b e r h e n t i . b e r h a r a p
Rasa terlalu sedih. Adakah sebab terlalu berharap, hati ni jadi mangsa ye? Tak pasti nak luahkan macammana. Tapi, rasa sangat² sedih. Aku cuba pujuk hati ni. Tapi masih terasa. Mata, berhenti la menangis. Berhenti la... :(
-b u l a n
A n g . A n g . A n g ! ! ! !
Pic kat atas tu adalah AngGEM dan AngKUR. Kenapa nama dorang camtu? Sebabnya, makcik aku suke suki bagi nama dua² eko tu ANG. Sebab dua² tu akan berbunyi "ang..ang.." instead of "meow..meow.." Funny tho.. ;p
Well, bagi membezakan dua eko tu, AngGEM means : AngGEMOK dan AngKUR means : AngKURUS. Huahuahua.. Tu adek aku Mija yang bagi. Sebab memang seko gemok n seko kurus.
So, tu je la aktiviti aku ari ni. Play with the Kittens. *Hope dapat jumpa Pelangi. Tp, it just hope. :( Hummm. Sedih again.
Malam tadi,aku saket kepala dengan sangat teruk. Start dari kul 630 ptg sampai ke tengah malam. Ase nak pecahkan kepala je. Terlampau saket. Aku MIGRAIN ke? :(
With Lotsa ♥
b u l a n
G i r l s . d a y . o u t !
Hari ni keluar g Midvalley dengan Miu. G tgk movie KHURAFAT. Orang sangat ramai. Dalam train pon ramai, kat Mid pon ramai. Beli a few things. Beli kasut Crocodile. Akhirnya. ;p Jumpa tempat bawu utk cari kasut yg sedap dan comel. Hohoh. :)
Komen for KHURAFAT :
1) Gile seram. *aku terjerit² sampai tercampak popcorn. ;p
2) Hantu dia sangat menakutkan k.
3) Tempat hantu² tu muncul, memang in real.
4) Pengajaran banyak jugak.
5) Unexpected. I mean, ta sangka, that guy tu yg mulakan semuanya. Hohoh. Bahaya ouh bile lelaki suka perempuan n bile lelaki dihina mcm tu.
6) Ouh, aku rasa jugak, Syamsul dah buktikan yang dia layak dapat anugerah pengarah terbaik. :) Lagipon,sekarang tengah rezeki dia. Dan dia jugak bekerja keras buktikan kredibiliti dia sebagai seorang Pengarah. Orang lain pon sama. Cuma, mungkin rezeki belum berpihak. Tu Qadaq dan Qadar kan? :)
So, thats all. Pulang kerumah, hujan dan jalan jam.
With Lotsa ♥
b u l a n
Alycia 1st Giveaway ...
'Alycia 1st Giveaway'
Hi. This is my second GA. Aku join jugak even agak lewat. Macam menarik plak na join² GA sekarang ni. Haha. GA mode. ;p Well, aku agak tertarik dengan prizie GA ni. Bookmark. Tantek sangat. :D Suke suke...!! Mau mau..!! If ade rezeki la. ;)
So, nak join senang ajer... ikuti 4 langkah mudah berikut :
1. Buat satu entry bertajuk 'Alycia 1st Giveaway'...
2. Tepek banner seperti di atas di entry dan sidebar...
3. Jadi Follower blog Alycia dan Alycia With Contest dan Giveaway ...
4. submit link entry korang pada entry ini ...
Good luck for me... ;p Lalala~
With Lotsa ♥
b u l a n
P r o . a n d . C o n s
Hari ni, aku mengadu lagi dengan Pelangi problem² kat office. Sian dia kena dengar. Evendo aku paham, dia lagi penat dengan keje baru dia. Humm. *Maaf ye sayang. :( Bulan tau sayang penat dengar. Tapi, terima kasih sebab mendengar dengan baik dan bagi komen towards my story. Love u!
Esok, Pelangi kena keje. Sebenarnya, aku berharap jugak dapat keluar jumpa dia. Wendu!! Tapi nak buat macam mana. Bila dia kena panggil buat OT, means tu rezeki untuk dia. Takpe la. Aku doakan supaya Pelangi murah rezeki dan dia sentiasa selamat dan dilindungi AllaH SWT walau kat mane and ape pon yang dia buat. Plus,dia na keje cari rezeki yang HALAL kan? :)
So, esok maybe aku keluar. Cari barang sket and tgk wayang ke. Girls day out. Humm. :)
Hope, Ahad malam, aku dapat berita yang baik since Isnin, aku dengan Pelangi cuti. :) *I wish...
With Lotsa ♥
b u l a n
Gieyana Giveaway ~ I'm Look Younger!
Entry ni pasal I'm Look Younger! kan? So, aku akan tules yang berkenaan. Heheh.
"Pernah satu insiden, time aku na pegi tgk movie dekat Midvalley, cerita 18+, Manager kat situ usha je aku dari jauh. Aku pon cm gelisah la kan. Kenapa la dia usha² aku ni. Aku ade buat salah ke? Then,mase aku nak beli tiket tu, suddenly dia tanye, "Awak ni da cukup 18 tahun ke?" Perghh. Soalan dia agak buat aku tergamam la kat situ. Aku ni tak nampak cam orang da umo lebih 18 ke? Then aku reply balik. "Saya dah 25 kot. If x pecaya bole tgk IC." Agak merah padam muka aku masa tu. Ye la, malu jugak sebab tiba² kena sound time orang ramai na beli tiket. Tapi, lepas je beli tu, aku cam agak tersenyum² cam siput jugak la.Terasa yang diri ni nampak cam muda lagi. Hohoho. ;p By the way, Insiden tu berlaku 2 kali bile aku membuat cubaan beli tiket dikaunter. ;p "
So, that's all about my entry. Haf fun while reading. ;)
GiveAway kedua dari blog Gieyana's Life + Photo...
Korang hanya perlu :
1. Buat 1 entry pasal giveaway ni dengan tajuk "Gieyana Giveaway ~ I'm Look Younger!"...
(letak banner giveaway pada entry dan pastikan kat entry korang ada link terus ke entry contest ini)
2. Jadi follower blog ini...
3. Tinggalkan link entry korang kat ruangan comment entry ni yer...
4. Terbuka buat semua blogger yg mempunyai alamat di Malaysia yer..:)
With lotsa ♥
b u l a n
K o n f e s .
P a h i t .
Ada ape dengan tajuk atas tu ye? Hum. Tak de ape pon. Cume hari ni tekak rasa pahit. Rasa macam masih kurang sihat. Badan panas. I mean, haba dalam badan. Malam tadi pon tido tak lena. :( Kejap² terjaga. Pagi tadi nak make-up pon rase ta semenggah je foundation bile belum abes sapu muka da berpeluh² . Alahaiiii.
Hari ni jugak, sepanjang hari kat office, aku cuma minum secawan teh panas dan roti bakar sekeping. Tak lalu plak tekak ni. So, aku decide untuk tanak makan. LANGSUNG! :( Rasa macam lapar, tapi bertahan.
Hari ni jugak, dapat petikan DOA yang agak berharga. :)
Hati pulak, ase sedih je hari ni. Tak tau kenapa. Mudah sangat rasa nak nanges. Maybe sebab dengar lagu DI ATAS SATU CINTA ost SURGA UNTUKMU (klik pada tajuk lagu). :) Secara jujurnya, walaupon aku bukanlah kategori manusia / hamba Allah SWT yang cemerlang kat dunia ni, tapi aku cukup terkesan dengan beberapa bait kata dalam lagu tu.
Kesimpulannya, hati ni terasa rindu. Even da pujuk berkali² , macam agak susa na dengar kata. Humm. Tapi, masih mampu bersabar. :)
Hati ni rasa cukup sabar walaupon adakalanya kurang tenang. Perasaan macam bercampur baur. Sebab aku kurang sihat ke? If that so, memang tak dapat dinafikan la. Sebab bila tak sihat, rasa macam nak bermanja dan nak diberi perhatian. Takde la nak merengek² macam budak kecik walaupon hakikatnya, manusia ni tak kira dalam umur berapa sekalipon, apabila bercinta, akan ada perangai remaja. :) Perangai yang tak dapat dikawal. Perasaan yang sukar digambarkan.
Malam ni, pada waktu dan ketika aku menaip entry ni, hati agak sayu. Ye, SAYU. Hummm. Kenapa lah agaknye. :(
With Lotsa ♥
b u l a n
S t e p . 1 2 3
Oke. Rasanya da :
F U L L Y . R E C O V E R E D .
Yeayyyy..
Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah. :)
Tadi, i did wrote kat FB yang first thing im goin to do is updating my blog.
Sian, da 2 3 ari tinggalkan. Huhuhu. ;p
After this, nak siapkan things yang Yaya request. Pencil case with names and pic. :)
Hopefully i can make it. :)
InsyAllah.
Do pray for me kayh.
Hopefully aku diberi kesihatan yang baik untuk menyiapkan keje² yang terbengkalai.
Amin.
Wait for the result. Lalala~
With Lotsa ♥
b u l a n
M e n g a d a . n g a d a
Demam da mula surut. On Off. PENAT la bila demam camni. Sesema da oke, batuk plak tiba.. By the way, Pelangi pon ta sehat juga. Tapi still keje. Bekeje keras cari duit. :) Sian dia. Sementara tunggu dia pulang, aku mula gatal tangan mengEDIT tanpa Photoshop. Humm,since lappy ni blom install lagi. RAM kecik. Hoho. Kena g UPGRADE dulu. :)
Hasil editing : B I A S A. Terlalu biasa. :)
Tapi since aku saja na wat ala² poster dengan menggunakan pic aku sebagai modelnya
P E R A S A N ;p Hahahhaha.
Maka, terhasil lah :
With lotsa ♥
b u l a n
Sick.
Dah mula demam dan berhingus.
:(
Huwaaaaaaa~
Adakah berjangkit dengan PELANGI?
Hohohoho.
- b u l a n
S a f e t y . D a y
Venue
Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam
Event
Seminar Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan,
Bahagian Perkhidmatan Korporat
Well, since agak tak berapa rajin nak ulas dan kupas pasal safety day ni, makanya aku make it short and amek benda penting je. ;p Point..
1. PBK bitau kat kak Bb yang dia sangat puas ati dengan bahagian Pameran.
2. PBK kate jugak yang we all look so nice in GREEN and he want to standardise any event on Corporate Services this year with GREEN color. Branding. Means, baju ke,ape ke.. sume mesti hijau. Support Buisness TNB. :)
3. Miu demam,aku saket kepala and hampir demam.
4. Intekma nya APT gile lama. Cuak kot duduk dalam tu. Pergh.
5. Dapat makan ABC Special Seksyen 2. Yeayy. :D
So, tu je. Walaupon banyak benda yang sepertinya mengimbas kenangan lama, tapi.. its oke. Just forget about it. Im fine. Cool. ;)
With Lotsa ♥
b u l a n
Yeay!! detim detim...
Currently sedang menunggu Pelangi.
We're supposed to go out around 11 or 12. Humm.
Tapi Pelangi nak g pasar dulu.
So,i have to wait for a few hrs.
Xpe la. Ape yang penting, dapat jumpa.. :)
Love,
b u l a n
Continue.....
2 PM
Baru dapat jumpa Pelangi. Sian Pelangi tunggu aku lama kat Sungai Buloh. Humm. My fault. :(
Terasa bernyawa bile jumpa dia. Hohoho. Dahsyat kan tahap kewinduan aku nih! Gile kentang. ;p
Siyes, sumpah dow. Kalau ta jumpa jugak dia ari ni, mmg aku nanges kot. Huhuhu. *It just, i mish him so much. Jangan kate aku gedik k. AKu ase MAJORITI pompuan yang tgh bercinta mmg mcm ni. :) So, ta payah nak hipokrit n sorok sangat sedih tu. If sedih kate sedih. Tade sape nak gelakkan. Kite manusia biasa kot. Ade hati ngn perasaan. At least, bile dah luah, akan lega kan? :)
Oke, back to the point, we all heading to One Utama (OU) sebab aku nak cari baju kaler HIJAU untuk pakai masa Safety Day nanti. Since we all AJK Pameran dan sepakat na pakai baju ijau. Pegi OU pon sebab nak g Jaya Jusco (JJ). Since situ banyak baju price yg agak mampu dibeli. Bukan ta mampu na beli baju lain, mampu je. Tapi, kalau bole berjimat kan lebih baek. Baju keje je kot. :) As long as bole guna utk pegi keje jugak, da kira baek. :)
So, sepanjang jalan n cari baju tadi, Pelangi kesejukan. Sian dia. Sebab maseh ta sehat. Tapi bawak jugak aku keluar. TERHARU sangat. *Na nanges. T_T And Pelangi beli 2 tshirt and sehelai sweater. Terus pakai kot sbb da kesejukan. Humm. Kalau la aku bole hug dia.... Hummm. Plus, Pelangi suddenly ajak lunch kat Pizza Milano. Saje na try. So far,price dia not bad. Reasonable. :) Rase pasta dia pon sedap. :) Just suit my tekak. Hahaha. ;p
Then, we both keluar dari OU and menuju ke The Curve. Cam biasa, parking kat IKANO. :) By the way, kami asek dapat tempat parking yang same. Hohoho. :) Bagus kan? Alhamdulillah rezeki. Tak lama pon nak cari parking evendo tadi sangat ramai orang, parking penuh dan keta yg masih banyak tgh round² tapi dah rezeki kami kan? :) Bersyukur sangat. Lagipon Pelangi tgh ta sehat kan.
By the way, hari ni happy sangat. Sebab spend time dengan Pelangi. :) Even mulanya Pelangi cam agak tak manjakan aku, tp.. lame² dia manjakan jugak aku akhirnye. hohoho. ;p *Thanks sayang. :) Dia start banyak ckp balik, and aku selesa dengan keadaan tu. Well, ckp pasal The Curve jugak, why aku kat The Curve..sebab, aku nak beli kaen utk hobi baru aku tu. Agak teruja sebab ade yang bercadang nak order. Alhamdulillah, rezeki. :)
Then, sebelum pulang, we both makan dulu kat SUBWAY. :) Owh, lupe..before that ade try JUICE WORKS. :) Sedap sedap. Kombinasi buah jambu batu, limau mandarin dan laici. :) Yummy..
Around 915 we all keluar dari The Curve. Kali ni tak beli Shimino (Japanese Creep) faveret aku tu. Hari ni tade feel nak makan. Hahah. Pelangi tanye jugak tadi. ;p So, sampai umah around 930, and suddenly around 1045, Pelangi text bitau yg dia da sampai dalam kul 1010 tadi. Gile kentang.Laju kot sayang aku ni bawak. Alahaiii. Buat aku nebes je kerisauan. Uhuhuhu. Takpe la, yang penting dia da selamat sampai. Alhamdulillah.
Tadi, borak² jap ngn Pelangi. Sian dia. Maseh ta sehat. Humm.
Get well soon k sayang!! Bulan loves u so much! :)
With lotsa ♥
b u l a n
Mood : Kembali Normal.
I'm blogging again. Well, suddenly rasa nak blogging. By the way, hari ni Pelangi kena bekerja. However it is, aku always berharap yang dis week dapat jumpa Pelangi. Almost 2 weeks ta jumpe wat aku ase wendu yang ta dapat dikawal lagi. Uhuhuhu. Hari ni, pas dia pulang keje, dia call. Yeayyy. :)
Tadi pon dia call lagi. Karang mesti dia akan call lagi. Lalala... * ♥ u dear.. :)
Sebenarnye, dalam hati agak berharap esok dapat keluar jumpa Pelangi. Tadi dia ade mention pasal Dinner malam ni. Tod na kua dengan another couple which is his fwen. But suddenly ta jadi sbb kawan dia balek kampung, plus dia fikir nanti aku kena pulang lewat. *owhh sayang, i'll be fine. ;) as long as im with u. :)
Notakaki : Hope i'll get a gud news tonite. Amin.... :)
With Lotsa ♥
b u l a n
Ting tong.
Time skang ni 12.30 malam kot. Still ta tido lagi. Gile. Mata still tanak tutup lagi. Tapi badan cam penat nak rehat.
Ade sedikit rase FRUST. Humm. Sedikit ke banyak ke, same je kot. Main word, FRUST. Tadi happy. Ye.. HAPPY. Skang.. FRUST. :
Malas na pk. Biarlah.
- b u l a n
Mood : MengEDIT.
Ehemm.. (batuk²dan sedikit pening kepala..) Hari ni, awal pagi da terasa mengantuk. Kepala berat, mata berat, pendek kata, sume² la berat. ;p Ye, agak bosan da seperti kurang sehat hari ni. Pastu, akibat kerinduan yang melampau, bila ade je masa senggang, aku akan rajin godek Hard Disk aku. Tengok pic² aku dan Pelangi. I miss all the moments. Sumpah! :( Pastu, aku bukak satu folder, aku jumpa gambar kat atas tu. Belum diedit. Tibe² datang idea. :) Agak menarik pic tu sbb dia senyum. Senyum tu buat ilang penat aku ari ni. Hihihi. ;p *Siyes kalau dia baca, dia akan kate aku POYO. Hummm.
Hari ni jugak da hari khamis kan? Tak sabarnya nak jenguk hari esok dan menanti pula tibanya hari Sabtu. Ahhhhh, merinduiiiii !!!!! Humm.. *Adakah dia rasa yang sama? *berfikir... =__="
Sebenarnya, lately hati agak kurang gembira. Rasa sedih kerap menyelubungi diri. Tapi tak mampu nak cakap. Terasa seperti ade yang berubah. Tapi, aku pujuk hati ni. Takde pape. InsyaAllah xde pape. Semuanya akan baik² aje. :) Harap² nya mcm tu la.. Amin.. :)
With lotsa ♥
b u l a n
Aku menulis.
Assalamualaikum semua. :)
Hari ni rasa nak menulis lagi. Macam skema je ayat tu kan? Tapi, tu la kenyataannya. Maybe sebab mmg aku sendiri suka menulis atau mengarang kot. Tadi blogwalking and jumpa blog Cik Putri Lindungan Bulan. Maybe sebab ade nama bulan, buat aku tertarik nak baca. :) Uhuhuh. Apepun, aku ade baca satu entry Cik Putri berkenaan jawapan dia terhadap persoalan orang ramai mengenai "kenapa dia suka tulis ayat panjang²" . If tak silap aku la. Aku tertarik dengan jawapan Cik Putri sebab ade persamaan di situ.
Apa yang sama ye?
Masa skolah dulu, aku suka buat karangan panjang² sehingga mampu mencecah 700 patah perkataan. Kalau guna kertas kajang tu, bole lebih dari 5 muka surat aku tulis. Dah macam novel la jadinya. Ahahaha. Sebab,sekali da menulis, tak boleh nak berhenti. Idea datang mencurah-curah. ;p Masa tu jugak, cikgu selalu puji karangan aku. Sebab karangan aku dan imaginasi aku, sampai ke HATI pembaca. Maksudnya, setiap butiran, jelas dan mampu diolah dalam bentuk gambaran fizikal. Makanya jugak, karangan aku akan selalu 90% keatas. Hohoho. ;p
Cik Putri jugak ade cakap pasal listkan / brainstorming dulu. Yes. Itu pon aku masih ingat cara nak mulakan satu-satu penulisan. Kena buat rangka dulu dan listkan apa yang patut. :) Pendek kata, dalam Subjek Bahasa Melayu, aku hanya suka pada KARANGAN sahaja. Ahahahah. Dulu, masa sekolah jugak, aku pernah buat satu novel. Penuh buku pendek yang 200 m/surat tu. Aku memang saje beli, khas utk tulis novel. Tajuk dia aku ingat lagi, "CINTA BUDAK NAKAL". But sayangnya, buku tu hilang sebab da pas-pas kat tangan member. Serius rasa nak cari balik buku tu. For those rasa-rasa ade nampak buku tu, tolong la bagi semula ye. :) My first novel back to 1997. Masa aku form 1. Based on true story kot. ;)
Kadang² , aku realised gaya bahasa aku macam agak skema dan ramayana atau dalam erti kata lain 'JIWANG'. Humm. Tu bukan disengajakan. Maybe dah terbiasa. Dulu jugak, untuk memantapkan karangan, aku suke guna bunga bahasa yang jarang digunakan orang. Makanya, aku akan kerap baca kamus dan cari bunga bahasa yang menarik dan seperti bahasa sastera. Maksudnya ringkas, tapi gaya penulisan menjadikan ayat tu berat. Pendek kata, YE..AKU SUKA KAMUS!! :) Sebab tu jugak, aku suke permainan SAHIBBA dari CHESS. Hahaha. Dan aku akan pastikan aku menang tiap kali aku main SAHIBBA. Kenapa? Sebab dulu aku rajin baca kamus. So, banyak perkataan yang aku tau. Masa dulu la. Sekarang ni, aku da malas baca kamus. ;p Tapi masih menyukai SAHIBBA. :)
Apa yang pasti, aku masih suka menulis sehingga kini. Mungkin sebab jarang ada masa senggang membuatkan aku malas nak buat novel walaupun aku bercita-cita nak buat satu. Mungkin jugak sebab idea belum ada. Belum dapat butir dan cerita tentang kisah apa. :) One day will be. Nak olah cerita tentang kehidupan sendiri dari dulu hingga kini, masih panjang lagi perjalanan hidup ni. Sebab cerita perlukan pengakhiran. Kat mana aku nak hentikan kisah tu nanti. Kena fikir jugak kan? :) Apa yang pasti, setiap orang nak baca HAPPY ENDING. Macam tu jugak aku. InsyaAllah, bile ada rezeki dan peluang, jika aku melaui saat manis tu, akan aku bukukan dan jadikan novel. Kisah tentang Bulan dan Pelangi. :) InsyaAllah. :)
Rasanya, entry kali ni macam agak panjang. Maybe sedang datang mencurah² kot idea ni. Maybe orang akan agak malas nak membacanya. Sebenarnya, aku masih menanti PELANGI. Tak dapat nak call since HP dia battery out tadi. Risau sangat dengan kesihatan dia. Agak merindui dia jugak. Humm. Lately ni, hati ni macam kerap rasa takut. Kerap rasa takut if aku ni membosankan dia. Kadang² aku mati kutu bila fikir. Apa yang patut aku buat ye? Otak cuba pujuk hati, tapi kadang² tak berjaya. Adakalanya, jalan terbaik, Otak suggest pada hati, keluarkan je air mata. Sekurang-kurangnya rasa sedikit lega. :)
"Maafkanlah dan fahamilah, aku tak mampu hidup tanpa kamu!"
With Lotsa ♥
b u l a n
Otak atau Hati?
Humm, semalam malas nak blogging. Rase penat. Perasaan pon cume nak Pelangi je. Humm. Uhuhu. Hari ni, terasa penat kat office. Sedikit mengantuk, tapi keje sume settle melainkan filling yang asalnye aku ade mood na buat, tp terbengkalai sbb aku NGANTUK. Ahahah. ;p
Sambil² wat keje tu, aku layan perasaan dalam stor dengan tgk balik vids yg ada kat dalam HP tu. Ade vids Pelangi ngn Ibriz. Comel je dua² . Hikhik. Siyes comel oke! Pastu, tadi ade jugak insiden yang melibatkan aku berfikir menggunakan otak tapi bukan hati. Bukan pasal Pelangi. Tapi pasal orang sekeliling aku. I mean, kat Office. :)
Manusia ni ade macam² ragam kan? So, kena tabah hati bile berhadapan dengan semua tu. Jangan jadi macam ANJING MENYALAK BUKIT. Bukit tak runtuh, tp anjing menyalak bagai nak gile. Buat abes suara. Hohoho. Bile keadaan ni berlaku, aku jadi teringat je ngan pesanan Pelangi. "Buat tatau je. Biarkan dia nak kata ape,dia mmg mcm tu!" Dulu agak sukar aku nak terima. Agak sukar nak kawal hati ni. Agak sukar nak kawal mulut dari laju je mengajing. Tapi, bile tgk Pelangi cool je everytime benda² camni berlaku, aku jadi terdiam. Berfikir dengan baik. Kenapa Pelangi bole kawal perasaan tu, tapi tidak aku?
Kadang² ada betulnye ckp org tentang aku. Sedikit CHILDISH. Dulu aku tatau dari segi ape tahap kebudak-budakan tu. Tapi skang aku da tau. Dah berjaya ubah sket persepi. :) Dalam erti kata lain, da semakin matang. Matang dalam membuat penilaian soal hati dan otak.
Macam insiden semalam. Agak stress dengan abah. Lelaki mmg macam tu ke? Bile marah kan benda lain, kite jadi mangsa. Aku faham, PJ mmg sentiasa jam. Tapi, aku ke punca jam tu sampai nak marah² dan keluarkan kata² yang mampu melukakan hati? Aku ke punca ae? Kalau ikutkan HATI, aku da keluar je dari kereta, dan blah jalan kaki g LRT. Evan da berjalan jauh pon, aku pedulik hape. Tapi, tu kalau kite berfikiran senteng! Berfikirang singkat! Aku kena fikir panjang, marah² dia pon, dia tetap bapak. Kalau ikutkan hati, mati. Ikutkan sangat perasaan yang tak bole dikawal. Menyusahkan diri dan orang lain. Makanya, aku cuba bertahan. Otak memberi bantuan dengan mengawal emosi dan hantar msg kat hati supaya,berSABAR! :)
Tadi pon, banyak kali aku pesan kat hati. Urut dada ni dengan kata, "SEMUANYA AKAN OK!" :) Positive dan cuba lebih bersabar..
Selain dari hal sekeliling, aku jugak belajar untuk bersabar bile berjauhan dengan Pelangi. Sekarang dah tak sama macam dulu. Bile Pelangi da jauh, we both da kurang text dan dah kurang bercakap. Agak sedih. :( Sumpah rasa sedih. Walaupon, jari ni ringan je rasa nak text dia, nak call dia, tapi... kena faham tugas dia. Tak bole nak ganggu dia. So kena bersabar dan tunggu je dia call bile dia free. Kalau dulu, sehari maybe lebih 5 text, sekarang.. ada 1 atau 2 pon dah kire baik dari takde. Hummm. Kadang² sbb dah terbiasa takut nak ganggu dia, even hari biasa pon, aku jadi mcm takut jugak aku ni mengganggu dia.. Sebolehnye, aku nak jadi seorang yang sentiasa bole memahami dia dan jadi seorang yang tidak menyusahkan dia. Membebankan ataupun membosankan. Aku cuba. Sentiasa mencuba.. Walaupun jauh, tapi aku tanak relationship tu suram. I want it to be like a rainbow. Ceria je. :) I want to make him happy, no matter what or no matter how. Yang sentiasa bole menyenangkan hati dia. "Ya Allah..bantulah aku..." :)
With Lotsa ♥
b u l a n
Zero.
Part 1.
Adakah aku seorang yang membosankan?
Humm..
*berfikir..
Maybe merimaskan?
*berfikir...
Atau..menyusahkan?
*berfikir...
Special Entry.
b u l a n
Exhibition.
Misi hampir berjaya. Almost 60%. Team exhibition da berjaya proposed untuk dapatkan exhibition tambahan masa Safety Day nanti. :)
So, esok ade site visit kat INTEKMA, Shah Alam.
Currently, sedang menunggu kepulangan Pelangi. Tadi call, dia baru nak kua office kul 8.05. Humm. Sian dia. :(
With Lotsa ♥
b u l a n
Purrrrr...
Ade 2 eko kucen baru kat umah ni. Ang dan Ang..Sengal kan name? Uhuhu. ;p So, aku decide na tukar name dorang dari Ang dan Ang kepada Puma dan Nike. Ahahaha.. *kakak aku punye suggestion lagi tak bole blah. Dia nak bagi nama Adidas dan Asadi. Sengal kot. Humm. If bagi name Puma dengan Simba or Puma dengan Tiger pon best. ;p
By the way, kucen 2 eko tu, dari umah Gombak. Umah makcik aku. First tyme aku jumpa masa raya tahun lepas. Kecik je lagi. Since coco da tade, umah jadi sunyi. Sunyi sangat. So, bile 2 eko ni ade, Abah nampak happy. Tapi, adakah maksudnye, Abah nak cucu? Hohoho.
Oleh yang demikian, kakakku...sila kawen cepat. Pastu aku plak. Tanak langkah bendul. Nanti aku rugi. Ahahahahhaa... ;p
With Lotsa ♥
b u l a n
Aneh kan emosi ni?
Selamat Tahun Baru 2011
By the way, na wish congrats to my cousin : Ina and her fiancee Fuad and my sissy & fwen : Kaka Shud and Meor. Bestnye, dah tunang. Dah one step forward and getting closer to married life. Hopefully perjalanan pertunangan tu berjalan lancar dan baek-baek aje. :) Amin. Biasa la, dorg kate bile bertunang tu, 'Darah Manis'. Banyak sangat dugaan.
Indahnya bila da ade kepastian untuk melangkah ke alam tu. :) Semoga aku jugak beroleh perkara yang sama. *Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah perjalananku kearah itu... Amin. :)
With lotsa ♥
b u l a n