T h a n k . y o u . f o r . v i e w i n g . r e a d i n g . a n d . f o l l o w i n g .

m y . l i t t l e . b l o g . . M u c h . a p p r e c i a t e d . .


Goodnight comments

Semuanya - Baik Baik Aje.

16 November 2010

Cuti aku En Rosli da approved. 7 hari berderet aku cuti. Hati ase sedih sebenarnya. Tapi, tu hakikat yang perlu dilalui. 7 hari tak jumpa. Takpe la. Kadang² aku cuba beri ruang pada dia untuk rasa selesa. As i said before, maybe ada tindakan aku yang tanpa sedar, merimaskan atau mengongkong. Makanya, aku tanak benda ni berlaku. Aku tak nak dia merasakan ketidak selesaan itu.

Cinta, saya sayang awak.....

"Walaupun Pelangi akan kate Bulan POYO, tapi ni je jalan terbaik untuk luahkan perasaan Bulan. Huhuhuh. Bulan tak bersastera atau pon menulis kata² puitis, it just a phrase yang ade tertulis pada hati. :)

Berbanding semalam, hari ni Bulan dapat berbual banyak kali dengan Pelangi Bulan. Bulan tau, bagi Pelangi, kata² cinta tak perlu nak ungkapkan selalu. Nanti basi. Huhuhu. Hakikatnya, perempuan tak macam tu sayang. :) Walaupun Bulan mampu menulis kata² indah, tapi.... tidak disini. Tidak apabila berkata soal hati dan perasaan. Soal Cinta. Nanti, POYO kesekian kalinya yang Bulan terima. Tanak tanak!" ;p

Hari ni jugak, aku berjaya menggunakan otak aku sebaik mungkin. Aku faham, semalam mood Pelangi mesti spoil sebab aku yang berfikir sebagai seorang perempuan biasa (berfikir pakai hati). Sepatutnya, aku berfikir sebagai perempuan yang boleh berfikir secara RASIONAL (berfikir pakai otak).

Malam ni, waktu dan ketika aku menulis entri blog ni, Pelangi tak muncul² . Aku masih menanti. Mungkin dia sibuk agaknya. HP terasa agak sunyi. Walaupun, jari ni rasa gatal nak menekan keypad pada HP dan telinga ni rasa nak mendengar suara yang jauh di KLANG tu, tapi nak buat cane kan? Aku harus memahaminya. :) Apa yang pasti, dia akan tetap sentiasa berada dalam doa aku. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati dia walau apa pon yang dia lakukan dan walau dimana dia berada.

"Bulan menanti penuh sabar..." :)

With Lotsa
b u l a n

No comments:

Post a Comment