♥
Kadang² dalam hidup ni, kita perlu menjadi orang lain seketika. Merasai perasaan orang lain dan cuba berdiri ditempat mereka. Kadang² juga, bertanya aku pada sesuatu.. Adakah cukup apa yang aku lakukan untuk orang yang aku sayang? :) Cukupkah? Atau aku hanya hadir sebagai orang yang membosankan?
Realitinya, hidup ni tak selalu indah. Dan tak selalu cerah. Betul. Sebab hidup perlu ada turun naiknya. Sentiasa ada suka dan duka. Sentiasa ada senyum dan tangis. Aku? Aku cuba menjadi diri sendiri yang merasai pelbagai emosi. Bila hati ni terasa sakit seperti digenggam, aku tau hati tu tak stabil. Terasa sakit. Tapi, bila mata aku bercahaya, aku tau hati aku gembira. :)
Aku hanya mahu menjadi orang yang menggembirakan hati dan perasaan orang lain. Aku jugak nak rasa disayangi. Adakah keterlaluan permintaan tu? Kenyataannya juga, aku tau kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Kesedihan memang sentiasa menjadi peneman. Mungkin, tangis tu ubat kepada kesedihan. Sekurang² nya dapat melegakan hati yang luka.
Rasa ini... rasa cinta. Rasa kasih dan rasa sayang.. Adakalanya, aku masih bertanya. Adakah aku ikhlas disayangi sepanjang kehidupan ini? Adakah kehadiran aku dapat mengukir senyum dibibir orang sekeliling? Atau, adakah kehadiran aku dalam episod orang sekeliling aku ibarat dakwat hitam yang mengotori lantai kertas yang penuh dengan tulisan indah?
Aku manusia biasa yang hanya mahu disayangi seikhlas hati. Yang mahu difahami dan cuba untuk memahami orang lain. Aku yang serba kekurangan ni hanya mahukan satu kehidupan yang sekurang² dapat menyuntik sedikit nafas dalam keadaan aku yang masih tercungap lemas.
Sejujurnya, setiap kesedihan dan keresahan, aku biarkan berlalu seperti hujan, berseorangan. Tapi aku manusia biasa. Adakalanya, sesetengah perkara, melangkaui akal dan fikiran. Aku tak mampu menghalang. Emosi, riak muka dan tutur bicara, adakalanya keras sehingga mencederakan hati orang lain. Tapi itu aku. Yang hanya perlukan sedikit masa untuk menjadi neutral kembali dan mengharap detik itu difahami..
Harapan dan masa depan, aku letakkan pada seseorang yang aku sayang. Bila aku kata, hati ini cinta sepenuh hati, aku maksudkan. Hati ni ada ruang. Ruang untuk Yang Maha Esa, ruang untuk keluarga, ruang untuk diri sendiri, ruang untuk cinta hati, ruang untuk sahabat dan ruang untuk menjadi manusia yang berperikemanusiaan. Makanya, aku cinta dan aku sayang sepenuh RUANG hati. Sepenuh itu.
Mungkin aku perlukan 'tangan itu' untuk sentiasa memimpin aku. Sentiasa berada dekat di sisi. Kurangnya aku atau kurang nya dia, lebihnya aku atau lebihnya dia, itu semua anugerah Yang Maha Esa. Aku terima. Asalkan ruang itu terukir untukku.
With lotsa ♥
b u l a n
Lala & Feerah
7 years ago
No comments:
Post a Comment