12 Januari 2011
Assalamualaikum semua. :)
Hari ni rasa nak menulis lagi. Macam skema je ayat tu kan? Tapi, tu la kenyataannya. Maybe sebab mmg aku sendiri suka menulis atau mengarang kot. Tadi blogwalking and jumpa blog Cik Putri Lindungan Bulan. Maybe sebab ade nama bulan, buat aku tertarik nak baca. :) Uhuhuh. Apepun, aku ade baca satu entry Cik Putri berkenaan jawapan dia terhadap persoalan orang ramai mengenai "kenapa dia suka tulis ayat panjang²" . If tak silap aku la. Aku tertarik dengan jawapan Cik Putri sebab ade persamaan di situ.
Apa yang sama ye?
Masa skolah dulu, aku suka buat karangan panjang² sehingga mampu mencecah 700 patah perkataan. Kalau guna kertas kajang tu, bole lebih dari 5 muka surat aku tulis. Dah macam novel la jadinya. Ahahaha. Sebab,sekali da menulis, tak boleh nak berhenti. Idea datang mencurah-curah. ;p Masa tu jugak, cikgu selalu puji karangan aku. Sebab karangan aku dan imaginasi aku, sampai ke HATI pembaca. Maksudnya, setiap butiran, jelas dan mampu diolah dalam bentuk gambaran fizikal. Makanya jugak, karangan aku akan selalu 90% keatas. Hohoho. ;p
Cik Putri jugak ade cakap pasal listkan / brainstorming dulu. Yes. Itu pon aku masih ingat cara nak mulakan satu-satu penulisan. Kena buat rangka dulu dan listkan apa yang patut. :) Pendek kata, dalam Subjek Bahasa Melayu, aku hanya suka pada KARANGAN sahaja. Ahahahah. Dulu, masa sekolah jugak, aku pernah buat satu novel. Penuh buku pendek yang 200 m/surat tu. Aku memang saje beli, khas utk tulis novel. Tajuk dia aku ingat lagi, "CINTA BUDAK NAKAL". But sayangnya, buku tu hilang sebab da pas-pas kat tangan member. Serius rasa nak cari balik buku tu. For those rasa-rasa ade nampak buku tu, tolong la bagi semula ye. :) My first novel back to 1997. Masa aku form 1. Based on true story kot. ;)
Kadang² , aku realised gaya bahasa aku macam agak skema dan ramayana atau dalam erti kata lain 'JIWANG'. Humm. Tu bukan disengajakan. Maybe dah terbiasa. Dulu jugak, untuk memantapkan karangan, aku suke guna bunga bahasa yang jarang digunakan orang. Makanya, aku akan kerap baca kamus dan cari bunga bahasa yang menarik dan seperti bahasa sastera. Maksudnya ringkas, tapi gaya penulisan menjadikan ayat tu berat. Pendek kata, YE..AKU SUKA KAMUS!! :) Sebab tu jugak, aku suke permainan SAHIBBA dari CHESS. Hahaha. Dan aku akan pastikan aku menang tiap kali aku main SAHIBBA. Kenapa? Sebab dulu aku rajin baca kamus. So, banyak perkataan yang aku tau. Masa dulu la. Sekarang ni, aku da malas baca kamus. ;p Tapi masih menyukai SAHIBBA. :)
Apa yang pasti, aku masih suka menulis sehingga kini. Mungkin sebab jarang ada masa senggang membuatkan aku malas nak buat novel walaupun aku bercita-cita nak buat satu. Mungkin jugak sebab idea belum ada. Belum dapat butir dan cerita tentang kisah apa. :) One day will be. Nak olah cerita tentang kehidupan sendiri dari dulu hingga kini, masih panjang lagi perjalanan hidup ni. Sebab cerita perlukan pengakhiran. Kat mana aku nak hentikan kisah tu nanti. Kena fikir jugak kan? :) Apa yang pasti, setiap orang nak baca HAPPY ENDING. Macam tu jugak aku. InsyaAllah, bile ada rezeki dan peluang, jika aku melaui saat manis tu, akan aku bukukan dan jadikan novel. Kisah tentang Bulan dan Pelangi. :) InsyaAllah. :)
Rasanya, entry kali ni macam agak panjang. Maybe sedang datang mencurah² kot idea ni. Maybe orang akan agak malas nak membacanya. Sebenarnya, aku masih menanti PELANGI. Tak dapat nak call since HP dia battery out tadi. Risau sangat dengan kesihatan dia. Agak merindui dia jugak. Humm. Lately ni, hati ni macam kerap rasa takut. Kerap rasa takut if aku ni membosankan dia. Kadang² aku mati kutu bila fikir. Apa yang patut aku buat ye? Otak cuba pujuk hati, tapi kadang² tak berjaya. Adakalanya, jalan terbaik, Otak suggest pada hati, keluarkan je air mata. Sekurang-kurangnya rasa sedikit lega. :)
"Maafkanlah dan fahamilah, aku tak mampu hidup tanpa kamu!"
With Lotsa ♥
b u l a n
Lala & Feerah
7 years ago
No comments:
Post a Comment