeng sebab nak jumpa Murni. Humm. At first, cam sedih. Cuz, in my mind, i thought that he were coming not because of me. Sedih ouh masa tu. Seriously. K la. Lastly, aku pon try to get mood balik. Then,we're heading to GSC. Suddenly, Pelangi kate nak tgk Movie. Aku suggestkan Megamind. Ollo... Ollo.... Hahahaha... ;p And YES, we're watching MEGAMIND 3D. Owh yea, before that, 3 of us makan 1901 kat SUBWAY. Since ade bangsa yang siot potong Q meanwhile kitorang da lambat. Cesss..saket ati!!







Kesimpulannya, the movie aku bg 4 star from 5. Ohoho. Owh, lupe. Aku ske tgk Roxanne tu. Cantek!! :D And felt sooo happy sbb Pelangi pon puas ati tgk movie tu. Yeayy... *Thanks dear.muah muahhh..
Orait,thats all. Na tido da. Nite²
With Lotsa
b u l a n

Kaki duduk diam diam ye.

14 November 2010

Again. Hari ni kaki tak berjalan keluar. Sedih actually. Humm. Tapi ta bleyh na cakap pe. Yes, i did say that i want to go out today. No matter what. Cumanye, really hope that can make it with Pelangi. Sadly and unfortunately, i knoe he been so busy and have things to do. *saya da siap. Tapi... xpe la. Saya memahaminya.

By the way, agak sedih jugak sebab starting tomorrow, im not able to see him. Since dia akan ade da whole day kat HQ. for two days. And Wednesday is Hari Raya Qurban kan? Humm. *Speechless. =__="

Bukan aku tanak duduk umah. Peoplewill said that, mcm panas je duduk umah tu. NO. Cuma aku yang nak berjalan. Duduk umah sangat bosan. Plus umah dah jauh kat sini. Ase macam nak maki je dalam hati. Tapi, sabar. Nak keluar dari sini agak prob bagi aku. Public transport? Like hell.. Ta masuk kawasan taman pon. Yang ade, BUS. Taxi? Berhenti la berharap. Kadang² disebabkan kedegilan aku n ase maruah yang agak tercabar membuatkan aku lagi rela menapak keluar untuk dapatkan public transport. Duration? 20 mins menapak. Effect? Berpeluh dengan jayanya. Make up hampir hilang, baju jadi basah, rambut dah tak terurus. :( Kesimpulannya : SEDIH.

Tapi, aku tak mampu untuk tahan diri sendiri dari duduk kat umah je for the whole day.. Sebab da penat bekerja 5 hari seminggu. Keluar rumah gelap² waktu subuh, balik pon da nak dekat pukul 11 malam. What else yg dapat aku buat ae? Happy being like that? Entertainment? I'm Restless. :(

Currently, masih berharap. Kaki ni dapat menapak keluar. Tapi..semuanya bergantung... Humm.

With lotsa
b u l a n

Cuppies.

13 November 2010

After pulang dari PD, felt so malas nak update blog. Aku hanya rajin nak SKYPE je dengan Pelangi and also Fbooking. Hoho. Tapi hari ni aku update blog. By the way, malam tadi agak frustrating bile menunggu Pelangi yang suddenly hilang tak call semula but tau² he called me around 12. I felt so sleepy while waiting for him. Sedeyh ouh, ta di inform. Humm. So, wake up in the morning, dia skype. Since aku tak TURN OFF the lappy. Agak lama ia berlaku. Uhuhu. Me? Suka la. Duhh. ;p

Supposedly, ikut plan, aku nak keluar hari ni. Bosan. Plus da gaji. Tu yang tangan gatal je nak shopping. Actually, tade la pasal na shopping sangat pon. It just, aku nak kua date ngn Pelangi. Spending times with him. Watching movies ke, lunch or dinner same² ke, or doing anything yang dia ske. :)

So, since dia keluar around 1 pm, aku da malas nak FB and dia pon offline, so aku amek keputusan, TIDO. Humm. Kul 3 bawu bangun when Pelangi called. Time tu jugak la Gemok ketuk pintu bilik aku and soh siap sebab nak kua. Craving for lunch. So, aku pon siap and we're heading to Pekan Rawang. *sounds like macam duduk luar KL. Hahaha.

First thing, we went to Parkson. Bak kate Pelangi,"Kat Rawang ade Parkson ke?" Owh, come on dear. Rawang tak la worst sangat in terms or Shoplot. :) After that, we went to Ayamas. Lunch kat sane. Da kenyang, nak g Mydin pulak. Along nak cari barang. Thank God, Along parking betul² depan kedai yang jual bahan² nak buat kek. Yeayyyyy... I was like JAKUN for a while. Hahaha. Then, beli cups for cupcake. Comel gile. Plus, beli kotak besa, buttercup, baking powder, colouring, and a few things for making Cuppies. :D

Then, drop by kat Old Town White Coffee. Beli Butter toast with Kaya, Toast with Ice Cream and Honey Lemon Ice. Yummy. :D After that pulang, and here i am. FBooking and Blogging while waiting for Pelangi sayang yang kua dengan Jaja g launching event kat mane ntah. Lupe. Uhuhuh.

So, thats all for now. Ingat nak buat cuppies, tapi bahan ta cukup. Cess.

Notakaki : Tak sabar tunggu Pelangi pulang.Hummm.

With lotsa
b u l a n

Oh Kasut!

Entri blog kali ni, aku nak cite pasal kasut. Kenapa kasut ae? Sebab aku obsessed gile dengan kasut. If pegi mane sekalipon, mata aku akan cepat captured any kasut. Tak kesa la yang kat kedai ke, yang orang pakai ke. Hohoho. Tapi, hobi mengumpul kasut ni da jarang berlaku sekarang. Since aku da kearah gadget plak. Bukan da stop terus, cuma slowkan. Sebab, masalah aku ni, kalau da masuk kedai kasut, if tak dikawal, bole bawak keluar almost 3 ke 4 kotak sekali beli. Tapi jugak, aku ni agak fussy pasal kasut. Tak semua kasut aku suke. Hohoho. Well, abaout shopping kasut tu pon bergantung pada tahap financial aku jugak. Kadang² tu, even aku tgh kekurangan duit pon, aku bole beli satu kasut. At least. Cuma tak la selalu berlaku. Once in a while je buat perangai macam tu. Yang penting, time da gaji. Hohohoho. ;p

Bagi kategori aku yang gaji tak besa mane ni, aku tak lah demand nak beli kasut yang mahal² . Tak kesa pon brand ape. As long as nampak cantik and selesa nak pakai. Pastu plak, aku ni ade satu perangai. Bila da suka nak pakai kasut tu, aku akan pakai kasut tu je. Sampai dah tak bole pakai lagi or sampai aku jumpa kasut lain plak. Ada jugak kasut yang aku da beli, tapi tak pakai n jarang pakai. Kesian kasut tu. Humm.

Kenapa kasut ae yang aku pilih? Bukan baju? Entah, aku pon tatau nak cakap.. ^__^ Tapi yang pasti, baju kurang memberi impak kegilaan pada aku kot. Humm. Maybe jugak sebab physical size agak kerap berubah² , makanya aku malas nak beli baju. Tension bile tak muat. Humm. If kaki, memang size tu je kan? Make sense rite? ;p Hahaha. *Realitinya, rasa unhappy bile badan dan makin besa. Tak ske!! ;p

Owh, by the way, ada satu lagi hobi baru aku. Hobi buang duit iaitu mengumpul jam. Ahahahah. Sedang cuba berjinak² ni. Walaupon harga tak mahal mana, tapi aku sedang cuba. Cumanya, akan cuba mengumpul jam yang original sahaja. Immitate tanak. Bukan berlagak. But, when it comes to the things that u want to keep, better amek yang tahan lama kan? rather then beli yang kat Petaling street dengan harga yang murah n bole beli banyak² tu. That is not hobi untuk menyimpan things yang kite suke. Tu more kepada kehendak and suke terhadap benda² untuk dipakai. ^__^ Apepon, tak salah membeli belah di Petaling Street. Cuz sometimes, im doing the same thing to. Fun. Cumenya, when it comes to hobby, i'll try my best to have the original things. *Wish me luck. Huhuhuhu.

Well, entry ni should be about shoes. Not Watch. Haihhh. Takpela. Two in one. Bole je kan? ;)

Notakaki : Pelangi oso sedang berjinak² untuk mengumpul jam. Hik. ;) I likeeee....

With lotsa
b u l a n

Indah.

6 November 2010

Hari ni, hari terakhir untuk practice presentation for WIT Convention. Berdebar rasa hati. Pagi ni mood agak baik sbb dari pagi Pelangi da call and hati rasa berbunga-bunga je. Wendu dia. Sebab dari semalam tak sabar nak jumpa dia. Thats y for me, sehari macam tak cukup. Singkat sangat masa yang dapat spend bersama. Hummm. Oke oke. Aku faham. Sekarang tengah rasa hangat bercinta kan? Macam org lain akan cakap, dah kawen n ade anak nanti, mesti bosan or dingin. I knoe benda tu happen. Tapi, ape yang aku harapkan, aku dijauhkan dari perkara² macam tu. Kalau bole, aku impikan aktiviti yang bole kami kongsi bersama. Means ada minat yang sama. ^__^ If aku tak pernah minat pon, aku akan cuba untuk minat. Hikhik. Kan best if dapat together buat benda yang sama.

By the way, hari ni banyak jugak benda yang buat aku rasa touching dgn Pelangi. Not in a negative way. Hell No!! Sumenye yang baik² je k. ^__^

1. Dia call and pick up aku kat Sg Buloh. *Thanks sayang.

2. Aku nak breakfast KFC. *Since aku ade kad a.m tu. And Pelangi bawak aku g KFC yang ade kat petronas Taman Tun tu. But unfortunately, situ tak sedia for breakfast. So, Pelangi bawak pulak aku g Outlet KFC yang ade kat TTDI tu. Means, dia bersungguh gak dapatkan restaurant KFC untuk aku. *Thanks sayang....

3. Salunya, dia jarang bagi aku bermanja dengan dia secara open. Tapi hari ni, dia nampak tak kesa bile aku kacau rambut dia. ^__^

4. Dia hantar balik macam biasa. Hari hujan. Family aku pulak g Ampang sebab ade kenduri Tahlil and akan pulang umah lewat. Maybe around 12.. *Baguskan? Tade sape bitau aku! Hummm. ;( Aku da blur. So aku mintak Pelangi tinggalkan aku kat Kedai Makan je since aku tanak susakan dia untuk bawak aku g umah Kak Ina or anything je yg buat dia susa plus teman aku sampai family aku pulang. Sian dia. Da Kepenatan. Evendo, hati tu nak dia teman, tapi aku memahami condition dia. Butttttttt...... when sampai kat kedai makan, aku da order teh tarik, suprisingly, dia keluar keta, g toilet n lepak minum dengan aku! Owhhh... tacing.... ^__^ Happy sangat. *Tikiu sayang for willing to teman bulan.

I u!!!!

Memandangkan hari ujan, aku agak risau dengan keadaan Pelangi yang nak drive pulang dalam keadaan ngantuk. Since aku tau dia akan drive dengan lajunye. But sayang, jalan licin oke. Bahaya. Aku ta henti² berdoa agar dia sentiasa dilindungi Allah SWT. Macam tu jugak dengan family aku yang on da way pulang kerumah. Harap semuanya selamat. Bile Pelangi sampai, he did called me. Happy sangat sebab suara dia kat phone pon cam semangat je. ^__^ After that aku mandi. And we were on da phone again. Aku online. Dia jugak. But he sounds sleepy. Penat rasanya. *Sian sayang bulan. Another one thing yang buat aku tacing...

5. Pelangi online, tapi cume go thru BBS. Jawapan dia when aku tanye y tak online FB or wut n im asking to letak the phone since dia senyap je n tod mebi dia bz on9, jawapan dia : "if saye tak cakap dengan awak, saya tdo. Lampu tak tutup sebab if tutup nanti ngantuk. n bla bla bla....". *lebey kurang camtu la ayat dia.. huhuhu. Kesimpulannya, dia online sbb na layankan mata je untuk bercakap dengan aku. *So sweet sayang evendo bulan tau sayang da penat sangat.

Notakaki : Hari yang cukup INDAH buat bulan. Lebih hangat dari biasa. ^__^

With Lotsa
b u l a n

Seikhlas HATI.



Kadang² dalam hidup ni, kita perlu menjadi orang lain seketika. Merasai perasaan orang lain dan cuba berdiri ditempat mereka. Kadang² juga, bertanya aku pada sesuatu.. Adakah cukup apa yang aku lakukan untuk orang yang aku sayang? :) Cukupkah? Atau aku hanya hadir sebagai orang yang membosankan?

Realitinya, hidup ni tak selalu indah. Dan tak selalu cerah. Betul. Sebab hidup perlu ada turun naiknya. Sentiasa ada suka dan duka. Sentiasa ada senyum dan tangis. Aku? Aku cuba menjadi diri sendiri yang merasai pelbagai emosi. Bila hati ni terasa sakit seperti digenggam, aku tau hati tu tak stabil. Terasa sakit. Tapi, bila mata aku bercahaya, aku tau hati aku gembira. :)

Aku hanya mahu menjadi orang yang menggembirakan hati dan perasaan orang lain. Aku jugak nak rasa disayangi. Adakah keterlaluan permintaan tu? Kenyataannya juga, aku tau kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Kesedihan memang sentiasa menjadi peneman. Mungkin, tangis tu ubat kepada kesedihan. Sekurang² nya dapat melegakan hati yang luka.

Rasa ini... rasa cinta. Rasa kasih dan rasa sayang.. Adakalanya, aku masih bertanya. Adakah aku ikhlas disayangi sepanjang kehidupan ini? Adakah kehadiran aku dapat mengukir senyum dibibir orang sekeliling? Atau, adakah kehadiran aku dalam episod orang sekeliling aku ibarat dakwat hitam yang mengotori lantai kertas yang penuh dengan tulisan indah?

Aku manusia biasa yang hanya mahu disayangi seikhlas hati. Yang mahu difahami dan cuba untuk memahami orang lain. Aku yang serba kekurangan ni hanya mahukan satu kehidupan yang sekurang² dapat menyuntik sedikit nafas dalam keadaan aku yang masih tercungap lemas.

Sejujurnya, setiap kesedihan dan keresahan, aku biarkan berlalu seperti hujan, berseorangan. Tapi aku manusia biasa. Adakalanya, sesetengah perkara, melangkaui akal dan fikiran. Aku tak mampu menghalang. Emosi, riak muka dan tutur bicara, adakalanya keras sehingga mencederakan hati orang lain. Tapi itu aku. Yang hanya perlukan sedikit masa untuk menjadi neutral kembali dan mengharap detik itu difahami..

Harapan dan masa depan, aku letakkan pada seseorang yang aku sayang. Bila aku kata, hati ini cinta sepenuh hati, aku maksudkan. Hati ni ada ruang. Ruang untuk Yang Maha Esa, ruang untuk keluarga, ruang untuk diri sendiri, ruang untuk cinta hati, ruang untuk sahabat dan ruang untuk menjadi manusia yang berperikemanusiaan. Makanya, aku cinta dan aku sayang sepenuh RUANG hati. Sepenuh itu.

Mungkin aku perlukan 'tangan itu' untuk sentiasa memimpin aku. Sentiasa berada dekat di sisi. Kurangnya aku atau kurang nya dia, lebihnya aku atau lebihnya dia, itu semua anugerah Yang Maha Esa. Aku terima. Asalkan ruang itu terukir untukku.


With lotsa
b u l a n

Oke Sudah!


Aku da oke da...
Alhamdulillah.
Hati ni dah berbunga balik.
Dah berpijak pade bumi yang nyata.. Ouhhh...
^__^

Rasa.

1 November 2010

"Pelangi, bulan rasa sedih. Bulan rasa sedih bile tengok Pelangi macam dingin dengan Bulan. Maybe peRASAan Bulan je kot. Tapi, Bulan tetap hope, Pelangi selamat even kat mana pon Pelangi pergi dan ape pon yang Pelangi buat. Hati ni jugak bgtau yang dia RASA nak tengok Pelangi...Bulan cuma nak Pelangi je. Bulan suka peRASAan tu."


Sekian.

With Lotsa
b u l a n

Tanak lepas boleh?

31 Oktober 2010

Hari ni keluar g MIDVALLEY tenangkan kepala yang da serabut ni. Around 12 aku sampai Mid. Btw, sangat berharap Pelangi ade same. Tapi faham dia penat. Humm. So,tak kesa la if kena jalan sorang² . Nak buat cane kan? So, dah cari baju PINK untuk konvensyen, aku jalan² lagi. Nak kate cuci mata, Nope. Not interested. My eyes maybe la nampak cam wild gile bile tgk baju n so on. But my head, kept thinking bout him. I miss him. I do.

Then, since da lapa, i went to Popeye's n lunch.Since situ ta full mcm restaurant lain.

After awhile, da bosan jalan (since takut, lagi jalan, lagi nampak barang, lagi selamba aku membeli n bazirkan duit) Uhuhu. Dalam hati ni, da menjerit² mintak Pelangi bawak aku keluar dari tempat tu. Scary kan? At last, Pelangi kata dia akan datang. Yeayyyyyyyyy..!!! Tatau nak cakap, how happy i am... ^__^



Then, Pelangi datang amek n bawak g Tropicana Mall. Rasenye dia nak g OU at first, but he heard that OU full. Ada event TV3. Suprisingly, we terus berjalan g GSC. Seriously, i have no idea yang dia nak ajak tgk Movie. Oh Emm Geee... ^__^ Happy.. Dah almost 10 month kot tak tgk movie. Akhirnya, dia fullfill jugak mengidam aku hari tu. Thanks sayang. I u so much! ^__^ Mulanya, nak tgk cite Cuti-cuti Cinta. Tapi, tade filem melayu kat situ. We did try said a few film, but when it comes to the seat, adoi, sumenye 2-3 rows infront of the screen. Gile. At last, TAKERS yang kitorang tengok. Thought ta bape best,but rupenye, mmg best. 4 star. Ohohoh. Agak menarik and tak buat aku sleepy pon. Ohohoh. Sinopsis, malas nak tules. But overall, its about team rompakan. Positive things yang bole dapat dari cite ni, pasal friendship, loyalty, work smart and trust. ^__^

Going back. Before that, drop by kat Uptown Foodcourt @ Damansara. Pelangi nampak macam badmood. I can feel it. Perempuan kan. Always ade instinct bout someone they love and they care. Btw, we did order Char kuey teow n bihun singapore with apple kasturi n tembikai laici. Unfortunately, my char kuey teow ta sedap. Mee dia oke, but udang dia.. Demmit!! Bau hanyir. Da la Pelangi yang bayarkan. Ase ta sedap betol. Membazir oke. Humm. So,tu je untuk hari ni. Evendo hati rasa tak sedap bile tengok Pelangi camtu. Hummm...

p/s : Hari yang paling banyak holding hand. Tanak lepas boleh? ^__^ Rasa nak genggam lebih erat. Humm.

With Lotsa
b u l a n

Potong..potong...!!

27 Oktober 2010


I already cut my hair. Potong sendiri. Thought na g La Mode kat Midvalley. Tp k rase cam kena berjimat sket dis month. OT tak rancak cam dulu. Banyak yang kena cut oleh bos yang aku pon tatau kenapa dengan dia. Bukannya bayar OT kitorang pakai duit dia pon. Lagipon, keja buat. Siap attach lagi report. Perghh. Hummm. Abaikan la. Teremosi plak ase. Yang pasti, rambut da potong. Rase lain sket. Ohohoho. Macam seruan " Jom Jimat". Ahahah. ^__^


With Lotsa
b u l a n